Khasiat garam
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW,
keluarga dan para sahabat.
Rahsia Garam... Amalan Sunnah yang tak diketahui.
Amalan Rasulullah SAW memakan secubit garam sebelum dan
selepas makan. Kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan
keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari
menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (Askar Greek ) dibayar
gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh
negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila
dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa
garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka
tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
Dari Abdullah Bin Umar : “Sesungguhnya ALLAH menurunkan
empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi
iaitu besi, api, air dan garam”
Dari Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : “Penghulu
segala lauk pauk kamu ialah garam”. (Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam
tafsirnya).
Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka
untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air
garam. Antaranya :
1. Penyakit Ghout – timbus anggota badan atau bahagian yang
bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam
garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau
sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit
lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada
tapak kaki.
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan
secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat
seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.
6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar
sebelah pagi.
Petua berdasarkan kajian
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah
perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang
berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya.
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu
masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam
juga.
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air
yang dicampur sedikit garam.
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur
garam disapukan pada kulit yang gatal.
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini
berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang
berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air
garam diminum sebagai ubatnya.
Semoga Bermanfaat
No comments:
Post a Comment