Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

27/09/2012

Lebih baik makan tanah dari makan hasil yg haram!!




Lebih baik makan tanah?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya seseorang di kalangan kamu yang meletakkan tanah di dalam mulutnya lebih baik daripada dia meletakkan apa yang diharamkan Allah di dalam mulutnya." (al-Baihaqi)

Haramnya sesuatu makanan samada kerana zatnya seumpama bangkai dan khinzir, atau kerana ia datang dari sumber yang haram walaupun zatnya halal seumpama nasi dari sumber rasuah, riba atau judi.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
Sungguh akan datang sebuah zaman kepada manusia, dimana seseorang tidak peduli lagi terhadap harta yang dia ambil, apakah dari yang halal atau dari yang haram. (HR. Bukhari)

Ciri-ciri Suami pilihan


CIRI CIRI SUAMI PILIHAN



KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti.

ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang…

1. Kuat agamanya,
Biar sibuk sekalipun, solat fardhu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman Anda.

2. Baik akhlaknya,
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut. Sopan tutur kata gambaran pribadi dan hati yang mulia. Punya rasa hormat pada warga tua.

3. Tegas mempertahankan maruah,
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibility dan maruahnya sebagai seorang Islam?

4. Amanah,
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5. Pemurah tetapi tidak boros,
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak liar matanya,
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. Terbatas pergaulan,
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

8. Rakan pergaulannya,
Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang sholeh.

9. Bertanggungjawab,
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibu bapaknya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

10. Tenang wajah,
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

26/09/2012

Ayat Al-quran sebagai mas kahwin

Anda tidak mampu menyediakan mas kahwin begitu tinggi?, Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya menyediakan mas kahwin semampunya, seelok-eloknya Al-quran..

Ayat suci Al-quran sebagai mas kahwin

Dari Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda pada seorang lelaki dari sahabatnya: "Apakah kamu sudah kahwin hai Fulan?". Dia berkata: "Belum, sungguh hai Rasulullah, saya tidak punya sesuatu untuk belanja kahwin". Rasulullah bertanya: "Bukankah kau punya hafalan "Qul Huwallahu Ahad?". Dia menjawab :"Ya". Rasulullah bersabda: "Hafalan itu menyamai sepertiga Al Quran".
Rasulullah s.a.w bertanya: "Bukankah kamu punya hafalan "Idza Jaa'a Nashtullahi Wal Fath?" Dia menjawab: "Ya". Rasulullah s.a.w bersabda: "Itu menyamai seperempat Al Quran". Rasulullah s.a.w bertanya: "Bukankah kamu punya hafalan "Idzaa Zulzilatil Ardhu?". Dia menjawab: "Ya". Rasulullah bersabda: "Itu menyamai seperempat Al Quran. Kahwinlah. Kahwinlah".
Sunan At-Tirmidzi Jilid 4. Hadith Nombor 3058.
---------------------
Ada alasan untuk tidak berkahwin lagi?

19/09/2012

Rahsia garam


Khasiat garam

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

Rahsia Garam... Amalan Sunnah yang tak diketahui.

Amalan Rasulullah SAW memakan secubit garam sebelum dan selepas makan. Kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani (Askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka. Apabila dipenjarakan, mereka (penentang) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam. Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar : “Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam”

Dari Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda : “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam”. (Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya).

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya :

1. Penyakit Ghout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut (tepi pantai) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya.

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Semoga Bermanfaat


18/09/2012

Sekiranya Rasulullah S.A.W. bersama kita


Seandainya Rasulullah ke Rumah Kita

Bayangkan apabila Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam dengan seizin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita....

Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan harapan yang sangat tinggi agar Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Beliau tentu tersenyum....

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam menunggu sebentar di depan pintu karena kita teringat Video CD yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.

Beliau tentu tetap tersenyum....

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita gantung di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa

Barangkali kita akan memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu.

Beliau tentu tersenyum....

Bagaimana bila kemudian Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam bersedia menginap di rumah kita?

Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih menghafal lagu-lagu barat daripada menghafal Sholawat kepada Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam karena kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Beliau tentu tersenyum....

