Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

29/07/2012

Siapakah lelaki dayus?


Siapa Lelaki Dayus ?

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.



2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Betulkan solat anda - cara sujud yg betul

Sujud di atas 7 anggota

Masih ramai umat Islam yang sujudnya tidak betul atau tidak memenuhi kehendak rukun sujud. Jika kita ke masjid atau di mana-mana tempat solat didapati terdapat mereka yang tidak bersujud dengan betul, lebih-lebih lagi pada kedudukan jari kaki mereka.
Tidak kira usia tua atau muda kesalahan ini masih berlaku.

Berhati-hatilah  dengan rukun-rukun solat kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun rupanya tidak sah dan tidak diterima pahalanya oleh Allah akibat kejahilan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang dengan betul.

Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh masjid atau di mana jua. Jangan kita hanya belajar melalui "ikut-ikut" atau "tengok-tengok" sedangkan orang yang kita "ikut" itu belum tentu betul caranya. Bergurulah dengan mereka yang alim dan janganlah kita lebih rela menghabiskan masa menonton rancangan hiburan daripada belajar Agama di masjid. "Sesungguhnya penyesalan di akhirat nanti  tidak akan berguna".

Sabda Rasulullah SAW: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Sujud yang sempurna mestilah dilakukan dengan 7 anggota. dalam mazhab syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

Kedudukan hujung jari kaki
cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud. minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib. bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan

Meletak hidung di tempat sujud
dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. justeru itu, seeloknya kita sujud dalam keadaan meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud. ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

Kedudukan muka ketika sujud
ada hadis nabi yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud)

Merenggangkan tangan semasa sujud
ada hadis bukhari muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya/rusuknya/lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda

Mengangkat siku
ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku

Merapatkan jari semasa sujud
ada hadis al-baihaqiy bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya


Perbezaan solat kita dengan solat para sahabat Nabi S.A.W


Perbezaan solat kita dengan solat para sahabat Nabi S.A.W.

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad ra. telah mencadangkan kepada Ammar ra. supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar ra. akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar ra. telah bersetuju.

Maka Abbad ra. telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad ra. tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad ra. memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar ra. yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad ra. telah mengejutkan Ammar ra. yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar ra. begitu terkejut. Ammar ra. bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.


Bacaan qunut dlm solat subuh dan asal-usulnya




Doa Qunut Lengkap

Bercakap pasal solat Subuh, kita disunatkan membaca doa Qunut di Rakaat kedua sebelum Sujud. Bukan wajib, tetapi dituntut. Baca lagi bagus. Jadi, Untuk yang memerlukan, boleh la hafal-hafal ini. Maybe untuk adik-adik, anak-anak atau diri sendiri.

Jika anda bermazhab syafi'i, maka qunut ini menjadi sunat ab'adh..sunat yang di tuntut bukan termasuk dalam rukun solat. Tertinggl disunatkan sujud sahwi. Bukanlah wajib. Tidak membaca doa Qunut dan tidak sujud Sahwi, solat anda tetap sah.

Asal-Usul bermulanya bacaan qunut

Kisah ini merujuk kepada asal-usul bermulanya membaca doa Qunut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Harap dpat ambil iktibar dan dijadikan panduan.

Dan daripadanya Anas r.a katanya : “Telah datang rombongan kepada Nabi s.a.w suatu rombongan daripada orang-orang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w. (Rombongan ini merupakan rombongan daripada ahli Najd, iaitu penduduk pedalaman semenanjung tanah Arab yang dikenali dengan Riyadh). Mereka terdiri daripada orang-orang Badawi. Mereka diketuai oleh Abu Ubara’ datang kepada Nabi s.a.w dan berkata hantarkan bersama kami beberapa orang yang boleh mengajar kami akan Al-Quran dan Sunnah. Lalu Nabi s.a.w menghantar kepada mereka seramai 70 orang lelaki dalam kalangan Ansar dikenali dengan ahli Qurra’ iaitu mereka yang membaca dan mengaji Al-Quran.

