Kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini.
berikut adalah summary berkenaan dengan info apa yang dapat.
1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya
gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan
yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai
tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di
korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes
rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah
golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan
harta dan wanita.
2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap
lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran,
sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik.
Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.
3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu
tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak
ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam
parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak
senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik
lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah
yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu
cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi
menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan
dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi
menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu
ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.
4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi
bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak,
aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah
untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak
pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat
Islam adalah tepat dan betul.
5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style"
sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah
jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga
akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah
patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.
6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi
meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai
orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi
tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam
islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti
ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi
fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang
ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang
hebat sangat tarian PSY itu.
7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang
inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya
"tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang
maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu
tarian tak senonoh dan lucah.
8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak
berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya
menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam
klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak
berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan
bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada
beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.
9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak
ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri
cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan
tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang
perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat
aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi
zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari
tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam
parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari
untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari
"getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi
simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang
tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang
jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah
10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan
aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti
bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang
akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:
"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada
fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak
faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat
video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni',
taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang
ini.
Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni
da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu
cerita lain.
Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada
masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang
sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat
kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara
teguran yang baik."
Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf
dalam status yang sama:
"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun,
mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak
seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu
juga dengan style-style yang lain.
Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak,
membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah,
kenapa teruskan dan popularkan?"
Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan
soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca
ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:
" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak
seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"
baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan
perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh
menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga
"hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:
"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan
akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang
muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"
Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang
sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman
padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini.
Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh
Hilal Asyraf.
Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak
berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi
tak bertaubat dan insaf.
11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh
bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan
lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan
liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang
mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan
berseronok.
merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup
aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu
padahal mesej asal:
Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja
A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right
time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose
it all
A sensual girl like that
sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak
pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa
sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat
kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa
berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:
Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja
A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist
inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya
di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang
dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human
di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila
tibanya waktu malam terus twist jadi liar!
dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum
ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan
background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan
nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di
kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba
menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi
videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memper****hkan diri tanpa
sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi
mereka.
maka tepatlah ulasan UAI, "Gaya hidup muda mudi Seoul
yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari
tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan
Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya
jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang
mahu jadi sebahagian promoter aksi psy.sungguh!
12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti
apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan
biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang
yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada
apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w
tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan
bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah
bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti
murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy.
http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA&feature=player_embedded
inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda
anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk
tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu
hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?
13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme
juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style
dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan
gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin
yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle,
ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao
bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam
style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:
"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"
14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang
walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal
kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan
dan akhlak dalam berhibur dalam islam.
No comments:
Post a Comment