Gila tetapi tidak bodoh!
Seorang pemandu lori sedang melakukan penghantaran kurier,
dengan meletakkan kenderaannya di sebelah longkang besar.
Beliau mendapati tayar nya pancit ketika selesai menghantar
barang dan kemudian bergegas menukar tayar yg pancit dengan tayar gantian.
Ketika ingin memasang tayar gantian tersebut secara tak
sengaja 4 bolt pengikat tayar tu jatuh ke longkang bersebelahan.
Dia mula panik kerana sukar utk mencari keempat-empat bolt
di dalam longkang tersebut dan mula memikirkan sesuatu.
Kemudian, seorang pesakit lalu berdekatan dan menanyakan apa
masalah yang dihadapi oleh pemandu lori tersebut.
Pemandu lori itu berkata sendiri, ‘apa yang boleh dilakukan
oleh org gila ni, hanya menambahkan masalah aku saja’’, lantas dia menceritakan
masalahnya dengan harapan supaya orang gila tu pergi meninggalkan dirinya.
Pesakit mental itu hanya ketawa mendengar masalah pemandu
lori tersebut dan menegurnya, ‘’masalah kecil seperti ini pun kamu tak mampu
selesaikan, memang patutlah kamu menjadi pemandu lori sepanjang hayat kamu’’.
Pemandu lori terkejut untuk mendengar teguran dari seorang
lelaki yang sakit mental.
Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan, berkata pesakit
itu. Ambil satu bolt daripada setiap 3 roda yang lain dan pasangkan ke tayar
ni. Kemudian bawak ke bengkel yang terdekat dan gantikan bolt yang hilang itu.
Bukankah ianya perkara mudah ?
Pemandu lori begitu kagum dengan jawapan pesakit itu dan
bertanya, jika anda begitu cerdik kenapa anda dirawat di hospital mental ni?
Pesakit itu menjawab ... hello kawan! Saya tinggal di sini
kerana saya gila tetapi tidak semestinya saya bodoh.
Tidak hairanlah, terdapat sesetengah orang yang berkelakuan
seperti Pemandu Lori, menganggap org lain semuanya bodoh . Jadi, walaupun anda
berpendidikan tidak semestinya semua masalah dapat anda selesaikan, mungkin ada
sesetengah dikalangan kita yang kelihatan ‘gila-gila’ tapi mampu memberi idea
yg bernas dan boleh menyelesaikan masalah.
Moral cerita:
Jangan menghukum/membuat kesimpulan berdasarkan pada fizikal
ataupun taraf hidup seseorang ketahuilah seekor rama-rama yg cantik berasal
dari ulat beluncas yg hodoh…
No comments:
Post a Comment