Botakkan Kepala Mama Dan Papa Kerana Ustazah !
Seorang budak perempuan pulang ke rumahnya. Comel. Baru
darjah dua. Baru balik dari sekolah. Berbaju sekolah, tanpa tudung di kepala.
Langkahnya pantas. Tergesa-gesa. Masuk saja ke dalam
biliknya, tanpa sempat menanggalkan kedua-dua stoking dan baju sekolah.
Dicapainya gunting kecil miliknya di atas meja.
Duduk di hadapan cermin. Perlahan-lahan digunting rambut
kerintingnya sampai habis. Sampai pendek nampak ubun-ubun dan kulit kepala.
Seketika dia terdiam. Terduduk. Menangis sendirian.
Mamanya masuk ke bilik menjenguk anak perempuan
kesayangannya. Terkejut mamanya. Terus dicapainya gunting di tangan anaknya.
Dicampak jauh-jauh.
Mama: "Hei, kenapa ni?! Kenapa syg gunting rambut
sampai botak ni?!"
Merah padam muka mamanya. Marah pun ada. Geram pun ada.
Hairan pun ada. Ditanya berkali-kali. Tapi si anak enggan menjawab. Lantas
dipanggil papanya masuk ke bilik. Dipaksa papanya pula yang menyoal-siasat
anaknya.
Papa: "Sayang, cuba cerita apa yang dah berlaku. Ada
kawan buli sayang di sekolah? Kalau ya, biar papa pergi mengadu dekat cikgu
besar!"
Si anak: "Jangan papa. Tak ada siapa yang buli
saya."
Papa: "Habis tu? Kenapa sampai macam ni?"
Si anak: "Tadi di sekolah, ustazah ceritakan balasan
orang yang tidak menutup aurat. Yang tak pakai tudung. Saya ada salin nota
ustazah tulis di papan hitam. Kejap saya baca nota ustazah bagi;
1. Ada riwayat mengatakan sehari di akhirat bersamaan 50 ribu
tahun di dunia. Mahukah rambut kamu dibakar selama 50 ribu tahun dengan api
neraka? Dibakar sehingga menggelegakkan otak lalu cair otak dan tumbuh kembali.
Kemudian dibakar lagi berulang kali. Jika tak pakai tudung selama 10 tahun,
bayangkan dah beratus-ratus ribu tahun kita dibakar dalam neraka!
2. Surah al-Naba' juzuk 'Amma menyebut tentang masa diazab,
antaranya firman Allah,
"La-Bithiina Fiihaa Ahqaaba"
Terjemahan: 'Mereka tinggal di sana berabad-abad
lamanya." (ayat 23)
Mufassir al-Quran mengatakan 'Ahqaaba' bukan untnk menunjuk
ukuran waktu yang pasti secara tepat, tetapi untuk menunjukkan ianya suatu
tempoh waktu yang sangat lama."
Mama: "La! Habis tu yang kamu gunting rambut sampai
habis ni kenapa lak?"
Si anak: "Kalau saya dah tak ada rambut, tak ada lah
rambut yang nak kena bakar lagi di neraka. Betul kan, mama?"
Mama: "Err..."
Papa: "Ustazah kamu tu sengaja takut-takutkan kamulah.
Ni yang papa tak nak hantar ke sekolah rendah agama ni."
Mama: "Kita tukarkan je lah anak kita ni esok. Kita
pindah ke sekolah SRJK(C) di hadapan tu. Lagi bagus boleh kuasai bahasa Cina
nanti."
Papa: "Bagus cadangan tu. Esok papa pergi mengadu
dengan pengetua suruh berhentikan ustazah tu sebab sengaja mengelirukan
pemikiran kanak-kanak! Mana dia tahu semua ni, dia pernah sampai kat akhirat ke
sampai tahu beribu2 tahun bagai kena seksa tu?! Lol! Cetek pemikiran punya
ustazah!"
Mama: "Entahnya! Budak-budak tak perlu pakai tudung pun
pergi sekolah! Suka hati orang la nak pakai ke tak. Ikhlas tu penting. Tak
boleh paksa2 orang dengan kata kena seksa bagai ni. Ni dah kes paksa dan ugut
ni."
Si anak terdiam melihat gelagat mama dan papanya. Dia
teringin nak bertudung seperti kawan-kawan sekolah yang lain. Tapi mama selalu
larang. Sebab mama tak bertudung. Mama kata bertudung kena dari hati. Bukan
dari peraturan sekolah atau sesiapa. Mama pun tak bertudung. Papa tak pernah
kisah. Papa bangga mama rambut lurus rebonding cantik mengurai. Mama memang
cantik. Papa suka tayang kecantikan mama ke mana-mana dan di mana-mana. Papa
bangga kahwini mama. Mama sampai buat Gwiyomi untuk papa dalam youtube.
Malam sebelum si mama dan si papa tukarkan si anak ke
sekolah lain, budak perempuan tu menyusup ke dalam kamar papa dan mamanya
sewaktu mereka tengah nyenyak tidur.
Digunting botak rambut mama. Dicukur sekali rambut papanya.
Budak perempuan tu memang takut dimarahi mama papanya. Tapi
hatinya lebih takut azab Allah.
Sekarang hatinya lega sedikit. Puas memandang kepala papa
dan mamanya
No comments:
Post a Comment