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers atau Ninja Turtle.

Barangkali kita terpaksa harus mengubah satu kamar mandi menjadi ruang Solat.

Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam

Beliau tentu tersenyum....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid meskipun adzan berbunyi.

Beliau tentu tersenyum....

Barangkali kita menjadi malu karena pada saat maghrib keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu karena kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita tidak pernah menjalankan sholat sunnah. Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Beliau tentu tersenyum....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari melalui di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.

Betapa senyum beliau masih ada di situ....

Bayangkan apabila Rasulullah Salallahu Alaihi wa Sallam tiba-tiba muncul di depan rumah kita.... Apa yang akan kita lakukan?

Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah karena hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu?

Maafkan kami ya Rasulullah....

Masihkah beliau tersenyum?

Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir....

Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........


Niat berhijrah kerana Allah atau hal peribadi?




Kisah Cinta Hatib Dan Ummi Qais (Niat kerana....)
Sekali peristiwa, diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais. Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti.

Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga- moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Oleh kerana itulah, maka Hadith ini telah disabdakan, iaitu:

"Hanyasanya amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niat-niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab- sebab keduniaan) yang ia ingin memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]

Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah mencelanya secara tidak langsung dengan menyabdakan Hadith tersebut di atas tadi.

Bagi kita kaum Muslimin yang mengikuti cerita Hatib tadi, janganlah dianggap celaan itu hanya ditujukan untuk Hatib seorang saja. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Akan tetapi di sebalik peristiwa Hatib itu ada pengajaran lain yang harus kita perhatikan, supaya kita tidak menjadi seperti Hatib pula, sehingga celaan itu akan menimpa kita sama.

Dalam menjalankan perintah-perintah agama, janganlah hendaknya kita menyaingi ibadat-ibadat kita itu dengan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan keduniaan. Misalnya ibadah Haji. Ada orang yang menyaingi ibadat Hajinya dengan kerja-kerja keduniaan, seperti berniaga sewaktu dalam perjalanan ke Haji, atau dalam musim Haji, kerana keuntungannya berlipat-ganda ketika itu. Ataupun orang itu sengaja menawarkan dirinya untuk menguruskan hal-ehwal orang-orang Haji tentang keperluan-keperluannya dalam perjalanan atau sewaktu mengerjakan Haji itu, sebab seolah-olah dia bekerja dengan bakal-bakal Haji itu, dan mungkin sekali semua wang pelayarannya pun dikutip dan berasal dari bakal-bakal Haji itu samada sebagai komisen ataupun faedah pekerjaannya, yang kalau tiada kerana itu,tiadalah ia akan berangkat sama untuk menunaikan Hajinya. Amalan yang serupa ini tentu sekali tiada sepenuhnya tertumpu pada Pekerjaan ibadat terhadap Allah. Oleh kerana itu dikhuatiri tidak ada gunanya dan tidak ada pahalanya dari Allah subhanahu wa ta`ala.


Untuk menentukan samada ibadat kita itu 100% kerana Allah atau tidak, tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan bukan secara helah atau putar-belit, nescaya kita akan mendapati jawapannya yang betul. Seterusnya, Hadith ini, walaupun ditujukan khas kepada Hatib kerana niatnya yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya, namun hukumnya umum ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, walaupun sebabnya yang pertama kerana Si Hatib tadi. Sebab Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam tidak pernah menujukan sesuatu kecelaan atau kemarahannya terhadap seseorang yang tertentu. Bahkan pengisytiharannya sentiasa umum untuk menjadi pengajaran kepada kaum Muslimin yang lain.Selain itu, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam adalah pemalu orangnya dan tidak pernah menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi untuk membocorkan rahsia orang di hadapan khalayak ramai, itu tentulah jauh sekali.

WaAllahu A'lam...

U-Turn ke jalan yang lurus....



Mencari Jalan Kembali

Abdullah Umar memandang jam di dinding biliknya. Ahh ...sudah jam 3.45 petang. Terkocoh-kocoh dia bangun menuju ke bilik air lalu mengambil wudhu' untuk solat Zuhur. Leka benar dia dengan permainan Counter Strike di komputer. Sudah menjadi kebiasaan Abdullah bersolat pada akhir waktu. Padanya, tiada salahnya melewatkan solat. Solatnya masih sah sementelah ia masih dalam had waktu yang dibenarkan untuk menunaikan solat.

