Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

13/04/2012

Terlepas azab kubur kerana selalu berwudhuk


Ada seorang insan yang bernama Sulaiman bin Mihrain Al-A'masy.
Beliau ini selalu menjaga kesucian dirinya dari hal-hal yang membatalkan wudhu. Ketika ia batal dari wudhunya, cepat-cepat ia mengambil air wudhu lagi.

Pakaiannya begitu sederhana saja, bahkan teramat sederhana. Ketika seorang tabi'in menghadiri majlis, penampilannya menjadi perhatian banyak orang. Dialah Sulaiman bin Mihrain, seorang uama yang tak begitu menitik beratkan penampilannya.

Gaya Sulaiman ini unik hingga sering kali membuat orang lain bingung, bahkan tidak sedikit pula yang meremehkannya.
Pernah pada suatu ketika Sulaiman menghadiri majlis bersama Ibnu Abi Laila, semua pandangan orang tertuju kepada Sulaiman yang pakaiannya lusuh tak bernilai.

Salah seorang yang hadir di majlis itu bertanya kepada Ibnu Abi Laila,
"Wahai Ibnu Abi, kamu menghadiri majlis fikh dan membawa seorang yang seperti ini (berpakaian selekeh)?"
Ibnu Abi menjawab,
"Inilah guru kita, Sulaiman Al A'masy."
Setelah mendapatkan penjelasan dari Ibnu Abi Laila, seluruh peserta majlis menjadi tertunduk malu. Mereka merasa bersalah kerana telah meremehkan ulama seperti Sulaiman yang merupakan ahli hadits, yang telah menghafal kurang lebih 4 ribu hadits.

Sulaiman ini hampir tujuh tahun lamanya tidak pernah ketinggalan takbiratul ikhram rakaat pertama dalam solat berjamaah. Juga beliau ini ada pada posisi terdepan pada saf pertama dalam solat berjamaah.

Begitu pula dalam hal berwudhu, hampir tak pernah Sulaiman melupakan wudhu jika telah batal wudhunya. Bahkan kalau ia tiba-tiba terbangun dari tidurnya dan tidak sempat mengambil air wudhu, beliau selalu bertayamum.
(Diriwayatkan ulama Fudhail bin Iyadh).

Nikmat  di alam Kubur.
Ulama kelahiran Thabaristan ini meninggal dunia pada usia 87 tahun, bulan Rabi'ul Awal tahun 148 hijriyah.

Diriwayatkan oleh Jarir.
Dia berkata,
Setelah kematian Sulaiman, aku pernah melihatnya dalam mimpi, lalu aku bertanya kepadanya,
"Wahai Abu Muhammad, bagaimanakah keadaanmu?"

Beliau mengatakan,
"Kami selamat dengan pengampunan Allah SWT dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Rupanya Sulaiman Al A'masy telah mendapatkan nikmat di alam kubur kerana sejumlah amal ibadahnya semasa hidupnya. Dan salah satunya adalah beliau selalu menjaga diri dengan sentiasa dalam keadaan suci.
Subhanallah.


No comments:

Post a Comment