Nabi tak kenal org yg tak berselawat ke atasnya meskipun dia adalah umat Nabi sendiri.
Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya,
"Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w
menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau
tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w,
"Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah,
"Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para
ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya."
Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu
mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu
bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."
Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia
mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari
kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w
berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."
– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)
No comments:
Post a Comment