Abdullah tahu bahawa lebih afdal untuk menunaikan solat pada awal waktu namun dia kurang mengambil perhatian akan itu. Dia juga tahu bahawa solat adalah amalan manusia yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di Padang Mahsyar kelak namun Abdullah tetap begitu. Dia tetap liat untuk solat.

Dalam solat, kerap benar fikiran Abdullah menerawang hinggakan dia terlupa sudah berapa rakaat telah disempurnakannya. Abdullah asyik memikirkan permainan komputer yang dimainkannya sebentar tadi. Solatnya tidak khusyuk. Kerap kali begitu. Sukarnya untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat! Ahh ...solat atau tidak sama sahaja. Tiada kesan pada Abdullah.

Abdullah berdoa ringkas. Doa dipanjatkan untuk ibu bapa dan dirinya. Tidak pula dia mendoakan saudara seIslam yang lain. Abdullah sangat mengetahui akan penderitaan dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam di Syria, Palestin dan Myanmar serta umat Islam yang lain namun Abdullah tidak mendoakan keselamatan dan keamanan untuk mereka. Sebaliknya, Abdullah berasa beruntung sendiri kerana berada di negara yang aman.

Sekiranya Abdullah berada di tempat mereka, pastilah Abdullah mendambakan doa-doa daripada saudara seagama yang prihatin. Paling tidak, Allah mendengar doa dan insya-Allah, Allah akan makbulkan doanya. Maka, berkuranganlah perit derita yang mereka lalui. Umat Islam diibaratkan sebagai satu anggota badan. Apabila peha kanan dicubit, peha kiri turut terasa. Derita mereka sepatutnya menjadi derita Abdullah juga.

Abdullah juga seperti remaja lain yang mempunyai rasa ingin dicintai wanita. Sudah lama Abdullah berpasangan dengan Zila. Perkenalan yang membahagiakan itu terjadi ketika Abdullah dan Zila berada dalam semester dua peringkat pengajian diploma. Setiap hari mereka menghabiskan masa berjam lamanya untuk berbual sama ada melalui pesanan ringkas ataupun panggilan telefon.

Walaupun mereka sering bertemu, rindu antara mereka tidak pernah surut. Kerap kali mereka keluar berdua untuk makan bersama, menonton wayang dan membeli-belah. Dalam pelajaran pula, mereka berdua merupakan pelajar cemerlang di kolej mereka. Kebiasaannya pada setiap semester, CGPA mereka pasti di atas 3.50. Ramai rakan-rakan yang mencemburui kepintaran mereka, namun itulah rezeki yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah SWT yang sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang gigih berusaha tanpa mengira tahap keimanan seseorang itu kepadaNya.

Walaupun begitu, jauh di sudut hati Abdullah ada terselit satu perasaan tidak tenteram. Solat dan Al-Quran tidak berjaya menegahnya daripada melakukan maksiat. Kadang-kala Abdullah mempersoalkan, jika solat menegah manusia daripada melakukan kemungkaran namun mengapa dia masih melakukan dosa dan maksiat. Di mana silapnya? Abdullah juga sering berzikir dan beristighfar namun Abdullah tidak menemui ketenangan daripadanya.

Abdullah cuba mencari makna di sebalik firman Allah SWT iaitu dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang namun mengapa Abdullah masih jauh daripada ketenangan? Dek kerana mencari ketenangan, Abdullah mengunjungi pusat karaoke, pusat snuker dan pernah sekali Abdullah ke kelab malam. Kunjungan Abdullah ke sana menimbulkan amarah bapanya. Bukan sahaja gagal menemui ketenangan yang dicari malah dirotan pula. Bapanya tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu yang sepatutnya menjadi contoh dan pelindung kepada adik-adiknya mengunjungi kelab malam!

