3 Jenis Makanan Dalam Neraka
Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat
Islam sebagai satutempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah
mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk
ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam
neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini.
Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?
(1) ZAQQUM
Firman Allah swt:
Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak
berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti
mendidihnya air yang amat panas.
(43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt:
(Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah
pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi
orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia
adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasar neraka. Buahnya seperti kepala
syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari
buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu.
(62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini:
“bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya;
dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan
merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap
hari buah zaqum menjadi makanannya?”
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.
Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.Imam Ibnu Kathir berkata:
“Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun
rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak
sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”
(2) GISLIN
Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada
hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali
dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang
berdosa.
(35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti
berikut:
1~ Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan
mereka. (Ibnu Abbas)
2~ Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie
bin Anas)
3~ Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)
(3) DARIE’
Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain
dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan
lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya
adalah seperti berikut:
1~ Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat
Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2~ Batu (pendapat Said bin Jubair).
3~ Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke
daratan. (pendapat Khalil).
4~ Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh
Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri
seperti ianya di dunia.
Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda:
“ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai
duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas
dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.”
(Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)
MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN
Kerana sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu
yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik
di kerongkong dan azab yang pedih.
(12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata:
“Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum.
Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah
Gislin, Zaqqum dan Dharie.”
KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN
Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda:
“ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang
mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit
meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan
kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa
makanan yang menyebabkan mereka tercekik.
Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan
dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat
panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus
terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila
masuk kedalam perut mereka.”
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan
apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih
yang lain.
RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan
Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh
Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.
No comments:
Post a Comment