Perkongsian ilmu dunia & akhirat secara maya, sekiranya anda suka sebarang artikel dalam blog ni, dipersilakan share/kongsi, tidak ada istilah kedekut ilmu. tak perlu minta izin, semoga bermanfaat untuk kita semua.
Quote by Imam Muhammad Al-Baqir
Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib
30/04/2012
29/04/2012
Kelebihan sujud dari sudut kesihatan
KETAHUI 15 KEBAIKAN SUJUD DALAM
SOLAT
Pakar sains mengatakan sujud
ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Percaya atau tidak, berikut
adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan
diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.
1. Membetulkan kedudukan buah
pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan
yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut
ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada
ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi
pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik
untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah
tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada,
leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. –
Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara
semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot
itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi
dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan
kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot
sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut
.(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak
kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak
jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta
terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud
membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus
mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan
pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah
ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak
serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Iktibar : Saya takkan ampunkan dia sampai mati!!
Saya takkan ampunkan dia sampai
mati!!
Saya bekerja tetap tahun 70-an,
oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat
sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan
tugas, sesuatu yang saya idam-idamkanselama ini.
Walaupun saya mendapat tawaran ke
U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya
boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua
adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang
jawatan yang baik juga.
Biarpun saya tidak lulus U tetapi
kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan
yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi
pelajaran adik-adik saya.
Kerana terlalu sayangkan kerja,
saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan
tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6
petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi.
Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114
hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.
Saya hanya lulus MCE, tetapi
nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai.
Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan
dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.
Tetapi kerana taksub dengan
kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan,
seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu
melihat hidup saya habis di pejabat.
Awal tahun 70-an usia dah dekat
30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor.
Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis
yang boleh dikatakan cantik juga.
Anak ulama daripada keluarga agak
tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun
berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.
Belum dua tahun berkahwin, Hamizan
melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima
tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya
menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang
kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.
Hamizan bekerja di sebuah badan
berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin
menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama.
Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan
silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.
Kerana aktif berpersatuan, dia
sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10
malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai
pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan
tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling
sayang-menyayangi.
Suatu hari lebih kurang sedekad
lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan
isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan
tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun
saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa
bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.
Suatu hari saya pulang pukul 3
pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di
sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari
itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk
orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.
Bila diajukan dengan bukti
Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan
segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi
ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu
anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan.
Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban
untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan
keluarga saya.
Walaupun marah, namun saya beri
amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat.
Dia menangis meminta ampun.
Malangnya pisang berbuah banyak
kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini
saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya
seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah
dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya
yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Namun untuk meyakinkannya saya
hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka,
ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada
balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta,
lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.
Apa yang menghairankan saya,
Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran
kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat
dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah
tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah
difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya
daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.
Walaupun saya begitu marah tetapi
memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami
ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan
saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan
pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia
terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami
berlainan.
Saya terkejut besar. Bila saya tanya
mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak
ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan
Hamizan sampai ke tahap ini.
Hamizan ketika ditanya menafikan,
namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya
yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui
kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah
Nuraine.
Malah pernah rakan-rakan
sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang
pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah
Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.
Hamizan kini masih sebumbung
dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu.
Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak
bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.
Anak-anak tahu perbuatan keji
emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan
pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya.
Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan
tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal
anak-anak bahagia.
Yang penting saya tidak mahu
korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan
rasa saya.
Nuraine hampir setiap hari
menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka
berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya
masih tidak menceraikan Hamizan.
Saya tetap tidak mengampunkan
Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud
menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah
Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan
Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan
melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.
Ada saya terbaca bahawa ibadah
seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar
terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya
tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka
kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada
dia disia-siakan.
Kalaulah membunuh bukan satu
kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya
cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan
dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.
Nampaknya Zain telah melakukan
pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah
menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain
sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi
burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika
mempunyai isteri yang curang seperti ini?
