BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe
uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ..
Assalamualaikum,. ok, ini
pesanan, nasihat, dan peringatan kepada semua blogger, pengguna facebo0k,
laman2 sosial, dan semua pengguna internet.
Sebenarnya, kita kini semakin
leka dengan duniawi dan dunia laman sosial,. terutamanya facebook. boleh
dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebo0k lah kan. heh.
tapi, kita sepatutnya ingat, bukan sume gambar yang kita suka, perlu kita like
atau share di facebo0k.
sebenarnya, kita dalam keadaan
sedar ataupun tidak, kita sering melakukan dosa free,.. malah kadangkala ianya
berpanjangan. apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala.
tmbahan pula pahala yg berpanjangan. sedarlah, dunia internet trutmanya blog,
facebo0k, semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya,.
memanglah dosa dan pahala itu
urusan Allah, tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana
baik dan yang mana buruk. semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas
segala perbuatan yang kita lakukan.. aku hanya ingin mengajak sama2 kita fikir.
contoh2nya adalah seprti berikut :
1)) kalau diikutkan hati, sume
gmbr yg kita suka, mesti kita nk like kan,. tp sedarkah kita, jika kita like
gambar seorg wanita yg cantik tetapi tidak bertudung contohnya,. tidakkah kita
seperti memberi sokongn trhadap pndedahan aurat wanita itu? tidakkah ia
menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian? lantas
wanita itu terus berpenampilan seperti itu,. ((mengapa tidak kita menegur?))
2)) kalau kita upload atau share
gamba yg terdedah auratnya xkisah la kat fb ke blog ke memane ke, sekalipun
bukan gamba kita mahupun non-muslim. agak2 kita dapat saham dosa x? ((sedangkan
kita perlu jaga aurat sekalipun dihadapan non-muslim))
3)) jika kita upload gamba kita
xmnutup aurat, sedarkah kita semua itu terdedah kepada mata2 org lain setiap
detik wlaupun tnpa pngetahuan kita? ketahuilah mata2 yg melihat itu akan
menjadi saksi di akhirat kelak.
4)) andainya gambar yang diupload
atau di share boleh menaikkan nafsu syahwat org lain yg melihat,. adakah saham
kita sebagai tukang upload atau tukang share? ((sekalipun ianya gambar org
lain))
5)) sedarkah kita, bahawa gambar2
yg kita upload atau share itu mungkin mengaibkan seseorang? ((walaupun gambar
tersebut lawak, menarik, pelik atau apa2 dan ingin kita kongsi))
6)) sedarkah kita, gambar2 yg
kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah?
7)) gambar org berbuat dosa
terang2an, bergambar berpegangan tangan wlaupun belum bernikah contohnya.
perlukah kita like? tidakkah kita seperti menunjukkan sokongn seandainya kita
like gambar tersebut? . lebih2 pulak kalau kita sendiri yg berbuat demikian.
((sudahlah berbuat dosa, dipamer kat orang))
8)) like sahaja sudah menunjukkan
sokongn kita, bagaimana pula jika kita komen yg indah2, kata2 semangat, dan
pujian2 terhadap gamba2 berkaitn yg telah disebut diatas?? ((mengapa tidak kita
menegur))
9)) cube bayangkan jika semua yg
telah disebutkan diatas itu, kita bukan sahaja upload, kita tag org pulak,. tu
satu hal, kalao ade yg share dari kite?
10)) bagaimana pula jika apa yang
kita upload atau share itu, di copy, di download oleh insan lain. dan mereka
pula upload pada blog ataupun fb mereka,.?
setakat ini sahaja nukilan kali
ini, mungkin ada lagi,. tapi kita fikir2kanlah sendiri. tanggungjawab kita
adalah menegur,. jika kita yg berbuat demikian,. sepatutnya kita elakkan la.
bila2 sahaja kita boleh menemui ajal,. seandainya tidak sempat untuk kita
mgambil tindakan sewajarnya, ingtlah, dunia internet tiada hari cuti... klao
ade gmba kita trdedah auratnya, xkan nk biar dosa mengalir sentiasa kot. inilah
antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj,.
apalah salahnya jika kita upload,
like, komen, ataupun share gambar2 yg mmbawa manfaat. contohnya, gambar yg
diedit dan ditulis hadis2 nabi contohnya,. kata2 nasihat ke,. ayat2 quran..
ucapan2 ke,. teguran2,.. kalau letak ayat Quran contohnya, kalau org lain yg
membacanya? agak2 kita dpt saham x?
ingatlah,. spertimana trademark
facebook aku ni.. DuNia Ni HaNya PeRSiNgGaHaN YaNg SeMeNTaRa. KeHiDuPaN Di
DuNia MeNJaMiN KeHiDuPaN Di aKHiRat. SeDiaKaNLaH BeKaLaN SeCuKuPNya. SeMeNtaRa
MaSa MaSiH aDa.
stkt ini shja. selain ambil
iktibar, menegur diri sendiri dan org lain, juga menjadi tanggungjawab kita
menyampaikan.. harap yg telah baca ni, dapat sampaikan kepada yg lain..