Satu hari ketika Abdullah di kedai buku, Abdullah terdengar sebuah lagu merdu yang didendangkan di radio. Abdullah segera mendekati corong suara untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.

"Jalan pulang bukannya mudah, Musuh nafsu ajak menyerah,
Mohon taufik mohon hidayah, Agar selamat dari fitnah"

Bait-bait lagu tersebut menyentuh hati Abdullah. Rasa sayu menggayut hati. Entah apa istimewanya lagu itu namun ia hampir-hampir mengalirkan air mata Abdullah. Pulang ke rumah, Abdullah bermuhasabah diri. Dia merasakan hidupnya selama ini banyak diluangkan untuk perkara sia-sia. Dia sepatutnya menjadi khalifah Allah yang meneruskan perjuangan Rasulullah SAW namun banyak hal berkaitan Islam yang Abdullah abaikan.

Jauh benar beza dirinya dengan pemuda pada zaman Rasulullah SAW. Pemuda seperti Saidina Ali RA sanggup menawarkan nyawa sebagai galang ganti kepada nyawa Rasulullah SAW yang ingin dibunuh oleh Musyrikin Mekah. Betapa teguhnya iman Saidina Ali RA!

Mengenangkan betapa lemahnya iman, air mata Abdullah mengalir tanpa tertahan lagi. Segera, sejadah dicapai dan solat sunat taubat dilakukan. Lama Abdullah bersujud sambil diiringi air mata yang deras mengalir. Pada Allah ampunan diharapkan. Dalam doanya, "Saksikanlah Ya Allah, hari ini Abdullah Umar datang menyerah diri dan mengakui segala dosa. Ya Allah, ampunkan aku. Sungguh, aku sangat menzalimi diriku sendiri."

Abdullah memutuskan untuk bertemu Ustaz Hanafi, guru agama di sekolahnya dulu. Abdullah tahu, Ustaz Hanafi pasti bersedia membantunya. Apabila disoal tentang hidayah yang datang melalui lagu, kata Ustaz Hanafi, "Jika lagu tersebut mengajak kepada keesaan Allah dan mendatangkan keinsafan kepada kita, maka itulah hidayah daripada Allah. Abdullah, bersyukurlah Allah mengurniakanmu hidayah. Hargailah ...takut-takut ini hidayah yang terakhir."

Abdullah pulang dengan hati penuh penyesalan. Abdullah bertekad untuk memelihara hidayah yang diperolehinya. Ibu dan bapa Abdullah sangat menyenangi perubahan Abdullah. Dinamakan Abdullah Umar sempena Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang soleh. Sudah tentu ibu bapanya mendambakan zuriat mereka itu juga soleh.

Kini Abdullah fahami, kebaikan dan dosa tidak boleh dicampurkan. Berpasangan dan melakukan perkara yang sia-sia yang lain menambahkan lalai di hati Abdullah. Ia membuatkan Abdullah semakin jauh daripada cinta Allah. Abdullah juga tidak merasakan kemanisan beribadah kepada Allah. Dia belajar untuk bersyukur dan menghayati setiap bait zikir yang dilafazkannya.

Abdullah berazam untuk meninggalkan jalan-jalan maksiat. Hubungannya dengan Zila banyak menambahkan saham dosa Abdullah. Mengingati, merindui dan memandang Zila sering membawa kepada zina fikiran dan hati. Abdullah khuatir hatinya bertambah gelap dengan dosa. Oleh itu, Abdullah terpaksa bertegas dengan kemahuan nafsunya. Cukup sukar untuk Abdullah melakukannya namun Abdullah ikhlaskan hati. Semuanya demi mengejar cinta yang agung. Matlamat Abdullah semakin jelas kini. Hanya redha Allah yang akan dicari. Abdullah mengharapkan penghijrahan kali ini hingga ke hujung nyawa. Semoga Allah SWT meredhai usaha Abdullah dalam mencari jalan kembali.


Hutang kahwin punca penceraian pasangan muda


Kepada ibubapa dan bakal ibubapa kepada anak-anak tolonglah jangan ikut adat melayu sangat hingga ke satu tahap , si lelaki terpaksa meminjam wang hanya untuk berkahwin dengan anak perempuan anda. Bukankah sesebuah perkahwinan sepatutnya menjadi mudah? Kerana disebabkan TREND dan ADAT menjadikan sesuatu yang baik itu menyusahkan orang lain.

