Palestin akan bebas jika tidak kerana pengkhianatan orang
Islam sendiri..
Kenapa Hasan Al Banna di bunuh
Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan
wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan
Amerika Syarikat.
IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah
mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap
Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan
Palestin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel 1948.
Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian
diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq,
Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai
47500 orang.
Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan
hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al
Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran
mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel
Aviv.
British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong
Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab.
Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana
Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke
atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak
merampas kuasa.
Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan
tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut
sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang
dibunuh.
Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya
helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin
Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk
berperang.
Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya.
Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan
sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.
Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke
Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka
tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya
menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.
No comments:
Post a Comment