DOA KETIKA ANAK DI ATAS RIBAAN
Sayyidina Usamah bin Zaid رضي الله عنه menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah mengangkat dan
meletakkannya di atas peha Baginda. Kemudian Baginda mengambil Hasan bin Ali رضي الله عنهما dan meletakkannya di
atas peha sebelah lagi lalu Baginda صلى الله عليه وسلم
membacakan doa ini;
اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، فَإِنِّيْ أَرْحَمُهُ
“Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah
kasih sayang-Mu kepadanya, kerana sesungguhnya aku menyayanginya.”
~ Riwayat Imam al-Bukhari رحمه الله
No comments:
Post a Comment