TOLONG BERUBAH UNTUK CARA ISLAM DAN BUKAN IKUT ADAT.
Nabi s.a.w bersabda :

إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Hutang punca penceraian di usia muda
Amran (bukan nama sebenar), berusia 25 tahun, tinggal di perumahan rumah pangsa di Vista Angkasa, Kuala Lumpur, baru melangsungkan perkahwinan dengan isterinya kira-kira setahun lalu.
Tetapi, hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi menyebabkan beliau kini berhutang hampir RM25,000 dan diburu oleh “Ah Long”.
“Saya tidak ada banyak pilihan,” jelas Amran yang merupakan seorang penyelia kilang di Petaling Jaya dan hanya memperoleh gaji RM1,500 sebulan.
“Tiap-tiap bulan saya terpaksa menghabiskan lebih dari separuh gaji saya hanya untuk membayar hutang.
“Puncanya, keluarga sebelah isteri saya meletakkan hantaran sebanyak RM12,000 kerana isteri saya seorang graduan diploma di universiti tempatan, dan termasuk belanja kahwin dan kenduri, semuanya berjumlah RM25,000.
“Jadi, dengan pendapatan saya yang berjumlah RM1,500, tolak bayaran sewa rumah dan ansuran kereta lagi, saya tidak mampu untuk menanggung hutang sebegini.”
Dalam adat perkahwinan Melayu-Islam di Malaysia, terdapat dua jenis hantaran, iaitu mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
Mas kahwin, juga dikenali sebagai “wang belanja tubuh”, telah ditetapkan oleh jabatan agama Islam peringkat negeri, berbeza dengan hantaran perkahwinan.
Bayaran mas kahwin ini diwajibkan dalam agama Islam, manakala hantaran perkahwinan pula bersifat adat resam dan tidak ada kewajiban untuk membayarnya.
“Hantaran perkahwinan inilah yang membebankan orang ramai dari perkahwinan,” menurut Azri Mukhris, 27 tahun, seorang yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Kata Azri, beliau dan pasangannya terpaksa mengikat perut sejak tahun lalu bagi memastikan mereka dapat berkahwin sebelum hujung tahun ini.
Ini kerana tekanan masyarakat itu sendiri menyebabkan ahli keluarga terpaksa meletakkan harga sedemikian.
“Semasa upacara merisik, kami membincangkan tentang harga hantaran, memandangkan pasangan saya merupakan seorang graduan ijazah sains, maka harganya lebih tinggi.
“Jadi sebab itu, mahu tidak mahu, saya perlu menyimpan agar dapat menyempurnakan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.”
Bila ditanya berapa harga hantaran perkahwinan, Azri enggan memberi jumlah keseluruhannya.
“Apabila berkahwin ni, banyak komitmen yang perlu diberikan, antaranya perlu membayar hutang membeli rumah, membeli kereta,  kemudian pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, dan beberapa tahun lagi apabila sudah mempunyai anak, kena membeli persiapan untuk kelahiran anak pula.
“Itu belum lagi bila anak itu sudah membesar dan sudah mula bersekolah,” kata Azri lagi.
Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.
Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.

“Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah,” katanya.
Statistik dalam laman web Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat mencatatkan penceraian pada tahun 2011 telah menurun iaitu 27,355 kes berbanding tahun 2010 iaitu 28,035 kes.
Bagaimanapun, menurut timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, kadar itu masih membimbangkan biarpun penurunan sebanyak 2.5 peratus.
Dr Mashitah berkata, Selangor mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi iaitu sebanyak (4,409 kes), diikuti Johor (3,021 kes) dan Kelantan (2,429 kes).
Hadzrien (bukan nama sebenar), 26 tahun, bercerai dengan isterinya yang tiga tahun lebih muda berkata, masalah kewangan adalah punca perceraian dia dan isterinya.
“Saya telah berkahwin dengan bekas isteri saya setahun yang lalu, tetapi oleh kerana belanja perkahwinan yang tinggi, disamping masalah kewangan serta pinjaman bank terlalu tinggi menyebabkan saya terpaksa bercerai dengannya.
“Saya telah cuba berjimat cermat, tetapi tuntutan kehidupan di kota yang mahu perbelanjaan yang tinggi menyebabkan saya tidak mampu untuk menanggung isteri saya lagi, lalu kami membuat keputusan untuk bercerai,” kata Hadzrien lagi.
Katanya, pinjamannya yang berjumlah hampir RM20,000 itu terlalu sukar untuk dibayar, hinggakan dia terpaksa menjual kereta Proton Satrianya.
“Walaupun sudah bercerai, namun beban untuk membayar hutang bank akibat wang hantaran tinggi dahulu masih lagi perlu saya bayar.
“Perkahwinan sepatutnya menjadi masa yang terindah, tetapi kerana pinjaman serta kadar bunga tinggi, kerana hantaran perkahwinan yang tinggi menyebabkan ia menjadi azab dalam hidup saya,” kata Hadzrien lagi.


Sudikah kita membela 'anak yatim' ini?


Pertama sekali biar aku perkenalkan diriku. Namaku ISLAM. Aku sudah lama diyatim piatukan. Dulu, ada orang yang menjaga aku. Namanya SAHABAT NABI. Kemudian, selepas sahabat nabi meninggal semuanya, aku telah dipelihara ...oleh TABI’IN dan TABI’UT TABI’IN. Sekarang, mereka sudah meninggalkan dunia. Aku sudah tidak ada tempat lagi di hati manusia.

Aku sedih sebab di zaman ini sudah tidak ada lagi manusia yang sanggup menjaga aku, menjaga kebajikan aku. Aku kesepian sendiri tak berteman. Hatiku bertambah pilu, Allah saja yang tahu. Entah kepada siapa lagi aku bermanja….

Jika aku pergi kepada orang kaya, Ah, aku sibuk, mana ada waktu untuk membela ISLAM?? Jika aku mencari simpati dengan orang miskin, Aku sendiri tak kecukupan, bagaimana aku membela ISLAM?? Jika aku pergi kepada pelajar, katanya Aku sibuk dengan pelajaran, mana ada waktu untuk menjaga ISLAM???

Sekarang, siapa lagi yang ingin mengambil aku???

Aku pernah bahagia ketika ada yang bersungguh sungguh menerimaku. Kusangkakan panas hingga petang, rupanya turun hujan tengah hari. Ternyata kesungguhan itu hanya pura-pura. Aku dibawa kemana-mana lantaran keuntungan yang hendak diraihnya dariku. Banyak yang membawa namaku untuk mencari keuntungan, bahkan aku dijualnya. Akhirnya aku tahu. Hakikatnya hanya namaku yang mereka manfaatkan. Mereka tidak memeliharaku dengan sungguh-sungguh. Aku tetap diabaikan.

Tuan (engkau) yang membaca tulisan ini, bersimpatikah dengan aku yang yatim ini??? Tuan, bantulah saya, kasihanilah saya. Saya sedih karena ditinggalkan oleh manusia. Jika tuan sudi menerima saya sebagai teman hidup tuan, cari saya dalam buku panduan yaitu AL-QUR’AN. Untuk info tambahan saya, silakan rujuk kepada SUNNAH NABI.

Alangkah bahagianya saya dan tuan seandainya tuan juga mengajak orang lain menjaga saya. Saya akan membalas segala jasa baik tuan di akhirat nanti, dan saya senantiasa mendoakan agar Allah yang maha perkasa itu akan membalas jasa baik tuan..

Aku Yang Merana

(Islam)

Rasulullah saw. bersabda: “Islam bermula dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.” (HR Muslim no. 145)

12/09/2012

Org yang tak bersolat tak berakal!!




