Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata “Telah
datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan
menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau
kehendaki.” Arab desa itu berkata: Aku mahu menjadi orang alim. Baginda
menjawab, "Takutlah kepada Allah SWT"
Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” Bertanya lagi Arab
desa itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda
menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah,” dan dijawab Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”
Arab desa itu bertanya: “Aku mahu disempurnakan imanku.”
Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.” Dia bertanya lagi: “ku mahu termasuk
dalam golongan orang yang muhsini (baik). “ Beribadatlah kepada Allah
seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu,
sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab desa bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan
yang taat,” lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”
Dia bertanya lagi: “ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada
dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di
bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.” Dia bertanya
lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya: Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda
menjawab: “ Banyakkan beristighfar.” Dia berkata: “ Bagaimana pula aku mahu
menjadi semulia-mulia manusia,” lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki
sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya Rasulullah: “Aku mahu menjadi segagah-gagah
manusia.” Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “
Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang
dikasihi Allah dan rasul-Nya.” Baginda menjawab” Cintailah segala yang disukai
Allah dan rasul-Nya.” Dia bertanya: “ Aku mahu diselamatkan daripada
kemungkaran Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “ Jangan marah kepada
orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima
segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.” Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.” Baginda pun
menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka
yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi
Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan
ujian (bala).” Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi
Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di
dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “ Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak
diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada
hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
عَبْدِكَ
وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى
آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ
No comments:
Post a Comment