Dalam kalangan mereka, bapa saudara aku (bapa saudara Anas r.a, adik beradik kepada ibunya) Haram Bin Milham yang mana mereka ini membaca Al-Quran, mempelajari di waktu malam dan mengajinya dan adalah mereka itu di waktu siang datang mengangkut air dan mereka meletakkan air itu di masjid dan mereka mencari kayu api dan mereka menjualnya dan membeli dengannya akan makanan dan diberi kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan tidak ada keluarga yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w seperti Abu Hurairah) dan orang-orang faqir. Maka Nabi s.a.w menghantar mereka (menghantar golongan Qurra’) yakni kepada orang Badawi. Lalu mereka itu (orang-orang Badawi yang kafir itu) telah melakukan terhadap mereka maka membunuh mereka sebelum mereka sampai ke tempat yang dituju lalu mereka berkata sebelum dibunuh : ”Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami” dan datang seorang di kalangan musuh kepada Haram (bapa saudara Anas) dari belakangnya lalu menikamnya dengan tombak sehingga menembusinya. Lalu Haram berkata : ”Aku telah berjaya demi Tuhan Kaabah”. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya saudara-saudara kamu telah dibunuh dan sesungguhnya mereka telah berdoa : “Wahai Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami, Wahai Tuhan kami”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim, dan ini lafaz Muslim)

Huraian hadith : (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Peristiwa ini menceritakan tentang ahli Qurra’ (Qari-Qari Al-Quran dan mereka yang tahu hukum agama) seramai 70 orang daripada kalangan Ansar yang dihantar oleh Nabi s.a.w kepada satu qabilah Arab di Najd. Qabilah Arab ini datang dengan tujuan menipu bukan untuk masuk Islam. Mereka berpura-pura bahawa mereka telah masuk Islam dan berkata wahai Rasulullah, “hantarlah kepada kami guru-guru yang mengajar kami”. Maka Rasulullah menghantar 70 orang ahli Qurra’ ini. Sewaktu di pertengahan jalan sebelum sampai ke destinasi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh musuh. Ahli Qurra’ ini telah diperangkap oleh Qabilah Arab Badawi. Qabilah ini bukan mahu memeluk Islam tetapi mahu menipu untuk membunuh sahabat-sahabat radhiyallahu ‘anhum. Mereka yang diperangkap ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang mengaji bersama dengan Nabi s.a.w di waktu malam dan di waktu siang hari mereka mencari kayu api dan menjualnya untuk membeli makanan untuk diberikan kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan miskin yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w). Mereka juga mengangkut air dan diletakkan di masjid untuk dijadikan air wudhu’ oleh mereka yang datang ke masjid. Mereka ini merupakan orang-orang yang baik dan tiba-tiba Allah memilih mereka untuk mati sebagai mati syahid. Sebelum mereka dibunuh oleh musuh-musuh, mereka berdoa kepada Allah Ta’ala dengan doa (antara yang berdoa itu ialah Haram Bin Milhan, bapa saudara Anas r.a) : “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami (berita yang berlaku kepada kami ini) kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami”. Ketika mereka sedang berdoa, dating seorang kafir menikam Haram dari belakang sehingga menembusi dadanya dan haram berkata : “Demi Tuhan, aku telah berjaya”. Haram gembira kerana mati syahid. Berita ini kemudiannya dibawa oleh Malaikat Jibril ke madinah dan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menerima berita ini dengan menangis dan dengan sedih. Salah seorang dari mereka dibawa ke Mekah dan diserahkan kepada golongan Musyrikin Mekah lalu dihiris dengan pisau dan dijadikan upacara oleh Musyrikin Mekah lalu mereka mempersendakan bagaimana kalau kami memberitahu kepada Muhammad kamu diseksa. Kata sahabat itu : “Aku tidak rela Muhammad kena duri, lebih baik aku dibunuh.” Seorang pemimpin kafir yang masuk Islam menceritakan peristiwa ini : “Aku tidak pernah tengok seorang yang kasih kepada orang lain sebagaimana sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad s.a.w sehingga rela mati daripada nabi kena duri apatah lagi Nabi dibunuh.” Terkejut. Ketika dihiris, sahabat ini mengatakan bahawa dia telah mencapai kebahagiaan sebagaimana yang telah dijanji oleh Allah Ta’ala dan dijanji oleh Nabi s.a.w yang mana Nabi s.a.w menerima berita ini daripada Malaikat Jibril. Nabi mengarahkan dan mengajak sahabatnya berqunut dan bermula itulah qunut dibaca dalam solat Subuh. Doa Qunut ialah memohon petunjuk dari Allah, dan memohon Allah memberi pertolongan dan member kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Qunut dibaca bersempena dengan peristiwa sahabat Nabi s.a.w yang dihantar untuk mengajar Al-Quran telah dibunuh oleh orang-orang kafir. Nabi membaca qunut selepas solat dan dalam Mazhab Syafi’e, qunut menjadi sunat ab’ad dalam fardhu Subuh dan solat Witir separuh yang akhir di bulan Ramadhan. Hadith ini menunjukkan bagaimana ketaatan para sahabat radhiyallahu ‘anhum kepada Nabi s.a.w. Mereka sanggup pergi ke tempat yang jauh lagi merbahaya kerana perintah Rasulullah s.a.w sehingga mereka dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka juga dianggap sebagai orang-orang yang berjihad. Mereka yang mengajar dan menyampaikan ilmu dikira sebagai berjihad dan mereka yang dibunuh kerana menyampaikan ilmu, mereka juga dianggap syahid di sisi Allah s.w.t.

