Kubur lelaki
yang tidak tahu membaca Al-Quran bercahaya menjulang ke langit..
"Suatu
kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan boleh menitiskan air mata.
Seorang
lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi.
Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah
kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan
berdebar.
Terpegun dan
kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau
orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu
lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya
lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib
itu.
Apakah
seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang
terkenal?.
Bila
bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui
dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah
pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.
Anihnya
isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya
bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan
seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin,
bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak
pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan
kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya
lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan
dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara
yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap
malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu,
kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu
dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan
duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca,
sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an
itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang
sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan
esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku!
ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau
hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku.
Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak
dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku
dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang
suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.
Begitulah
suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah
yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek
berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering
menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya
lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an.
Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi
tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di
dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan
ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula
untuk bacaan semua. "
Daripada
Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda
:
“Di hari
akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan
isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan,
kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan
mengamalkannya”.
( Hadith
Riwayat Muslim )
No comments:
Post a Comment