Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

14/06/2013

Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat

Amalan Untuk Selamat Dunia & Akhirat



Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata “Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata: Aku mahu menjadi orang alim. Baginda menjawab, "Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” Bertanya lagi Arab desa itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah,” dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”

Arab desa itu bertanya: “Aku mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.” Dia bertanya lagi: “ku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “ Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab desa bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,” lalu dijawab baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.” Dia bertanya lagi: “ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya: Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “ Banyakkan beristighfar.” Dia berkata: “ Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,” lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya Rasulullah: “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “ Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.” Baginda menjawab” Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.” Dia bertanya: “ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “ Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.” Dia bertanya: “ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.” Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).” Dia bertanya lagi: “ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “ Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ

وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

11/06/2013

Kelebihan solat di tengah malam!

Kelebihan qiamullail, solat sunat tahajud

 
Solat, rukun Islam kedua adalah tiang kepada agama dalam kehidupan harian seseorang muslim. Apabila Nabi SAW mengibaratkan solat sebagai tiang sesuatu binaan, maka dapatlah kita gambarkan bahawa solat adalah ibadat agung dan penting yang perlu dilaksanakan setiap Muslim. Ibadat agung penting

Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya aku akan memakbulkan untuknya, sesiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikannya dan sesiapa yang memohon taubat kepada-Ku nescaya aku akan ampunkan dosanya. – Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

Jika rosak ibadat solatnya maka akan rosak dan runtuhlah amalan ibadat yang lain yang diikat oleh tiang solat tersebut.

Ibadat solat lima waktu difardukan kepada umat Islam melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj iaitu pada 27 Rejab, 18 bulan sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah. Persoalan sekarang a,dakah Nabi SAW dan sahabat pernah menunaikan solat sebelum peristiwa Isra’ dan Mikraj?

Kebanyakan ulama antaranya Imam al-Syafi’e dalam kitab al-Umm menyatakan, sebelum difardukan solat lima waktu, ibadat solat difardukan dalam bentuk solat malam atau dikenali sebagai solat tahajud.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang berselimut, bangunlah untuk solat malam kecuali sedikit masa (untuk kamu berehat). Iaitu separuh daripada waktu malam atau kurangkanlah sedikit daripadanya.” (Surah al-Muzzammil, 1-3)

Menurut al-Imam al-Syafi’e, selepas sekian lama Nabi SAW dan sahabat melakukan solat malam, maka kewajipan itu dimansuhkan firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan manusia yang bersamamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jugalah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintah-Nya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah sesuatu yang mudah untuk kamu membacanya daripada Al-Quran (dalam sembahyang).” (Surah al-Muzzammil, ayat 20)

Qiamullail bermaksud ibadat yang dilakukan pada malam hari, sebaik-baiknya sepertiga akhir malam. Antara ibadat dilakukan adalah solat sunat pada waktu malam atau lebih dikenali solat sunat tahajud, berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.


Dalilnya ialah firman bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman dengan ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin tamak untuk memperoleh keredaan Allah SWT. dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Sajadah, ayat 15-16)

10/06/2013

Malunya, apa yang aku sumbangkan kepada agamaku?

Malulah sikit dgn org bukan Islam

(Kisah Benar)

Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.

"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.

Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.



Moga Allah merahmati kita semua. Amin..

أستغفر الله الذى لا إله إلا هو الحى القيوم و أتوب إليه

Apakah yang aku sumbangkan kepada agamaku?


09/06/2013

Petua Untuk Mengatasi Mabuk Cinta

Petua Untuk Mengatasi Mabuk Cinta



a. Berusaha ikhlas dalam beribadah - Jika seseorang benar-benar ikhlas menghadapkan diri pada Allah, maka Allah akan menolongnya dari penyakit rindu dengan cara yang tidak pernah terdetik di hati sebelum ini. Cinta pada Allah dan nikmat dalam beribadah akan mengalahkan cinta-cinta lainnya. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan, “Sungguh, jika hati telah merasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, niscaya ia tidak akan menjumpai hal-hal lain yang lebih manis, lebih indah, lebih nikmat dan lebih baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu yang dicintainya, melainkan setelah memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya. Atau karena adanya sesuatu yang ditakutinya. Cinta yang buruk akan bisa dihilangkan dengan cinta yang baik. Atau takut terhadap sesuatu yang membahayakannya.”

