Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

07/05/2013

3 jenis penuntut ilmu



Biarpun miskin tidak menghalang anak2 di negara India menuntut ilmu


Hadis : Tiga Jenis Penuntut Ilmu

Abi Waqid al-Laysiy meriwayatkan bahawa satu ketika Rasulullah saw duduk dalam masjid bersama orang ramai. Tiba-tiba datang tiga orang, dua orang tampil kepada Rasulullah saw sementara seorang lagi berlalu pergi.

Mereka berdua berdiri berhampiran Nabi saw, salah seorang daripadanya melihat terdapat ruang kosong lalu duduk di situ. Dan adapun yang seorang lagi duduk di belakang sementara yang ketiga berlalu pergi.

Setelah selesai majlis, Rasulullah saw bersabda : Tidak mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai tiga jenis manusia?. Adapun yang pertama dia berlindung kepada Allah maka Allah memberi perlindungan kepadanya. Yang kedua dia malu, maka Allah juga malu kepadanya dan yang ketiga dia berpaling maka Allah berpaling daripadanya. ( Riwayat Imam al-Bukhari: no 66 )

Keterangan :

Berdasarkan hadis Nabi saw terdapat terdapat tiga jenis manusia dalam menuntut ilmu:

Pertama : Penuntut ilmu yang terbaik.

Belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Belajar dengan beradab, sentiasa berusaha untuk berada di depan dan memberi perhatian sepenuhnya kepada syarahan guru. Golongan ini mendapat ganjaran pahala, rahmat, reda dan keampunan Allah SWT. Mereka ini mendapat kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kedua : Penuntut ilmu yang sederhana.

Golongan ini menuntut ilmu dengan kesungguhannya tidak seperti golongan pertama disebabkan rasa malu dan sebagainya.mereka berada di belakang dan kurang memberi tumpuan semasa belajar. Mereka ini tetap mendapat kebaikan, keampunan dan pahala tetapi kurang berbanding golongan yang pertama.

Ketiga : golongan yang berpaling daripada menuntut ilmu

Golongan yang ketiga ini langsung tidak berkehendak kepada kebaikan dan ganjaran Allah. Mereka sentiasa ponteng dan tidak menghadiri majlis ilmu. Mereka mendapat kemurkaan Allah SWT akibat tindakan sedemikian. Golongan inilah golongan yang paling rugi di dunia dan di akhirat. Di dunia hidup dalam kemiskinan dan kehinaan sementara di akhirat mendapat kemurkaan dan azab Allah SWT.

No comments:

Post a Comment