Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

08/04/2012

Pemuda 15 tahun berdebat dengan Saidina Ali Ibn Abi Talib


Suatu hari, ketika Saidina ’Ali melakukan rondaan untuk memerhatikan hal-ehwal rakyatnya, Baginda tertarik melihat ramainya rakyat yang sedang mengikuti pelbagai majlis dan program para Wa’iz(pendakwah) di masjid. Terfikir di fikiran Saidina ’Ali apakah yang diajarkan oleh mereka, dan apakah ajaran mereka semua bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh Junjungan Rasulullah SAW. Maka Saidina ’Ali RA pun bercadang menyoal mereka dengan satu soalan, jika mereka memberikan jawaban yang memuaskan hatinya, maka mereka boleh terus berdakwah, tetapi jika jawaban mereka tidak tepat, maka pengajaran mereka perlu dihentikan.

Soalan tersebut adalah ”Apakah yang membangunkan agama, dan apakah yang meruntuhkannya?”

Maka Saidina ’Ali RA pun pergi dari sebuah masjid ke masjid yang lain, bertemu dengan para Wa’iz(pendakwah) yang sedang giat mengajar, untuk mendapatkan jawaban mereka mengenai persoalan di atas. Ternyata, ramai yang tidak dapat menjawab dengan tepat atau memberikan jawaban yang memuaskan hati Khalifah. Akhirnya Saidina ’Ali RA tiba ke satu majlis yang dikendalikan oleh seorang Wa’iz yang amat muda, seorang pemuda berusia 15 tahun. Saidina ’Ali RA lantas menempelak pemuda tersebut ”Hai Anak, berani kamu mengajar agama, sedangkan ramai Wa’iz lain yang lebih tua dari mu tidak mampu menjawab persoalan aku ini, lalu aku arahkan mereka berhenti mengajar. Sila jawab, apakah yang membangunkan agama, dan apakah yang meruntuhkannya?

Pemuda itu menjawab dengan yakin ”Wara’ itu membangun agama, dan tamak haloba meruntuhkannya”. Mendengar jawaban tersebut, tersenyum gembira Saidina ’Ali RA lalu kata Baginda ”benar jawabanmu, maka kamu boleh terus menjadi Wa’iz”. Pemuda itu adalah Saidina Hasan al-Basri, yang seawal usia 15 tahun, telah menjadi pembangun jiwa ummah melalui mau’izah dan pengajarannya kepada umat.

*bayangkan umur 15tahun Dah jadi seorang guru yang hebat, boleh menjawab soalan Saidina Ali Ra, jauh sungguh kita nak bandingkan ketika berumur 15 tahun. apa yg kita perjuangkan ketika waktu tersebut?


No comments:

Post a Comment