Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh
Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka
dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai
Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan
sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut
oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai
(berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat
Muslim)
Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada
beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh
maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.
Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini
kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu
sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum
matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari
sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.”
(Riwayat Muslim)
Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di
awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah
SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya
yang lain.
Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan
solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar,
solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit
(subuh gajah).
No comments:
Post a Comment