Di Madinah ada seorang pelawak terkenal. Seperti biasa, aktiviti
hariannya ialah membuat semua orang ketawa. Namun ia sendiri berkata, “Aku
tidak pernah boleh membuat lelaki itu (Ali bin Husain, yakni Imam Ali Zainal
Abidin, cicit Rasulullah S.A.W) tertawa.”
Pada suatu hari sang imam berjalan bersama dua pembantunya.
Pelawak itu datang menarik aba’ah (sejenis selendang) yang dikenakan Imam as-Sajjad
di bahunya lalu melemparnya ke tanah dan lari. Beliau tidak terlalu ambil
peduli hal itu. Imam bertanya pada pembantunya, “Siapakah orang itu?” Mereka
menjawab, “Seorang pelawak yang dengan pekerjaannya ia membuat orang lain
tertawa.” Lalu Imam berkata, “Katakanlah kepadanya, bahwa pada suatu hari Allah
Swt akan menyedarkan orang-orang yang melakukan perbuatan tak berguna bahawa
dirinya sungguh dalam kerugian yang besar.”
No comments:
Post a Comment