27/04/2012
Kaum Yahudi bertanyakan Rasullullah S.A.W. perihal solat dan puasa
Pertanyaan Yahudi tentang Solat
dan Puasa
Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,
'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada
para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi, 'Sila
terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas
umatmu.' "Sabda Rasullullah saw, 'Solat Zuhur jika tergelincir matahari,
maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam
a.s.memakan buah khuldi.Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat
Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan
mengkabulkan permintaannya. Solat Isyak itu ialah solat yang dikerjakan oleh
para Rasul sebelumku. Solat Subuh adalah belum terbit matahari. Ini kerana
apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar
penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan
didapati oleh orang yang solat. 'Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu
solat terutama solat yang pertengahan. Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya
neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan
diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda
Rasullullah saw lagi, 'Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s.
memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan
diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Selepas itu Rasullullah saw
membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali solat
yang pertengahan. Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam
a.s.diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian
meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' Sabda Rasullullah
saw, 'Solat Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu
juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan solat Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya
daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk
menyeberangi Titian Sirath.' Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Solat Subuh
pula, seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara
berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka
b) Dibebaskan dari nifaq.
"Setelah orang Yahudi
mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,'Memang
benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada
kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?' Sabda
Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang,
lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian
Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari.
Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT
kepada makhluk-Nya.'
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai
Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami
mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.' Sabda
Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan
ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
a) Akan dicairkan daging haram yang
tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
b) Rahmat Allah sentiasa dekat
dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik
amal.
d) Dijauhkan daripada merasa
lapar dan dahaga.
e) Diringankan baginya siksa
kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberikan cahaya oleh Allah
SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya
kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa
yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua
para nabi.' Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya
untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan
Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada
Tuhan melainkanAllah dan engkau utusan Allah).'
25/04/2012
15 fakta tentang kaabah dan Mekah
(15 Fakta) Tentang Mekah, Kaabah
Dan Amalan Umat Islam
Makkah merupakan tanah suci bagi
umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi
lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut
adalah 15 fakta tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang
mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan
di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar
oleh telinga.
3. Tekanan graviti yang tinggi
memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai
pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion
negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati
adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh
bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus
hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh
mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun
tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak
mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti
yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi
tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah
tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun
di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan
hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap
Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi
Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah
tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja
di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah
mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah
tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah
sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu
adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan
sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi,
songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat
antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai
manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan
dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu
baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada
pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk
membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya
gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
Subhanallah Maha Suci Allah yang
menciptakan langit dan bumi ini…
Rahsia isteri yang suami patut tahu!!
RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU
TAHU
" Cintai isterimu …apabila dia
merasa kopi atau teh anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu
"
" Cintai isterimu…apabila dia
'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "
" Cintai isterimu…apabila dia
menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu
dengan sendirinya tanpa dirimu "
" Cintai isterimu…apabila dia masak
tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu
"
" Cintai isterimu...apabila dia
merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana
"
Para malaikat terlepas berjemaah bersama Nabi S.A.W. kerana Bilal tidak melaungkan azan
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim....
.::Azan::.
Tentang kisah sahabat bernama Bilal (orang Habshi). Orang
pertama yang melaungkan azan memanggil umat Islam bersolat. Orangnya berkulit
hitam legam sebagaimana orang Habsyah yang lain. Suaranya juga tidak merdu.
Namun dialah yang terpilih untuk melaungkan azan. Waktu itu, ada seorang lagi
yang berminat untuk melaungkan azan. Suaranya merdu. Banyak kali dia meluahkan
hasratnya kepada Rasulullah s.a.w. Namun tidak kesampaian. Akhirnya Rasulullah
s.a.w. memberi keizinan bila melihat kesungguhannya.
Kali pertama dia melaungkan azan subuh, semua orang keluar
dan tertanya-tanya siapakah orang yang mempunyai suara begitu merdu. Azan yang
dilaungkan begitu mengasyikkan.
Selepas solat, Rasulullah s.a.w. berwajah muram. Tetiba
baginda menangis. Para sahabat hairan. Selepas ditanya, Rasulullah s.a.w.
menyatakan kesedihannya kerana pertama kali tiada malaikat berjemaah bersama!
Baginda menangis kerana malaikat Jibrail telah bertanya, " Ya
Rasulullah....dah masuk subuh kah?"
Rupanya para malaikat tidak mendengar laungan azan yang
sebegitu merdu! Sehingga terlepas peluang berjemaah bersama kekasih Allah.
Makam Sayyidina Bilal di Syria
23/04/2012
Untuk memperoleh yang istimewa, jadikanlah diri anda istimewa dahulu!!
.::Bunga Istimewa Hanya Untuk Yang Istimewa::.
Bunga adalah simbol kesegaran, keceriaan dan kebahagiaan.
Boleh jadi ada makna yang lebih dalam dari penamaan Rasulullah atas puteri
tercintanya, Fatimah Az Zahra. Az Zahra sendiri bererti “bunga”. Tidaklah
menghairankan jika Fatimah menjadi anak yang paling disayangi dibandingkan
saudara-saudara Fatimah lainnya. Hal itu terlihat dari ungkapan Rasulullah, “Siapa
yang membuatnya sedih, bererti juga membuat aku sedih, dan barang siapa
menyenangkannya, bererti menyenangkanku pula”.
“Bunga” Fatimah yang tumbuh dan berkembang dalam binaan
langsung dari ayahanda Rasul yang baik, lemah lembut dan terpuji menjadikannya
seorang gadis yang juga penuh kelembutan, berwibawa, mencintai kebaikan dengan
akhlak terpuji meneladani sang ayah. Maka tidaklah aneh, bunga yang dinisbatkan
Rasul menjadi wanita penghulu surga itu menjadi primadona di kalangan para
sahabat Rasulullah.
Tercatat, beberapa sahabat utama seperti Abu Bakar dan Umar
bin Khattab pernah mencuba melamar Fatimah. Hanya saja, sayangnya, dengan halus
Rasulullah menolak lamaran para sahabat itu. Hingga akhirnya datanglah Ali bin
Abi Thalib untuk meminang Fatimah. “Aku mendatangi Rasulullah untuk meminang
putri beliau, yaitu Fatimah. Aku berkata: Demi Allah aku tidak memiliki
apa-apa, namun aku ingat kebaikan Rasulullah, maka aku beranikan diri untuk
meminangnya”. Akhirnya, Rasulullah pun menerima pinangan Ali meski hanya
mempersembahkan baju besi al khuthaimah (yang juga merupakan pemberian Rasul).
Fatimah adalah bunga yang terpelihara, kerana yang mendidik,
membina, memeliharanya adalah manusia agung nan mulia Muhammad Rasul Allah,
yang memiliki segala keterpujian. Bunga yang indah dengan segala
keistimewaannya, harus dipelihara dan dijaga oleh orang yang istimewa dan
memiliki berbagai kelebihan pula, dalam hal ini Ali bin Abi Thalib. Siapa yang
meragukan kelebihan Abu Bakar dan Umar bin Khattab, yang keduanya kemudian
berturut-turut menjadi khalifah meneruskan perjuangan kaum muslimin
menggantikan Rasul. Lalu kenapa ayahanda sang bunga itu menolaknya?
Pertanyaan selanjutnya, kenapa Ali yang hanya bermodalkan
baju besi (yang juga pemberian Rasul) menjadi pilihan Rasul untuk mendampingi
Fatimah? Meskipun memang Rasulullah yang paling tahu alasan itu (termasuk juga
alasan menolak pinangan dua sahabat yang juga istimewa), namun kita boleh
melihat sisi kelebihan dari Ali bin Abi Thalib, pemuda pemberani ini. Ali adalah
lelaki istimewa, termasuk dalam golongan assabiquunal awwaluun (golongan
pertama yang masuk Islam) dengan usia termuda. Soal keberanian, jangan pernah
menyangsikan lelaki satu ini. Perang badar yang diikuti oleh seluruh manusia
pemberani didikan Rasul, terselip satu lelaki muda yang dengan gagahnya maju ke
depan ketika seorang pemuka dan ahli perang kaum kafir menentang untuk beradu
tenaga. Meski awalnya dilecehkan karena dianggap masih kecil, namun Ali dengan
kehebatannya mampu mengalahkan musuhnya itu. Tidak sampai disitu, yang membuat
Rasulullah tak boleh melupakannya adalah jasa besar dan keberanian Ali
menggantikan Rasul tidur di pembaringannya saat Rasulullah ditemani Abu Bakar
menyelinap ke luar saat hijrah. Padahal risikonya adalah mati terpenggal oleh
bala tentara kafir yang telah mengepungnya.
Tentu masih banyak dan tidak akan cukup satu halaman untuk
mencatat kelebihan Ali yang menjadikannya begitu istimewa. Satu yang boleh kita
tangkap secara jelas, bahawa WANITA ISTIMEWA MEMANG DIPERSIAPKAN UNTUK LELAKI
YANG ISTIMEWA. Seperti halnya, “bunga” Fatimah yang hanya Ali bin Abi Thalib
yang diizinkan Rasulullah untuk memetiknya. Oleh kerananya, JANGAN PERNAH
BERHARAP AKAN DATANGNYA SESEORANG YANG ISTIMEWA JIKA TAK PERNAH MENJADIKAN DIRI
SENDIRI SESEORANG YANG ISTIMEWA!!
Jatuh Kufur jika mempercayai ramalan zodiak!!
Bismillahhirrahmannirrahim...
.::HUKUM PERCAYA RAMALAN ZODIAK : 40 HARI SOLAT TIDAK
DITERIMA::.
PERTAMA : Apabila cuma sekadar membaca zodiak atau ramalan
bintang, walaupun tidak mempercayai ramalan tersebut atau tidak membenarkannya,
maka itu tetap HARAM. Akibat perbuatan ini, SOLATNYA TIDAK DITERIMA selama 40
hari..
Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ
لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Barangsiapa yang mendatangi tukang
ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim no. 2230). Ini
akibat dari cuma sekadar membaca.
Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari dijelaskan
oleh An Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut
tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat
menggugurkan kewajiban solatnya dan ia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.”
(Syarh Muslim, 14: 227)
~KEDUA : Apabila sampai membenarkan atau meyakini ramalan
tersebut, maka dianggap telah mengkufuri Al Qur’an yang menyatakan hanya di
sisi Allah pengetahuan ilmu ghaib..
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ
بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
“Barangsiapa yang mendatangi dukun
atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia bererti telah KUFUR pada Al
Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” (HR. Ahmad no. 9532, hasan)
Namun jika seseorang membaca ramalan tadi untuk membantah
dan membongkar kedustaannya, semacam ini termasuk yang diperintahkan bahkan
dapat dinilai wajib. (Al Qoulul Mufid ‘ala Kitabit Tauhid, 1: 330)
Syaikh Sholih Alu Syaikh memberi nasihat :
“Kita wajib mengingkari setiap orang
yang membaca ramalan bintang semacam itu dan kita nasehati agar jangan ia
sampai terjerumus dalam DOSA. Hendaklah kita melarangnya untuk memasukkan
MAJALAH-MAJALAH yang berisi ramalan bintang ke dalam rumah kerana ini sama saja
memasukkan tukang ramal ke dalam rumah. Perbuatan ini termasuk DOSA BESAR (al
kabair) –wal ‘iyadzu billah-.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains
Islam Malaysia
(USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara
itu berdasarkan
ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum
membaca ramalan
bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang
dibaca, solatnya
tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta
membenarkan pula
ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran
Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk
membantah,
menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut
malah menjadi
wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa
yakin apa dikatakan
ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan
perkara
main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan
hukum Islam,"
katanya.
Mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton
menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik
dan tukang
ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan
pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan
tujuan mereka
membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan
bermula daripada
suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses
seterusnya
terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan
ramalan bintang
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa
yang
diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal
dilalui mereka setiap
hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah
menyebabkan
hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu
sedikit sebanyak
memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada
hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga
melanggan SMS
horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang
diramalkan untuk
kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan
majalah, kenapa
kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak
setanding kerja
dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab
rezeki yang
dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah,
juga aspek
psikologi.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu
umat Islam lupa
bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin
Allah dan ini
memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak
akan jadi. Tukang
ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap
tetapi tanpa
izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman
moden ramai
yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada
zodiak," katanya.
P.S - Jadi kepada sapa2 yg suka tgk application zodiak dlm
FB atau mana2 je...berentilah takut nanti kita jatuh kufur terhadap Allah
S.W.T.
Beri anak minum susu pekat kerana kemiskinan
Jangan Mencela mereka yang dalam kesusahan, bantulah mereka!
Beri anak minum susu pekat kerana kemiskinan..
Anda mungkin pernah berjumpa dengan orang yang meminta
pertolongan kerana hidup susah. Pelbagai persepsi negatif yang diberikan kepada
orang yang meminta pertolongan ini. Tipu lah, tak mahu kerja lah, suka meminta-minta
lah dan macam-macam. Kenapa ada persepsi negatif ? sebab memang ada yang
berbohong susah tetapi tidak susah.
Sebenarnya, bukan semua yang berbohong. Ramai yang
benar-benar susah menjadi mangsa akibat mereka yang berbohong susah. Orang
benar-benar susahpun dipandang serong sedang mereka amat memerlukan
pertolongan.
Kisah seorang yang pemurah bertemu dengan seorang muda yang
benar-benar susah. Bayangkan , jika orang ini tidak diberi pertolongan
disebabkan persepsi negatif. Justeru , janganlah kerana nila setitik rosak susu
sebelanga. Bantulah mereka, terutama jika kita memegang amanah kebajikan.
Inilah realiti kehidupan di Malaysia. Masih ramai lagi orang
yang susah dan miskin di Malaysia ni sebenarnya. Saya berasa sedih membaca
kisah benar ini. Ia membuatkan saya insaf dan merasa sangat bersyukur dengan
apa yang ada.
Bacalah kisah benar di bawah ini. Semoga anda juga berasa
bersyukur dengan apa yang anda miliki sekarang.
Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan
Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang
dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan
tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk
bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda
esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam
berturut-turut mulai malam ini.
Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan
dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil
wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan
aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk
untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama.
Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku
sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak
dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan
kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.
Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia
agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah
dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak
muda ini seperti memang sedang lapar.
Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan
terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu.
Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok
imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.
Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi
lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum
berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda
ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda
ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur
Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.
Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong
Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi
keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat
kerja hari ini.
Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit
Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di
kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi !
Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah
cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati,
azab hanya Tuhan yang tahu.
Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker
lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30
malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya
sebagai bang haji !
Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu
meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda
ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ?
Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah
bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan
banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur
anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan.
Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk
kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin
kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah
hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah…!
Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini
menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang
Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid
dan terus ke kereta.
Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya
hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia
akur dan menurut saja.
Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM
Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog
saya, MULTY GREEN TRADING , itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda
ini.
Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang
diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah
! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan
anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia
menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch
Lady ada dalam karung plastik.
Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum
susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi
anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan.
Survival…ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai
kehilangan pekerjaan.
Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat
kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan
anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.
15/04/2012
9 Golongan orang yang bersolat, di manakah kita?
9 GOLONGAN ORANG YANG BERSOLAT
Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu cara bersembahyang. Imam Malik berkata bahawa sesiapa yang tidak sembahyang akan digolongkan sebagai orang kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafi pula berkata bahawa golongan yang tidak bersembahyang ini ialah fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi masih tidak bersembahyang.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi mereka sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyang dan tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
14/04/2012
Erti kecantikan seorang wanita pada lelaki
Kecantikan seseorang wanita adalah sesuatu yang subjektif, tiap-tiap lelaki ada ‘kategori’ bagi ciri-ciri wanita idaman/pasangan mereka. Ada orang yang kita tengok biasa saja, tapi bagi lelaki tu, pasangannya lah yangpaling cantik dan menarik.
Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.
Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.
Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.
Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.
Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.
Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.
Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.
Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.
Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.
Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.
Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.
Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.
CANTIK MODAL UNTUK KEBAHAGIAAN?
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.
Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?
Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.
Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.
Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.
Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.
Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.
Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.
Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.
KEMATANGAN SEORANG WANITA
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.
Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.
Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.
Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.
Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.
Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!
Subscribe to:
Posts (Atom)