Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

07/05/2013

Munafik atau muslimkah aku?


Duduk di penjuru bilik. Melihat bilik tempat tinggalku, memerhati perilaku housemate. Duduk di hujung katil, berfikir. Munafikkah aku? Mukminkah aku? Muslimkah aku? Riakkah aku? Ikhlaskah aku?



Munafikkah aku? Bila aku bersama orang-orang baik, duduk dalam usrah, pergi dengar kuliah, dengar video ceramah Ustaz Azhar Idrus di Youtube, tengok video tentang Syria, Palestin & Khilafah Islamiah, terasa dalam diri semangat membara dan iman meningkat. Rasa banyak perkara nak buat. Tahajjud, qiamulail, dhuha, baca Al-quran, istiqamah amal. Banyak perkara rasa nak buat.

Tapi bila duduk di bilik, dengar lagu-lagu rock, main game, sembang perkara dunia dengan housemate, gelak ketawa, turun semula iman ini. Mulalah rasa malas. Tidur pun susah nak bangun, apatah lagi qiamulail atau tahajjud. Bila dah malas, perkara lain mula menyelinap. kerja pun entah ke mana, main game berpanjangan, lagu-lagu Melayu klasik berada di hujung bibir.

Munafikkah aku? Merasa iman hanya meningkat pada sesetengah waktu tapi waktu lain jatuh merudum. Rasa seperti diri dipusing 180 darjah kembali ke belakang padahal waktu dalam usrah terasa ke depan.

Mukminkah aku? Bagaimana dengan iman aku? Rukun iman pun ingat-ingat lupa. Ada 6 ke 5 eh? Itu persoalan biasa bagiku. Susunan lagi susah nak ingat.

Riakkah aku? Bila aku bersama orang baik, terasa baik dan ikut seperti mereka, buat baik juga. Tapi bila bersama orang lain, sedikit pun tidak sama dengan sebelumnya. Adakah aku lakukan semua itu hanya untuk pandangan naqib aku itu sahaja? Depan buah hati pun dua kali lima sahaja. Berbuat baik sebaik-baiknya depan si dia. Kalau boleh, tiada keburukan yang ingin ditunjukkan depan dia. Riakkah aku ini?

Ikhlaskah aku? Berbuat baik depan naqib sahaja. Bila dengan kawan-kawan lain, ikut perangai mereka. Ikhlaskah amal aku? Atau adakah aku hanya beramal untuk mendapat pujian orang sahaja?

Seperti dalam baris terakhir lagu Gerimis Mengundang nyanyian SLAM, dalam tidak sedar ku menangis. Biarlah manusia tidak nampak tangisan ini, tapi aku yakin Allah sedang melihat aku.

~Luahan hati seorang hamba. Ya Allah, berikanlah hidayah kepada insan yang lemah ini. TanpaMu, siapalah aku. Cukuplah Allah bagi aku. Ya Allah, tanpa petunjuk dariMu, maka selama-lamanya aku akan sesat Ya Rabbi. Tunjukkanlah aku jalan yang benar Ya Allah Ya Rabb Al-Alamin~

No comments:

Post a Comment