Ada hal-hal yang boleh dan
sebaiknya tidak dilakukan dalam pergaulan sehari-hari.
Begitu juga di laman sosial
seperti Facebook, etika yang berlaku di dunia nyata juga berlaku di dunia maya.
Berbagai tindakan seperti
MEMPOSTING BARANG DAGANGAN DI WALL ORANG LAIN, kerap menulis update status yang
kasar atau tidak senonoh misalnya adalah beberapa contoh tindakan yang tidak
bijak dibuat di Facebook.
Perilaku seperti ini hanya akan
membuatkan anda dijauhi oleh teman-teman Facebook
Jadi, perhatikan hal-hal berikut
yang sebaiknya jangan dilakukan di Facebook seperti disarankan penganalisis
media sosial Katie Heaney.
1. ‘Tag’ teman secara sebarangan
Apapun yang dilakukan, Anda ‘tag’
teman anda. Mungkin ianya ‘update status’, foto atau video. Tidak ada masalah jika
orang yang ‘di-tag’ itu memang menyukainya, tapi bukan bererti semua hal boleh
dikongsi bersama teman anda dengan cara ‘men-tag’ mereka.
Jika teman menghapuskan tag itu,
ertinya dia tak suka. Jangan mengganggu mereka dengan ‘tagging’ lagi. Ini juga
berlaku bagi yang menjajakan jualan di Facebook. Jangan sembarangan ‘men-tag’
orang dengan foto-foto jualan, kerana tak semua orang suka cara seperti itu.
2. Komen teman yang baru ‘putus’
Melihat teman yang baru putus
cinta dengan update status ‘Single’ mungkin membuat anda GATAL hendak
memberikan komen, entah benar bersimpati atau sebaliknya, atau lebih tepat lagi
hendak mengambil kesempatan untuk ‘cucuk jarum’.
Mereka yang baru putus cinta
mungkin tak bermaksud ‘pamer’, dan mereka kemungkinan sedang tak ingin
diganggu. Kalaupun bersimpati, lebih baik menyampaikannya melalui message atau
chat agar lebih personal.
3.Tukar-ganti status
Hari ini ‘Single’, besok ‘It?s
Complicated’, besok-besok ‘Single’, begitu seterusnya.
Kisah cinta Anda tak perlu
disebar-sebarkan kepada orang lain. Selain tak baik bagi citra anda sendiri,
teman Facebook pun akan terganggu melihat pergantian status hubungan asmara
yang sering dilakukan.
Mungkin ada yang akan anggap –
SEWEL apa kawan aku yang sorang ni!
4. ‘Memposting’ Jawaban Kuiz
Keterujaan menjawab kuiz mengenai
pertanyaan rahsia tentang diri anda memang menarik. Tapi ketika jawaban
tersebut melibatkan teman Facebook, dan automatik terposting di wall post
mereka, sebaiknya jangan dilakukan.
No comments:
Post a Comment