Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

23/04/2012

Jatuh Kufur jika mempercayai ramalan zodiak!!


Bismillahhirrahmannirrahim...

.::HUKUM PERCAYA RAMALAN ZODIAK : 40 HARI SOLAT TIDAK DITERIMA::.

PERTAMA : Apabila cuma sekadar membaca zodiak atau ramalan bintang, walaupun tidak mempercayai ramalan tersebut atau tidak membenarkannya, maka itu tetap HARAM. Akibat perbuatan ini, SOLATNYA TIDAK DITERIMA selama 40 hari..

Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim no. 2230). Ini akibat dari cuma sekadar membaca.

Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan oleh An Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan ia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Syarh Muslim, 14: 227)

~KEDUA : Apabila sampai membenarkan atau meyakini ramalan tersebut, maka dianggap telah mengkufuri Al Qur’an yang menyatakan hanya di sisi Allah pengetahuan ilmu ghaib..

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia bererti telah KUFUR pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” (HR. Ahmad no. 9532, hasan)

Namun jika seseorang membaca ramalan tadi untuk membantah dan membongkar kedustaannya, semacam ini termasuk yang diperintahkan bahkan dapat dinilai wajib. (Al Qoulul Mufid ‘ala Kitabit Tauhid, 1: 330)

Syaikh Sholih Alu Syaikh memberi nasihat :
Kita wajib mengingkari setiap orang yang membaca ramalan bintang semacam itu dan kita nasehati agar jangan ia sampai terjerumus dalam DOSA. Hendaklah kita melarangnya untuk memasukkan MAJALAH-MAJALAH yang berisi ramalan bintang ke dalam rumah kerana ini sama saja memasukkan tukang ramal ke dalam rumah. Perbuatan ini termasuk DOSA BESAR (al kabair) –wal ‘iyadzu billah-.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan
ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan
bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan
ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara
main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,"
katanya.

Mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton
menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang
ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk
kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa
kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek
psikologi.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa
bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini
memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

P.S - Jadi kepada sapa2 yg suka tgk application zodiak dlm FB atau mana2 je...berentilah takut nanti kita jatuh kufur terhadap Allah S.W.T.


No comments:

Post a Comment