Ya Allah bantulah saudara
seakidah ku di Burma!!
Nasib umat Islam Rohingya yang
berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat.
Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat
kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah
Arakan , Myanmar.
Antara penderitaan yang dialami
ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak
dibenarkan membaiki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti
dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan
keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan
pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga
tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah
kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon
bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki
telefon bimbit.
Alangkah perlunya umat Islam
memperhatikan hadith Nabi ini, supaya mengetahui bahawa manhaj Islam menitik
beratkan soal membantu orang lain ..! Perhatikanlah saudara kepada hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):
"Seseorang muslim adalah
saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh
membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan
saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepaskan
sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan
di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain,
maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq
Alaih)
Perhatikan ungkapan: "
Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi
keperluannya", untuk mengetahui bagaimana Islam menggesa umatnya supaya
membantu orang lain.
Dari Abu Hurairah yang
diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):
" Barangsiapa yang
meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan
meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang
memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan
(berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia
yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan
keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu
menolong saudaranya”.
Ungkapannya sangat jelas ..
bahawa Allah menolong anda selagi anda meringankan tulang untuk menolong orang
lain.. hanya bermula dengan mencari mereka yang memerlukan pertolongan anda,
dan lakukanlah dengan baik, benarlah Firman allah swt dalam hal ini
(bermaksud):
“Dan perbuatlah kebajikan, supaya
kamu mendapat kemenangan”. (al-Hajj: 77).
Dengarlah sabda Nabi saw
(bermaksud):
"Saya didedahkan pekerjaan
umatku yang baik dan buruk; Lalu saya dapati antara pekerjaan yang baik ialah
membuang sesuatu yang bahaya di jalan, dan saya dapati antara pekerjaan yang
buruk ialah kahak atau hingus yang terdapat di dalam masjid dibiarkan dan tidak
buang". (HR. Muslim).
Renungkanlah bagaimana membuang
sesuatu yang buruk di jalan merupakan antara pekerjaan yang terbaik bagi
seorang muslim, kerana ianya tergolong dalam hal bantu-membantu.
-Salah satunya adalah berdoa dan
buat solat hajat demi keselamatan saudara kita di sana!!
No comments:
Post a Comment