Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

06/04/2012

Kerinduan pohon kurma pada Rasullullah S.A.W.



Pada waktu permulaan Rasulullah SAW berkhutbah, baginda tidak berkhutbah di atas mimbar, sebaliknya baginda hanya bersandar pada sebatang pohon kurma. Keadaan demikian berpanjangan sehingga beberapa ketika. menurut riwayat dalam sahih Al Bukhari, seorang perempuan dari golongan Ansar datang menghadap Rasulullah dan berkata,

"wahai Rasulullah, adakah Rasulullah bersetuju kalau saya buatkan sesuatu yang dapat Rasulullah gunakan untuk duduk sewaktu berkhutbah, ketahuilah bahawa saya mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi tukang kayu."

Jawab Rasulullah, bahawa baginda bersetuju . Lalu perempuan itu membuat sebuah mimbar yang sederhana besarnya untuk baginda menggunakannya.

Setelah mimbar tersebut siap dan digunakan oleh Rasulullah SAW, berlaku keajaiban mukjizat Rasulullah SAW yang disaksikan oleh para sahabat. Pohon kurma tempat Rasulullah SAW bersandar menangis terisak-isak. Bila Rasulullah SAW menghampiri pokok tersebut dan bertanya kepadanya. Pokok kurma tersebut berkata bahawa dirinya sedih kerana Rasulullah SAW tidak lagi menggunakannya untuk bersandar sewaktu memberi khutbah. Lantas Rasulullah SAW memujuk pohon kurma tersebut. Sejak itu pohon tersebut disapu dengan sejenis pewangi yang bernama Khaluq. Setelah pohon kurma tersbut mati. Tapak pohon tersebut dibina sebuah tiang kecil dinamakan Tiang Mukhallaqah (lihat gambar). Kedudukannya benar-benar bersebelahan kanan mihrab Rasulullah SAW.

Menurut riwayat Al Waqidi bahawa Rasulullah mula menggunakan mimbar ketika berkhutbah ialah pada tahun ke 8 hijrah dan pada masa itu mimbar tersebut mempunyai dua anak tangga sahaja. Kemudian pada masa pemerintahan Mu'awiyah bin Abi SufianRA, beliau memerintah mimbar ini diperbaharui dan ditambah menjadi sembilan anak tangga. Adapun mimbar yang ada sekarang adalah hasil sumbangan Sultan Murad Al Othmani yang ketiga pada tahun 998 Hijrah.


No comments:

Post a Comment