Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

16/12/2012

Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat



Daripada Abbas R.A, Rasulullah bersabda:
“Orang pertama yg dibangkitkan dari kubur di hari Kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W.
Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq.
Israfil datang membawa bendera dan mahkota.
Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.


Israfil bersuara: “Wahai roh yg baik! Kembalilah ke tubuh yg baik.”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika Rasulullah S.A.W berdiri, Baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut Baginda.
Baginda melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada lagi bangunan. Lalu, Baginda menangis hingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda S.A.W bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril a.s berkata: “Apakah yg kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda S.A.W bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yg terpacak di atasmu?”
Baginda S.A.W bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku..”
Baginda S.A.W bersabda lagi: “Aku bertanyakan padamu akan UMATKU. Di mana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan MENSYAFAATKAN UMATKU”

Jibril a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yg telah disediakan olah Allah Ta’ala.”
Umat2 datang di dalam keadaan satu2 kumpulan.
Setiap kali Nabi Muhammad S.A.W berjumpa satu umat, Baginda akan bertanya: “Di mana UMATKU??”
Jibril a.s berkata: “Wahai Muhamad! Umatmu adalah umat yg terakhir.”

Apabila nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.
Nabi Muhammad S.A.W bertanya: “Mengapa kamu berdua menangis?”
Jibril a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “Di mana UMATKU??”

Jibril a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad S.A.W menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan UMATKU yg berbuat DOSA?”
Jibril a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad S.A.W!”

Nabi Muhammad S.A.W bertemu umatnya yg berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yg tersembunyi: “Di mana umat Muhammad S.A.W?”
Jibril a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”
Allah berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepadaku kekasihKu Muhammad S.A.W bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril a.s kembali dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang utk ditayangkan kepada Allah.”
Nabi Muhammad S.A.W berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil utk dihadapkan kpd Allah Taala.”

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dgn apa yg telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yg mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yg menderhaka terhadapKu.”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad S.A.W menyeru: “Tuhanku, Penguasaku Penghuluku...! Aku tidak meminta utk diriku. Sesungguhnya aku meminta utk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahannam berseru: “Siapakah yg memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku.. Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yg lemah. Mereka tdk akan bersabar dgn penyeksaan.”

Nabi Muhammad bertambah sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, Baginda sujud di hadapan Arsy Allah S.W.T dan sekali lagi, Baginda rukuk utk memberi syafaat kpd UMATNYA.
Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yg paling dimuliakan Allah ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya.”

Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum UMATKU.”

Tatkala umat Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad utk mendapatkan syafaat pada hari Kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Muhammad dia berkata: “Ini umat Muhammad. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”
Suara Mariam didengari oleh Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad, “Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu utk meminta syafaat kpd Allah.

Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai UMATKU! Wahai sesiapa yg beriman dan tdk melihatku, Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kpd Allah untukmu!” Umat Muhammad berkumpul di sisinya.

Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad bersabda kpd malaikat Malik: “Wahai Malik! Dgn kebenaran Allah ke atasmu, palingkanlah wajahmu sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, Baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad S.A.W berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!”

No comments:

Post a Comment