Kelebihan solat lima waktu terutama Subuh

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan - perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari. Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.
Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.
Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

11/09/2012

Asal-usul bacaan dalam solat


Dari Ali bin Abi Thalib, bahawa Rasulullah jika melakukan solat beliau membaca: Aku hadapkan wajah ku pada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan condong kepada agama Islam dan aku tidak termasuk golongan orang-orang yang musyrik, sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku kerana Allah Tuhan semesta alam, tidak ada sekutu bagiNya, dan dengan demikian aku diperintah dan aku termasuk golongan orang-orang muslim.

Wahai Allah Engkau adalah Raja, tiada Tuhan selain Engkau. Engkau adalah Tuhan ku dan aku adalah hamba-Mu, aku telah menganiaya diri ku dan aku mengakui dosa ku, ampunilah dosa-dosa ku semuanya. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau tunjukkan aku kepada akhlak yang terpuji kerana tidak ada yang dapat menunjukkan kepada akhlak yang terpuji selain Engkau. Hindarkan aku dari akhlak yang jelek tidak ada yang dapat menghindarkan akhlak yang jelek dari ku selain Engkau, aku beriman kepadaMu, maka Suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau, aku memohon ampunan kepada Mu dan aku bertaubat kepada Mu.

Lalu jika Beliau rukuk beliau membaca: Wahai Allah hanya kepada Mu aku rukuk dan kepada Mu aku beriman dan kepada Mu aku tunduk, pendengaran ku, penglihatan ku, otak ku, tulang ku dan urat saraf ku tunduk kepada Mu.

Lalu jika mengangkat kepalanya beliau: Wahai Allah Tuhan kami hanya bagiMu segala puji yang memenuhi langit, bumi dan antara keduanya dan memenuhi apa saja yang Engkau kehendaki.

Lalu jika beliau sujud beliau membaca: Wahai Allah hanya kepada Mu aku bersujud dan hanya kepada Mu aku tunduk, wajah ku bersujud kepada Tuhan yang menciptakannya, membentuknya dan yang memecah pendengarannya dan penglihatannya. Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta.

Kemudian akhir doa yang beliau baca antara tasyahud dan salam: Wahai Allah ampunilah dosa-dosa ku yang telah lalu mahupun yang akan datang, dosa-dosa yang aku rahsiakan mahupun dosa-dosa yang aku tampakkan dan dosa-dosa yang Engkau lebih mengerti dari pada ku,Engkaulah Zat yang mendahulukan dan Zat yang mengakhirkan, tidak ada Tuhan selain Engkau.

Sunan At-Tirmidzi Jilid 5. Hadith Nombor 3481.


Doa ketika sedang meriba anak




DOA KETIKA ANAK DI ATAS RIBAAN

Sayyidina Usamah bin Zaid رضي الله عنه menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah mengangkat dan meletakkannya di atas peha Baginda. Kemudian Baginda mengambil Hasan bin Ali رضي الله عنهما dan meletakkannya di atas peha sebelah lagi lalu Baginda صلى الله عليه وسلم membacakan doa ini;

اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ، فَإِنِّيْ أَرْحَمُهُ
Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah kasih sayang-Mu kepadanya, kerana sesungguhnya aku menyayanginya.”

~ Riwayat Imam al-Bukhari رحمه الله

Pesan Nabi : Jangan membazir ketika berwudhuk


Ahlus-Sunnah mesti mempunyai sikap seperti nabi dalam berwudhu, iaitu tidak membazir. Nabi biasa ambil wudhu dengan air sebanyak satu mud, dan mandi sebanyak satu saa' (4 mud). Satu mud, adalah sebanyak mana yang terkumpul dalam dua tapak tangan yang disatukan seolah-olah berdoa. Kalau kita perhatikan amalan masyarakat, biasanya satu mud air untuk sekali basuh muka, kalau tiga kali basuh dah tiga mud. Anggota-anggota lain belum basuh lagi, dan air biasanya dibiar mengalir terus menerus.

Kita diajar oleh nabi suatu sikap yang murni. Sabda nabi kepada Sa'd: "Apa pembaziran ini?" Sa'd menjawab: "Adakah dalam wudu juga ada pembaziran?" Nabi jawab pula: "Ya, walaupun kamu di sungai yang mengalir." [HR Ibn Majah]

Oleh itu, penting kita tanam sikap pentingkan Sunnah nabi, kerana Sunnah mengajar kita sikap yang betul, dan kita tidak boleh menggunakan akal kita untuk mengubahnya. Baarakallahu feekum.