28/07/2012

Wahai ibu bapa sebelum jadikan anak yang soleh, jadikan dirimu seorang yang soleh dulu..




Untuk didik anak menjadi anak Soleh / Solehah...
Ibubapa perlu menjadi Soleh / Solehah terlebih dahulu...
Untuk didik anak solat tepat pada waktunya...
Ibubapa adalah contoh yang utama...

Jika berjalan di mana-mana atau sedang buat kerja apa sahaja... jika anak-anak melihat ayah & ibu berhenti SOLAT setiapkali masuk waktu... sudah pasti secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak... betapa PENTINGnya solat berbanding perkara lain...
Jika ibu ayah selalu dahulukan SOLAT... Insyaallah.. semoga ALLAH dapat bantu kita untuk didik anak-anak kita sentiasa Ingat untuk DAHULUkan SOLAT walau di mana-mana mereka berada....

Sabda Rasulullah SAW : “Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga kamu dan didiklah mereka.” (Hadis riwayat Abdur Razzaq dan Sa’id bin Mansur).

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLAT
SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Jika kita berjaya mendidik anak kita dengan SOLAT sehingga SOLAT itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.... Insyaallah


26/07/2012

Ya Allah bantulah saudara seakidah ku di Burma!!


Ya Allah bantulah saudara seakidah ku di Burma!!

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar.

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Alangkah perlunya umat Islam memperhatikan hadith Nabi ini, supaya mengetahui bahawa manhaj Islam menitik beratkan soal membantu orang lain ..! Perhatikanlah saudara kepada hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar (bermaksud):

"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepaskan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq Alaih)

Perhatikan ungkapan: " Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya", untuk mengetahui bagaimana Islam menggesa umatnya supaya membantu orang lain.

Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):

" Barangsiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya”.

Ungkapannya sangat jelas .. bahawa Allah menolong anda selagi anda meringankan tulang untuk menolong orang lain.. hanya bermula dengan mencari mereka yang memerlukan pertolongan anda, dan lakukanlah dengan baik, benarlah Firman allah swt dalam hal ini (bermaksud):

“Dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan”. (al-Hajj: 77).

Dengarlah sabda Nabi saw (bermaksud):

"Saya didedahkan pekerjaan umatku yang baik dan buruk; Lalu saya dapati antara pekerjaan yang baik ialah membuang sesuatu yang bahaya di jalan, dan saya dapati antara pekerjaan yang buruk ialah kahak atau hingus yang terdapat di dalam masjid dibiarkan dan tidak buang". (HR. Muslim).

