Malulah sikit dgn org bukan Islam
(Kisah Benar)
Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.
"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.."
kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat
kepada saya.
Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan :
Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari
ini sudah pandai menderma kepada Masjid...
"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500
lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg
Kedah," kata sahabat saya kepada saya.
"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia
sumbang," saya mencelah.
"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung
lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.
Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.
Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar.
Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus
menyumbang untuk agama kita.
Moga Allah merahmati kita semua. Amin..
أستغفر الله الذى لا إله إلا هو الحى القيوم
و أتوب إليه
Apakah yang aku sumbangkan kepada agamaku?
Apakah yang aku sumbangkan kepada agamaku?
No comments:
Post a Comment