08/09/2012

Gangnam : Budaya sia-sia yg melekakan anak2 muda Malaysia


Kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. berikut adalah summary berkenaan dengan info apa yang dapat.



1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari "getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah

10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:

"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.



Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.

Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik."

Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama:

"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.

Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:

" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"

baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:

"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini. Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh Hilal Asyraf.

Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat dan insaf.

11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berseronok.

merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu

padahal mesej asal:

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja

A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that

sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja

A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist

inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar!

dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memper****hkan diri tanpa sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi mereka.

maka tepatlah ulasan UAI, "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang mahu jadi sebahagian promoter aksi psy.sungguh!

12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy.

http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA&feature=player_embedded

inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?

13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:

"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"

14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.

04/09/2012

Nabi S.A.W tak kenal orang yang tidak berselawat ke atasnya



Nabi tak kenal org yg tak berselawat ke atasnya meskipun dia adalah umat Nabi sendiri.

Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)


02/09/2012

Al-Quran dan roti canai




AL-QUR'AN DAN ROTI CANAI

Saya berharap dapat berkongsi bersama para pembaca tentang sebuah cerita yang menambahkan lagi kesedaran diri....
Pada suatu hari, ada seorang ustaz dalam ceramahnya menjelaskan bahawa al-Quran ini sempurna, mengandungi segala macam penyelesaian bagi masalah kita.
Maka salah seorang pendengarnya pun bertanya,
“Kalau betul di dalam al-Quran terkandung penyelesaian masalah, boleh tak ustaz tunjukkan dari al-Quran, bagaimana cara hendak buat roti canai?”
Ustaz ini tadi menggaru kepala.
Maka ustaz itu menghabiskan satu malam membelek dari satu muka ke satu muka.
Di manakah petunjuk cara-cara hendak buat roti canai.
“HAA!! Sudah jumpa.” Kata ustaz dengan gembiranya.
Maka dia pun berjumpa dengan penanya tadi dan menyatakan dia telah menemui dalam al-Quran bagaimana nak menyelesaikan masalah penanya yang nak tahu cara membuat roti canai.
Si penanya aneh dan tercengang (seperti mana sebahagian pembaca apabila membaca bahawa ustaz itu menemui penyelesaian kepada soalan penanya tadi).
Maka ustaz itupun menyatakan ianya ada dalam firman Allah:
"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
[ Surah an-Nahl 16: ayat 43]
Al-Quran mengajar, sekiranya nak tahu cara membuat roti canai, tanyalah kepada pakar buat roti canai atau mamak buat roti canai.
Begitulah cara al-Quran yang sempurna menyelesaikan masalah, bertindak sebagai ‘kitab induk’ yang efektif, praktikal dan mudah diakses.
Bukannya ensiklopedia terperinci yang memerlukan satu perpustakaan untuk menyimpannya.
WaLLaHu A'LaM

Adab dalam bergaul dengan sahabat


Adab dalam bergaul

Jangan berbisik jika bertiga. Nabi melarang dua orang berbisik di hadapan orang ketiga, kerana ini boleh menjadi punca timbul rasa sedih dan buruk sangka kepada mereka berdua.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Jika kamu bertiga, janganlah dua orang berbisik tanpa yang ketiga, sehinggalah kamu bercampur dengan orang ramai. Ini kerana ia boleh menyebabkan yang ketiga bersedih."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pernah berselisih faham? Pernah bergaduh? Pernah boikot kawan?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Tidak dihalalkan bagi seorang muslim memulaukan saudaranya sesama muslim lebih dari 3 hari, masing² bertemu namun saling tidak bertegur sapa. Sebaik² di antara keduanya ialah yang TERLEBIH DAHULU memberi salam."
~ Riwayat Imam Al-Bukhari رحمه الله.

Rebutlah peluang menjadi orang yang pertama berusaha untuk berbaik² semula. Sesungguhnya permusuhan itu sangat merugikan.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم