Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

21/12/2012

Segerombolan Malaikat membantu Mujahidin Syria di Jabal Akhrod



Abu Yahya, penyelaras sukarelawan HASI(Hilal Ahmar Society Indonesia) menceritakan kisah seorang bekas tentera Bashar Assad yang membelot dan bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin.


Saat diwawancara oleh mujahidin Syria dan sukarelawan HASI, bekas tentera itu, menjawab pertanyaan kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500 kakitangan di Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan kepada mujahidin Syria yang hanya berjumlah 150 kakitangan, padahal baik secara kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin jauh kalah dari tentera Assad.

Bekas tentera Bashar Assad menjelaskan sambil terkejut dan hairan lalu bertanya. "Siapa kata jumlah kalian sedikit? Kami setiap malam melihat kamu dengan pakaian serba putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain sehingga kami berfikir jumlah kalian begitu banyak dan menjadi pertimbangan kami untuk tidak lebih dulu menyerang," kata beliau dalam pembentangan laporan pasukan ke-3 HASI kepada Forum Indonesia Peduli Syria (FIPS) di bangunan Dewan Dakwah Islamiah Malaysia (DDII), Selasa (11/12).

Seperti diketahui, meskipun wilayah Jabal Akrod mempunyai sebuah sempadan dengan tentera Assad yang jumlahnya ribuan. Perbatasan  tersebut hanya dijaga oleh ratusan mujahidin. Begitu pentingnya sempadan tersebut mempengaruhi situasi di Jabal Akrod, apabila pasukan Assad mampu menembusi sempadan tersebut.

"Namun, hingga kita pulang mereka tidak mampu menembusi sempadan, Allah menurunkan pertolongannya. Sebab, di sana dijaga oleh para Mujahidin yang sangat ikhlas mencari redha Allah, sangat menjaga agamanya, sedikit bicara, menundukkan pandangan, dan menjauhi sikap ashobiyah (fanatik perkauman), "papar Umar Mita penterjemah yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan HASI.

Peristiwa-peritistiwa luar biasa seperti diatas pun tidak hanya terjadi satu kali. Pada kejadian yang lain, apabila mujahidin hendak melakukan serang hendap dengan konvoi 50 trak yang berisi tentera Bashar Assad. Hingga pada satu masa terjadilah pertempuran  tembak menembak  antara mujahidin dengan tentera Assad. Kerana mujahidin memang sudah merancang aksi serangan untuk menghabisi dan mengundurkan  tentera Bashar Assad.

Diluar dugaan, tiba-tiba sahaja muncul kejadian di luar jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat pejuang datang seperti hendak memerangi mujahidin. Tentu mujahidin membuat kesimpulan bahawa ini bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menewaskan mereka. Ingat, sehingga kini mujahidin Syria sama sekali tidak mempunyai alat tempur udara seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalui jalur darat dengan persenjataan yang serba kekurangan jika dibandingkan milik rejim Assad.

Mengukur jumlah kakitangan dan persenjataan yang terhad, komando mujahidin menyeru untuk segera mengosongkan tempat pertempuran dan masuk ke gunung-gunung untuk mengatur strategi.

Anehnya, ketika mujahidin sudah menarik diri, bunyi tembakan masih saja terus berlaku. Muncung dan desingan peluru seperti enggan berhenti walaupun tidak ada satu mujahidin pun tinggal di lokasi pertempuran. Komando mujahidin sampai bertanya-tanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang melawan tentera Bashar Assad.

Ia pun memeriksa jumlah kakitangan untuk menjangka ada mujahidin tertinggal dan melakukan serangan kepada tentera Assad. Namun hasil perkiraan, seluruh mujahidin sudah masuk ke dalam gunung.

Hingga datang matahari terbit dan mereka yakin keadaan telah aman, barisan mujahidin turun ke gunung-gunung dan betapa terkejutnya mereka melihat sebahagian tentera Assad telah tewas dengan luka parah. Sebahagian yang lain mengalami luka berat seperti menghadapi pertempuran hebat. Tentu kejadian ini menjadi seribu tanda tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan HASI yang menghabiskan masa selama sebulan di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan mendengar  kisah ini langsung dari mujahidin.

"Lantas siapa yang berada di dalam pesawat dan helikopter untuk melawan tentera Syria?," Tanya Abu Yahya yang diliputi rasa hairan para tetamu yang hadir.

Banyak peristiwa-peristiwa lain yang belum sempat diceritakan sukarelawan HASI secara lengkap kerana keterbatasan waktu. Namun, kisah-kisah tersebut sudah cukup mengukuhkan keyakinan mereka munculnya ayaturrahman fi jihadil Syam.

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut." (Surah Al-Anfal 10).

No comments:

Post a Comment