Renungkanlah bagaimana membuang sesuatu yang buruk di jalan merupakan antara pekerjaan yang terbaik bagi seorang muslim, kerana ianya tergolong dalam hal bantu-membantu.

-Salah satunya adalah berdoa dan buat solat hajat demi keselamatan saudara kita di sana!!


Ada sebarang permintaan? buatlah solat hajat, Insya-Allah dipermudahkan!


Assalamualaikum, berikut adalah tatacara solat sunat hajat:

Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makbulkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”

Ertinya:

Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali:

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali:

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Astag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.


Rapatkan saf solat anda!!


Ramai yang buat tak tahu...

Antara kesempurnaan solat berjemaah ialah merapatkan saf..

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang yang menyambungkan saf." (HR Ahmad)

"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan)nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutus(urusan)nya." (HR Abu Daud)


Jasad seorang mukmin tenang ketika digantung


KISAH IKTIBAR DI PENJARA SG. BULOH.

Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh.

Sebuah kisah benar.

Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana...

Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau tntg seorang banduan yg bernama AMIN....

iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong.

Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.

Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.

Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum.

Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi.

Dia digantung pada subuh pagi jumaat.

Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok.

Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal,
solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung.

Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.

Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti
menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan.

Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat
pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung.

Tangan spt org dlm solat di jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir.

Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya yang soleh dan sentiasa bertaubat.

Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.

P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.

Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sgt banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”

Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.

WALLAHU A'LAM,


24/07/2012

Ganjaran Memberi makan orang yang berpuasa


Sabda Rasulullah (SAW); "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun..." (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Antara yang menarik di Mesir pada bulan ramadhan (gambar di atas),
waktu-waktu dekat nak maghrib akan ada sekumpulan manusia bersedia di tepi jalan untuk mengagihkan air buah-buahan dan kurma kepada pengguna-pengguna jalan raya agar mereka dapat mengalas perut bila sahaja tiba waktu berbuka :)
Sedang mereka sendiri pun sedang berpuasa....
menarik bukan? mereka berlumba-lumba beramal dan mengejar pahala Ramadhan yang luar biasa lumayan.



Kuburnya bercahaya walaupun tidak tahu membaca Al-Quran


Kubur lelaki yang tidak tahu membaca Al-Quran bercahaya menjulang ke langit..

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan boleh menitiskan air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.

( Hadith Riwayat Muslim )


23/07/2012

Berpuasa tapi tidak menunaikan solat


Saya ingin berkongsi fatwa Shaikh al-Uthaimin. Suka diingatkan beliau berpegang bahawa kafir jika meninggalkan solat dengan sengaja. Jadi beliau menyimpulkan puasa orang yang tidak solat, tidak sah. Sifirnya mudah, amalan orang kafir, semuanya tidak sah. Teruskan membaca agar kita dapat memahami betapa besarnya dosa meninggalkan solat.
------------
Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"
Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan
ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.
[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]

Bukanlah tujuan tulisan ini untuk menghukum orang lain kafir, atau puasa orang lain tidak sah. Sebaliknya ia satu muhasabah kepada diri kita. Ulama hanya khilaf kafir atau tidak, tetapi mereka tidak khilaf ia satu dosa yang SANGAT besar.

Ambillah pengajaran daripada artikel ini untuk kebaikan kita semua






21/07/2012

Ibadah lain yg boleh dilakukan wanita jika didatangi haid di bulan puasa


Ibadah lain yang boleh dilakukan muslimah ketika didatangi haid di bulan puasa:

Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah. Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.

1. Redha dengan ketentuan ALLAH
Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin. Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH. Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya. Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH. Bukan senang seseorang itu hendak redha. Justeru, redhalah. Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.
Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.

2. Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan
Memang ibadah terbaik di waktu seperti malam adalah solat-solat sunnat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tidak dibiarkan begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
Membaca ayat-ayat al-Quran dan terjemahannya tanpa memegang mushaf al-Quran.