b. Memohon pada Allah - Ketika seseorang berada dalam kesempitan dan dia bersungguh-sungguh dalam berdo’a, Allah akan mengabulkan do’anya. Termasuk di antaranya apabila seseorang memohon pada Allah agar dilepaskan dari penyakit rindu dan asmara yang bagikan mengoyak-ngoyak hatinya. Penyakit yang menyebabkan dirinya gundah gulana, sedih dan sengsara.

c. Sibukkan diri dengan aktiviti – Jika anda duduk diam sahaja dan asyik termenung sahaja, biasanya anda akan lebih mudah untuk berangan memikirkan orang yang anda cintai. Tetapi jika anda sibuk dengan sesuatu aktiviti, fikiran kusut akan mudah lenyap begitu sahaja. Ibnul Qayyim pernah menasihati seorang sufi yang ditujukan pada Imam Asy Syafi’i. Dia berkata, “Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”


d. Jangan dengar muzik bercorak cinta atau merayu-rayu - Nyanyian dan filem-fielm percintaan akan membuat anda berasa lebih rindu pada pada orang yang anda cintai. Apalagi jika nyanyian tersebut mendayu-dayu pasti akan menggetarkan hati orang yang sedang ditimpa kerinduan. Akibatnya rasa rindu kepadanya semakin memuncak,

Memang saya gila tapi tak semestinya bodoh!

Gila tetapi tidak bodoh!



Seorang pemandu lori sedang melakukan penghantaran kurier, dengan meletakkan kenderaannya di sebelah longkang besar.

Beliau mendapati tayar nya pancit ketika selesai menghantar barang dan kemudian bergegas menukar tayar yg pancit dengan tayar gantian.

Ketika ingin memasang tayar gantian tersebut secara tak sengaja 4 bolt pengikat tayar tu jatuh ke longkang bersebelahan.

Dia mula panik kerana sukar utk mencari keempat-empat bolt di dalam longkang tersebut dan mula memikirkan sesuatu.

Kemudian, seorang pesakit lalu berdekatan dan menanyakan apa masalah yang dihadapi oleh pemandu lori tersebut.

Pemandu lori itu berkata sendiri, ‘apa yang boleh dilakukan oleh org gila ni, hanya menambahkan masalah aku saja’’, lantas dia menceritakan masalahnya dengan harapan supaya orang gila tu pergi meninggalkan dirinya.

Pesakit mental itu hanya ketawa mendengar masalah pemandu lori tersebut dan menegurnya, ‘’masalah kecil seperti ini pun kamu tak mampu selesaikan, memang patutlah kamu menjadi pemandu lori sepanjang hayat kamu’’.

Pemandu lori terkejut untuk mendengar teguran dari seorang lelaki yang sakit mental.

Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan, berkata pesakit itu. Ambil satu bolt daripada setiap 3 roda yang lain dan pasangkan ke tayar ni. Kemudian bawak ke bengkel yang terdekat dan gantikan bolt yang hilang itu. Bukankah ianya perkara mudah ?

Pemandu lori begitu kagum dengan jawapan pesakit itu dan bertanya, jika anda begitu cerdik kenapa anda dirawat di hospital mental ni?

Pesakit itu menjawab ... hello kawan! Saya tinggal di sini kerana saya gila tetapi tidak semestinya saya bodoh.

Tidak hairanlah, terdapat sesetengah orang yang berkelakuan seperti Pemandu Lori, menganggap org lain semuanya bodoh . Jadi, walaupun anda berpendidikan tidak semestinya semua masalah dapat anda selesaikan, mungkin ada sesetengah dikalangan kita yang kelihatan ‘gila-gila’ tapi mampu memberi idea yg bernas dan boleh menyelesaikan masalah.

Moral cerita:

Jangan menghukum/membuat kesimpulan berdasarkan pada fizikal ataupun taraf hidup seseorang ketahuilah seekor rama-rama yg cantik berasal dari ulat beluncas yg hodoh…