Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

18/01/2013

Keberkatan majlis maulud Nabi SAW



KEBERKATAN MENGADAKAN MAJLIS MAULUD NABI MUHAMMAD SAW


Pernah bercerita Abdul Wahid bin Ismail, “Terdapat di Mesir seorang laki-laki yg melakukan Maulid Nabi saw setiap tahun. Dan disebelah rumahnya terdapat jiran, seorang yahudi,” maka berkatalah isteri yahudi itu, “Apa tujuan tetangga kita yg muslim itu? Membelanjakan hartanya yg banyak pada bulan-bulan seperti ini”. Maka jawab suaminya, “Ooh.. dia berkeyakinan bahwa Nabinya dilahirkan pada bulan ini. Maka dia melakukan hal tersebut kerana gembira dan memuliakan hari kelahirannya”.

Ceritanya lagi, “Maka diamlah sang isteri, kemudian pada malam harinya isteri yahudi itu bermimpi, melihat seorang laki-laki yg agung, indah dan hebat, tampak pada wibawa dan kebesaran beliau, telah masuk ke rumah tetangga mereka yg muslim, sedang beliau dikelilingi sahabat-sahabatnya yg menghormati dan membesarkannya’.

Maka berkatalah ia kepada salah seorang laki-laki itu, “Siapa orang laki-laki yg berwajah indah ini?” Maka jawabnya, “Inilah Rosulullah saw masuk ke rumah ini untuk memberi salam kepada keluarga rumah ini, dan mengunjungi mereka, kerana mereka gembira kepadanya. Maka kata perempuan yahudi itu pula, “Apakah dia mahu berbicara kepadaku, apabila aku mengajak berbicara padanya?” Maka dijawabnya, “Tentu baginda mahu”.

Maka datanglah perempuan itu menghampiri Rosulullah saw sambil berkata, “Wahai Muhammad” Nabi pun menjawab, “Labbaik”. Maka berkata perempuan itu pula, “Apakah engkau menjawab kepada orang sepertiku dgn ucapan ‘labbaiki’ yang bagus, sedangkan aku bukan berada dalam agamamu, tapi daripada kalangan musuh-musuhmu”. Maka jawab Nabi kepadanya, “Demi Tuhan yang telah mengutusku membawa kebenaran sebagai Nabi, tidak akan kujawab seruanmu melainkan kerana telah ku ketahui bahawa ALLAH SWT telah memberikan petunjuknya kepadamu, kepada agama Islam”.

Maka berkatalah perempuan itu, “Sesungguhnya engkau Nabi yg mulia dan sesungguhnya engkau berada dalam budi pekerti yg luhur. Binasalah orang yg menyalahi perintahmu dan kecewalah orang yg tak tahu kebesaranmu. Hulurkanlah tanganmu,” Maka aku bersaksi bahwa tiada Tuhan yg disembah dgn sebenar2nya melainkan ALLAH, dan bahwasanya engkau Muhammad adalah utusan ALLAH”.

Kemudian ia berjanji dalam hatinya bila datang esok hari ia akan menyedekahkan seluruh harta miliknya dan membuat Maulid Nabi saw sebagai tanda gembira dgn keIslamannya dan bersyukur atas mimpinya. Maka tatkala tiba pagi hari dia telah melihat suaminya telah mempersiapkan kenduri kesyukuran dalam keadaan yang bersungguh-sungguh kerana gembiranya, maka perempuan itupun kehairanan melihat perlakuan suaminya, sambil berkata, “Mengapa kelihatannya engkau berada dalam keadaan yang sangat gembira?”

Maka jawab suaminya, “Kerana seseorang yg engkau telah masuk islam dihadapannya semalam”. Ujar isterinya, “Siapa yg membukakan kepadamu rahsia yg tersembunyi ini? Siapa yg memperlihatkan kepadamu?” Jawabnya, “ini kerana orang yg aku pun masuk islam dihadapannya sesudah engkau. Mudah-mudahan ALLAH limpahkan rahmat dan sejahtera atasnya dan menambah keutamaan dan kemuliaan disisi-NYA. Sebagaimana ia memberi ma’rifat manusia kepada ALLAH dan mengajak kepada-NYA, maka diperkenankan syafaatnya baginya dihari kiamat, terhadap mereka yg berselawat dan salam kepadanya”. (Taudhihul Adillah 2, 2010)

No comments:

Post a Comment