Ahlus-Sunnah mesti mempunyai sikap seperti nabi dalam
berwudhu, iaitu tidak membazir. Nabi biasa ambil wudhu dengan air sebanyak satu
mud, dan mandi sebanyak satu saa' (4 mud). Satu mud, adalah sebanyak mana yang
terkumpul dalam dua tapak tangan yang disatukan seolah-olah berdoa. Kalau kita
perhatikan amalan masyarakat, biasanya satu mud air untuk sekali basuh muka,
kalau tiga kali basuh dah tiga mud. Anggota-anggota lain belum basuh lagi, dan
air biasanya dibiar mengalir terus menerus.
Kita diajar oleh nabi suatu sikap yang murni. Sabda nabi
kepada Sa'd: "Apa pembaziran ini?" Sa'd menjawab: "Adakah dalam
wudu juga ada pembaziran?" Nabi jawab pula: "Ya, walaupun kamu di
sungai yang mengalir." [HR Ibn Majah]
Oleh itu, penting kita tanam sikap pentingkan Sunnah nabi,
kerana Sunnah mengajar kita sikap yang betul, dan kita tidak boleh menggunakan
akal kita untuk mengubahnya. Baarakallahu feekum.
No comments:
Post a Comment