AL-QUR'AN DAN ROTI CANAI
Saya berharap dapat berkongsi
bersama para pembaca tentang sebuah cerita yang menambahkan lagi kesedaran
diri....
Pada suatu hari, ada seorang ustaz dalam ceramahnya
menjelaskan bahawa al-Quran ini sempurna, mengandungi segala macam penyelesaian
bagi masalah kita.
Maka salah seorang pendengarnya
pun bertanya,
“Kalau betul di dalam al-Quran
terkandung penyelesaian masalah, boleh tak ustaz tunjukkan dari al-Quran,
bagaimana cara hendak buat roti canai?”
Ustaz ini tadi menggaru kepala.
Maka ustaz itu menghabiskan satu
malam membelek dari satu muka ke satu muka.
Di manakah petunjuk cara-cara
hendak buat roti canai.
“HAA!! Sudah jumpa.” Kata ustaz
dengan gembiranya.
Maka dia pun berjumpa dengan
penanya tadi dan menyatakan dia telah menemui dalam al-Quran bagaimana nak
menyelesaikan masalah penanya yang nak tahu cara membuat roti canai.
Si penanya aneh dan tercengang
(seperti mana sebahagian pembaca apabila membaca bahawa ustaz itu menemui
penyelesaian kepada soalan penanya tadi).
Maka ustaz itupun menyatakan
ianya ada dalam firman Allah:
"Maka bertanyalah kepada
orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
[ Surah an-Nahl 16: ayat 43]
Al-Quran mengajar, sekiranya nak
tahu cara membuat roti canai, tanyalah kepada pakar buat roti canai atau mamak
buat roti canai.
Begitulah cara al-Quran yang
sempurna menyelesaikan masalah, bertindak sebagai ‘kitab induk’ yang efektif,
praktikal dan mudah diakses.
Bukannya ensiklopedia terperinci
yang memerlukan satu perpustakaan untuk menyimpannya.
WaLLaHu A'LaM
No comments:
Post a Comment