3.Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan. Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
“SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
“Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
“Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
“La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
“SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
“La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
Dan lain-lain lagi.

Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.

Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.

Muhasabah diri.

Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami haid. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana di dalamnya kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

4. Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.
Menghadiri majlis-majlis ilmu.

Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.

Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.

Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.

Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa. InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.

Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Membantu orang yang kesusahan.

Menyebarluaskan salam.

Dan banyak lagi tidak terkira.

Itulah antara sebahagian yang sempat saya fikirkan untuk dimanfaatkan oleh wanita-wanita yang berada di luar sana. Menurut sahabat saya, memang ramai wanita yang tidak sedar akan ibadah-ibadah lain yang ada di dalam ISLAM. Mereka ingat hanya solat dan puasa sahaja ibadah. Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja, malah ada yang tidur sahaja disebabkan oleh pada anggapan mereka bahawa mereka tidak boleh melakukan ibadah.

ALLAH Maha Pemurah. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah? Selamat beribadah di bulan Ramadhan.


14/07/2012

Kisah suami isteri


Aku mendail nombor handphone suamiku. Hati aku dah melonjak-lonjak kegembiraan ni. Tak sabar pulak rasanya nak tengok muka dia, “Hello!”“Ha, Maya!” kedengaran suara suamiku lebih tinggi daripada biasa, “Maya pegi mana tadi? Dah sehari suntuk abang call Maya tau tak!”“Maya tertinggal handphone kat rumah la bang. Sorry la bang ye…” aku baru je teringat handphone merah aku yang still ada atas kaunter dapur. Macam mana ntah boleh terlupa. Tapi… allright gak. Ada sikit alasan nak bagi kat suami tersayang ni.“Itu je yang awak tahu.. sorry… sorry…. Yang risau abang jugak tau,” suami aku sambung membebel. Aku pun tak tahu kenapa dia hot sangat hari ni, “kan Maya dah kata Maya terlupa, nak buat cemana lagi?” suami aku terus senyap, “Abang? Abang?”“Maya pegi mana? Abang telefon office, takde pun.”“Maya ada meeting ngan client tadi,” aku bohong lagi.“Meeting apa sampai lama sangat?” soalan ragu-ragu dari suamiku itu tiba-tiba buat aku sakit hati. Sampai bila dia nak terus cemburu ni? Aku diam je, malas nak jawab soalan tu. Lepas beberapa minit, aku ngan suami aku still lagi diam.Tapi, akhirnya aku mengalah jugak, “Abang balik awal tau hari ni…” pujuk aku, lembut.“Hmmm… tengoklah dulu.”“Balik awal tau, Maya tunggu,” aku mengingatkan sekali lagi sebelum meletakkan telefon. Biarlah… sekarang, aku kena start masak.
Aku bergegas mandi dan memakai baju yang memang aku dah pilih tadi. Lepas make-up ala kadar… touch-up sana, touch-up sini, aku masuk balik ke dalam dapur dan menyusun hidangan makan malam. Aku menutup lampu kalimantang yang terang-benderang tu dan menyalakan dua batang lilin atas meja makan sebelum memasang lampu suram kaler oren. Ni dalam usaha nak jadik romantiklah sebenarnya ni.Lepas dah puas hati dengan semua benda yang ada kat dapur tu, aku beredar ke ruang tamu… menunggu suami yang tersayang. Tak tau kenapa hati aku jadi berdebar-debar. Gembira semacam je. Harap-harapnya cepatlah suami aku tu balik.
