Bismillahir-Rahmanir-Rahim...
~*SALAHUDDIN AL-AYUBI PEJUANG
TERULUNG*~
...bangkitkan semangat ini...
Dalam kesejukan malam itu.. aku
mendengar cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin
Al-Ayubbi...
Rugilah bagi anak-anak pelapis
agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul
dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada
mendengar cerita tentang pahlawan Islam..
Kita ? Kita bagaimana? Secara
jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman dari kisah tokoh-tokoh Islam
bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam
sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Al-Qaradawi
?
Siapa dia As-Syahid Hassan
Al-Banna?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
hurm.. Aku dengan teliti
mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil
mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipurlara hanya bercerita
kisah dongeng.. Ini kisah benar-benar berlaku..
Bila?? Suatu Masa Dulu.....
~ Bagaimana aku ingin ketawa
sedangkan masjid Al-Aqsa masih di bawah jajahan musuh? ~ kata Sallahuddin
al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah
ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan
Kurdis.
Bukan berbangsa Arab.. bukan
berbangsa palestin..
tapi mengapa Salahuddin
menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin
apabila berjaya menyatukan umat Islam yang berpecah belah, segala persoalan
fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu
dibawah panji Islam yang diketuai Salahuddin.
Malah Salahuddin berjaya menyatukan
fahaman yang sering bertelagah Syiah dan Ahli Sunnah wal-Jamaah untuk berjuang
atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin....
Suatu ketika dulu beliau pernah
meminta air minum tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya.
Beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati
kehausan". Beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa
menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan
ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri
pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali
bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempuh
celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Beliau sentiasa mengadakan
pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada
panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion
Raja England, musuh Salahuddin sedang sakit di dalam khemah tentera kristian.
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat
penyakitnya. Siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri, Salahuddin
Al-Ayubi. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat
musuhnya sendiri. SubhanAllah..
Pernah diceritakan, Salahuddin
Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan
kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang
dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus ke arah sebiji batu besar..
batu itu terbelah.
Apabila tiba giliran Salahuddin..
Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera ke langit dan menghulurkan
pedangnya. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap di mata pedang. Kain
itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau
bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung
yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan
Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan
mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau
hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor
itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari
Jumaat hingga isnin kerana beliau tidak mahu perhatiannya kepada peperangan
terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat
dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah
kalah..
Sehingga tiada lagi pertempuran
berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang
kuda menuju k earah Salahudin Al-Ayubi di depan Baitul Maqdis..
"Adakah kamu orang Islam
akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan ke atas orang-orang
kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan
Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di Jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat,
orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak
dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi
palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
" Kami orang Islam tidak
seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan
ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan
Salahuddin Al-ayubbi.
Salahuddin tidak membalas
tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian
menawan Baitul Maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak
boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahu Akbar"
dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat 27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa Iskraj Mikraj Rasulullah SAW, Baitul Maqdis
Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari
ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan
gembira kemenangan ini. Selepas menunggu hampir 90 tahun kini solat Jumaat
telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of
Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya
Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak
tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja'afar, seorang yang
wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk di sebelah Salahuddin ketika beliau
Nazak.
Salahuddin antara pengsan dan
sedar. Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan :
"Dialah Allah, tiada tuhan
melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar
membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya
sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan
perasaan yang gembira dia berkata
"Memang Benar"
Selepas mengucapkan kata-kata
itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan
harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah,
barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan
harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya
terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun
diberikan oleh seorang menterinya.
Beberapa abad kemudian,
Lord Allenby yang mengetuai
pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur
Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
"Sekarang aku datang semula ke sini."
Alangkah penakutnya Si Allenby..
Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang
telah mati..
Tidak cukup dengan itu, pada 1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib, General
Perancis, Gouraud telah datang ke kubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur
pembela Islam ini sambil berkata : " Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai
di sini!"
Alangkah bencinya mereka terhadap
Hero umat Islam ini..
Maha Suci Allah telah
mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam...
Dalam tidak sedar, rasa ada air
mengalir di pipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan
Salahuddin Al-Ayubi?
Cermin-cerminkan diri.. mana
tahap kita?
Astaghfirullah.. lemahnya umat
sekarang..
lemahnya aku...
Hidupkan semula generasi
Salahuddin AL-AYYUBI !!
No comments:
Post a Comment