Assalamualaikum, berikut adalah tatacara solat sunat hajat:
Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta
sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat
hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini
dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud
yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah
dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat
hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makbulkan.
PANDUAN SOLAT HAJAT:
Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang
bersih, yang afdal berwarna putih.
Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ
لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati
rok’ataini lil laahi ta’aalaa”
Ertinya:
“Sahaja aku solat hajat dua rakaat
kerana Allah Taala”
SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT.
HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN
KALI INI.
1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat,
Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih
mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian
mohonlah segala hajat pada Allah SWT.
2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat.
Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali.
Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.
Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca
selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa
Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah
wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil
‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati
hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan
sujud.
3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan
Astag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan
keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada
Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat,
keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin
serta kaum Muslimin dan Muslimat.
Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut
kemudian baca doa berikut:
“Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap
hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci
(Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila
Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun
terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami
Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa
hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat
seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.
4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat
dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali.
Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat
hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh)
sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.
Apabila selesai baca doa ini:
Ertinya:
“Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan
kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan
kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan
dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan
kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah
kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”
Wasallam.
No comments:
Post a Comment