Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: "Saya masuk ke
tempat Rasulullah SAW ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba
dengan tangan saya, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, penyakit kamu amat
berat."
Rasulullah SAW menjawab: "Benar, penyakit saya sama
dengan penyakit dua orang di antara kamu."
Saya berkata: "Demikian itu kerana kamu mendapat pahala
dua kali lipat." Rasul menjawab: "Benar!" Setelah itu beliau
berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain,
maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon
kayu menggugurkan daunnya."
Home Improvement
ReplyDeleteKumpulan Terbaru