Aku mendail nombor handphone suamiku. Hati aku dah
melonjak-lonjak kegembiraan ni. Tak sabar pulak rasanya nak tengok muka dia,
“Hello!”“Ha, Maya!” kedengaran suara suamiku lebih tinggi daripada biasa, “Maya
pegi mana tadi? Dah sehari suntuk abang call Maya tau tak!”“Maya tertinggal
handphone kat rumah la bang. Sorry la bang ye…” aku baru je teringat handphone
merah aku yang still ada atas kaunter dapur. Macam mana ntah boleh terlupa.
Tapi… allright gak. Ada sikit alasan nak bagi kat suami tersayang ni.“Itu je
yang awak tahu.. sorry… sorry…. Yang risau abang jugak tau,” suami aku sambung
membebel. Aku pun tak tahu kenapa dia hot sangat hari ni, “kan Maya dah kata
Maya terlupa, nak buat cemana lagi?” suami aku terus senyap, “Abang?
Abang?”“Maya pegi mana? Abang telefon office, takde pun.”“Maya ada meeting ngan
client tadi,” aku bohong lagi.“Meeting apa sampai lama sangat?” soalan
ragu-ragu dari suamiku itu tiba-tiba buat aku sakit hati. Sampai bila dia nak
terus cemburu ni? Aku diam je, malas nak jawab soalan tu. Lepas beberapa minit,
aku ngan suami aku still lagi diam.Tapi, akhirnya aku mengalah jugak, “Abang
balik awal tau hari ni…” pujuk aku, lembut.“Hmmm… tengoklah dulu.”“Balik awal
tau, Maya tunggu,” aku mengingatkan sekali lagi sebelum meletakkan telefon.
Biarlah… sekarang, aku kena start masak.
Aku bergegas mandi dan memakai baju yang memang aku dah
pilih tadi. Lepas make-up ala kadar… touch-up sana, touch-up sini, aku masuk
balik ke dalam dapur dan menyusun hidangan makan malam. Aku menutup lampu
kalimantang yang terang-benderang tu dan menyalakan dua batang lilin atas meja
makan sebelum memasang lampu suram kaler oren. Ni dalam usaha nak jadik
romantiklah sebenarnya ni.Lepas dah puas hati dengan semua benda yang ada kat
dapur tu, aku beredar ke ruang tamu… menunggu suami yang tersayang. Tak tau
kenapa hati aku jadi berdebar-debar. Gembira semacam je. Harap-harapnya
cepatlah suami aku tu balik.
Aku tersentak apabila mendengar bunyi gate dibuka. Jam kat
dinding depan aku dah menunjukkan pukul 10:30 malam dah. Aku terus membuka
pintu. Lambatnyerlah suami aku ni balik, ni dah pukul berapa dah ni. Aku
menyambut briefcase yang dipegangnya sebaik sahaja suami aku melangkah masuk ke
dalam rumah. Aku cuba bersabar dan tersenyum.“Maya dah sediakan makanan… abang
nak makan?”“Abang dah makan kat luar,” jawabnya pendek tanpa memandang mukaku.
Dia terus berlalu… masuk ke dalam bilik tidur. Aku menggetap bibir. Apehal
pulak dengan suami aku yang sorang ni. Perasaan happy aku yang berkobar-kobar
tadi terus terpadam. Aku menyimpan briefcase suamiku dan terus pergi ke dapur
untuk menyimpan semua makanan yang dah lama sejuk.Sajer je aku buat kerja
lambat-lambat. Waktu aku masuk ke dalam bilik, suami aku dah terbongkang kat
atas katil. Aku menyelinap ke sebelah suamiku dan menarik selimut. Aku cuba
memejam mata, pastu tidur je… tak nak fikirkan hatiku yang patah ni. Tapi, tak
nak lena-lena jugak. Macam-macam cara aku buat nak bagi aku terlelap. Tak
jadik-jadik jugak.Last-last, aku bangun dan bersandar di kepala katil. Sambil
tu, aku memetik lampu kecik di sebelah aku. Terang, gelap. Nyala, tertutup. Aku
tak tahu kenapa aku buat camtu. Yang pastinya, tangan aku je yang automatik
gerak sendiri. Kepala aku still lagi berserabut.Kenapa suami aku balik lambat?
Dia marah sangat ke? Apa yang aku dah buat? Kenapa dia tak nak pandang aku pun?
Tiba-tiba je hati perempuan aku memberontak. Air mata aku jatuh setitik demi
setitik. Makin difikir, makin laju pulak air mata aku jatuh.Tiba-tiba, aku
terasa tanganku digenggam erat. Aku diam je tapi air mata aku tumpah lagi
banyak. Tangan aku yang lagi satu masih lagi memetik- metik suis lampu. Suami
aku bangun perlahan-lahan dan duduk di hadapanku. Dia menarik tanganku dari
lampu itu.“Kenapa ni Maya?” Aku diam. Tak nak jawab, “Maya?” soal suami aku
lagi. Aku memandang wajahnya dan merenung jauh ke dalam mata yang tersayang tu,
“Kenapa abang buat Maya macam ni?” dia melarikan bola matanya, “Abang marah
sangat ke ngan Maya?”“Yer ah… dah sehari suntuk abang try contact Maya, Maya
takde. Nak…. “ belum sempat dia mengabiskan ayat, aku memotong, “Kan Maya dah
kata… Maya tertinggal handphone kat rumah.”“Abis tu… abang call office… diorang
kata Maya meeting ngan client, meeting ngan client. Client mana yang Maya jumpa
sampai sehari suntuk tu?”Aku menelan air liur, sedu aku makin menjadi, “Maya
ingat nak buat surprise untuk abang. Penat je Maya masak sedap-sedap untuk
abang,” suamiku menyeka saki-baki air mata kat pipiku. Sambil tu, muka dia
berkerut, “Surprise apa?”Dengan automatiknya aku memegang perut, “Maya pegi
klinik tadi…” belum sempat aku abis cakap, suami aku dah melompat daripada
katil, “Maya?” dia meminta kepastian daripada aku. Aku hanya mengangguk dan
tersenyum, “Maya mengandung.”“Eh, Maya… betul ke ni? Eh… erm… ma… abang… Maya…,”
excited sangat agaknya suami aku ni, aku dah tak paham apa yang dia cakap. Saat
tu, something terdetik kat ingatan aku. Aku baru je teringat yang suami aku ni
sangat manja. Patutlah dia mengamuk, dah sehari tak dengar suara aku. Aku terus
mencapai tangan kanan suamiku dan mengucupnya.“Abang, Maya mintak maap kalau
buat abang risau… Maya tak berniat pun nak bohong.”“Ya Allah… Maya!!… abang
yang salah,” suamiku mencium dahiku, lembut. Aku melepaskan nafas lega.
Perasaan happy aku tadi terus melonjak balik.“Eh… erm… apa yang Maya masak
sebenarnya?”“Kenapa?”“Abang kelentong je tadi. Abang tak makan lagi
sebenarnya.”“Lah… ye ker?” aku pun tak sedar yang aku tak makan lagi. Tu ah…
nak sedih sangat.
No comments:
Post a Comment