Aku tersentak apabila mendengar bunyi gate dibuka. Jam kat dinding depan aku dah menunjukkan pukul 10:30 malam dah. Aku terus membuka pintu. Lambatnyerlah suami aku ni balik, ni dah pukul berapa dah ni. Aku menyambut briefcase yang dipegangnya sebaik sahaja suami aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku cuba bersabar dan tersenyum.“Maya dah sediakan makanan… abang nak makan?”“Abang dah makan kat luar,” jawabnya pendek tanpa memandang mukaku. Dia terus berlalu… masuk ke dalam bilik tidur. Aku menggetap bibir. Apehal pulak dengan suami aku yang sorang ni. Perasaan happy aku yang berkobar-kobar tadi terus terpadam. Aku menyimpan briefcase suamiku dan terus pergi ke dapur untuk menyimpan semua makanan yang dah lama sejuk.Sajer je aku buat kerja lambat-lambat. Waktu aku masuk ke dalam bilik, suami aku dah terbongkang kat atas katil. Aku menyelinap ke sebelah suamiku dan menarik selimut. Aku cuba memejam mata, pastu tidur je… tak nak fikirkan hatiku yang patah ni. Tapi, tak nak lena-lena jugak. Macam-macam cara aku buat nak bagi aku terlelap. Tak jadik-jadik jugak.Last-last, aku bangun dan bersandar di kepala katil. Sambil tu, aku memetik lampu kecik di sebelah aku. Terang, gelap. Nyala, tertutup. Aku tak tahu kenapa aku buat camtu. Yang pastinya, tangan aku je yang automatik gerak sendiri. Kepala aku still lagi berserabut.Kenapa suami aku balik lambat? Dia marah sangat ke? Apa yang aku dah buat? Kenapa dia tak nak pandang aku pun? Tiba-tiba je hati perempuan aku memberontak. Air mata aku jatuh setitik demi setitik. Makin difikir, makin laju pulak air mata aku jatuh.Tiba-tiba, aku terasa tanganku digenggam erat. Aku diam je tapi air mata aku tumpah lagi banyak. Tangan aku yang lagi satu masih lagi memetik- metik suis lampu. Suami aku bangun perlahan-lahan dan duduk di hadapanku. Dia menarik tanganku dari lampu itu.“Kenapa ni Maya?” Aku diam. Tak nak jawab, “Maya?” soal suami aku lagi. Aku memandang wajahnya dan merenung jauh ke dalam mata yang tersayang tu, “Kenapa abang buat Maya macam ni?” dia melarikan bola matanya, “Abang marah sangat ke ngan Maya?”“Yer ah… dah sehari suntuk abang try contact Maya, Maya takde. Nak…. “ belum sempat dia mengabiskan ayat, aku memotong, “Kan Maya dah kata… Maya tertinggal handphone kat rumah.”“Abis tu… abang call office… diorang kata Maya meeting ngan client, meeting ngan client. Client mana yang Maya jumpa sampai sehari suntuk tu?”Aku menelan air liur, sedu aku makin menjadi, “Maya ingat nak buat surprise untuk abang. Penat je Maya masak sedap-sedap untuk abang,” suamiku menyeka saki-baki air mata kat pipiku. Sambil tu, muka dia berkerut, “Surprise apa?”Dengan automatiknya aku memegang perut, “Maya pegi klinik tadi…” belum sempat aku abis cakap, suami aku dah melompat daripada katil, “Maya?” dia meminta kepastian daripada aku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum, “Maya mengandung.”“Eh, Maya… betul ke ni? Eh… erm… ma… abang… Maya…,” excited sangat agaknya suami aku ni, aku dah tak paham apa yang dia cakap. Saat tu, something terdetik kat ingatan aku. Aku baru je teringat yang suami aku ni sangat manja. Patutlah dia mengamuk, dah sehari tak dengar suara aku. Aku terus mencapai tangan kanan suamiku dan mengucupnya.“Abang, Maya mintak maap kalau buat abang risau… Maya tak berniat pun nak bohong.”“Ya Allah… Maya!!… abang yang salah,” suamiku mencium dahiku, lembut. Aku melepaskan nafas lega. Perasaan happy aku tadi terus melonjak balik.“Eh… erm… apa yang Maya masak sebenarnya?”“Kenapa?”“Abang kelentong je tadi. Abang tak makan lagi sebenarnya.”“Lah… ye ker?” aku pun tak sedar yang aku tak makan lagi. Tu ah… nak sedih sangat.