Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

29/02/2012

Akibat fitnah Imam Syafi'e ditangkap dan dirantai Khalifah


Imam Syafie Ditangkap Dan Dirantai



Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Hilang berkah pada makanan yang tidak disebut Bismillah


Makanan yang halal & toyyib sekalipun boleh hilang/sedikit barakahnya jika makan tanpa dimulakan dengan kalimah 'BISMILLAH'.



 Satu kisah...

Abu Ayyub Al-Ansori menceritakan bahawa suatu hari beliau & para sahabat dihidangkan Rasul صلى الله عليه وسلم makanan.

Beliau berkata: "Aku tidak pernah melihat makanan yang sangat-sangat besar/banyak barakahnya lebih dari makanan itu (yang dihidangkan Rasul صلى الله عليه وسلم) di permulaan kami makan. Namun berlaku sebaliknya pada saat terakhir kami menghabiskan makanan.

Ditanya kenapa berlaku demikian? {Dalam satu tempat & masa -awal & akhir- berlaku 2 situasi yang berbeza -banyak barakah di awal makan dengan sedikit barakah pada akhir makan- padahal masih pada makanan yang sama}.

Jawab Rasul صلى الله عليه وسلم: "Di awal makan kita telah menyebut Bismillah, tapi kemudian ada yang datang makan bersama kita dan dia tidak menyebut BISMILLAH maka syaitan pun makan bersamanya."

*Olahan dari Kitab Syamail Muhammadiyyah صلى الله عليه وسلم

Contohi Rasullullah S.A.W. - tutuplah aib saudaramu...


Tutup Aib Saudaramu.


Seorang sahabat telah menjemput Rasullullah S.A.W. dan para sahabat yang lain untuk menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika mereka sedang menikmati hidangan, seorang daripada mereka telah membuang angin (kentut). Para sahabat Cuma berpandangan sesame mereka manakala wajah Rasullullah S.A.W. juga menunjukkan rasa kurang selesa dengan kejadian itu. Apabila masuk waktu solat maghrib, Rasullullah S.A.W. bersabda : ‘’Sesiapa yang telah memakan daging unta, sila berwudhuk.’’ Hal ini jelas menunjukkan bahawa Rasullullah S.A.W. telah melindungi seseorang daripada menanggung malu atas perbuatannya.

Rasullullah S.A.W. pernah bersabda, ‘’Seorang hamba yang menutup aib orang lain didunia, kelak Allah S.W.T.akan menutup aibnya diakhirat’’. (Riwayat Muslim)

Jika kita mendapati saudara kita melakukan perbuatan maksiat seperti minum arak, berzina, mengumpat, tidak solat dan lain-lain, JANGAN SEBARKANNYA. Namun kita masih lagi bertanggungjawab menegah yang mungkar dan menunjukkan yang makruf.

Imam as-Syafie berkata : ‘’ Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya, sedangkan yang menasihatin tanpa menjaga rahsianya, bererti telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya’’. (Syarah Sahih Muslim).



Asas perkahwinan dibina atas dasar apa??


Apakah asas perkahwinan yang membuahkan kebahagiaan berpanjangan?



Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

28/02/2012

SATAN SLEEPS IN YOUR NOSE


SATAN SLEEPS IN YOUR NOSE OVERNIGHT

Narrated Abu Huraira: The Prophet said, "If anyone of you rouses from sleep and performs the ablution, he should wash his nose by putting water in it and then blowing it out thrice, because Satan has stayed in the upper part of his nose all the night."

Al-Bukhaari Volume 4, Book 54, Number 516


Weapon For Zionists Laknatullah


Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?

Sebabnya :
Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!

SAUDARA2ku SEKALIAN... BERHENTILAH MEROKOK.....
(̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅()ڪےhidup lebih sihat tanpa merokok...
Alhamdulillah..hargai lah nyawa anda.....


Tanda-tanda taubat kita diterima Allah S.W.T.


~TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA~~



Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat; “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima Allah atau tidak?

Jawabnya; “Ini adalah urusan Allah. Kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat padanya tanda-tanda, iaitu:

Seseorang itu berasa seperti dosanya masih banyak dan belum terhakis walaupun sering kali memohon keampunan kepada Allah SWT.

Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

Sedih kerana mengenangkan azab Allah atas segala dosa yang pernah dilakukannya dulu.

Sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah dan sekalipun tidak khuatir dengan urusan hidup serta rezekinya yang sudah dijamin Allah SWT.

Sentiasa melihat rezeki yang diperoleh sangat banyak walaupun dalam pandangan mata manusia ia sangat sedikit.

Sentiasa merasakan bahawa amal ibadatnya terlalu sedikit biarpun banyak waktu dihabiskan kepada Allah SWT.

Menjaga lidah dan pertuturan, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Jadi, sentiasalah kita bertaubat kepada Allah serta memohon keredaan-Nya kerana hanya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...

Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.”(as Syura:25)


Health Tips....


What is the difference?? So why Muslim girls is oppressed??


Why do they double standards when it comes to Islam??


Male Vs. Female


3 keadaan potongan rambut Nabi S.A.W.


3 keadaan rambut Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Jika rambut anda (lelaki) tiada dalam kategori yang 3 ini maka silakan untuk tukar fesyen rambut itu.

Wafroh: Rambut sampai ke cuping telinga (rambut pendek).

Limmah: Rambut sampai ke leher.

Jummah: Rambut sampai ke bahu.

Tapi janganlah pula sehingga mengundang fitnah misalnya berambut panjang tapi gayanya seperti perempuan.


Advantage of the word bismillah - (Kelebihan Kalimah Bismillah)




Syed Murtadha was a great aalim (scholar) who lived many years ago.
He had many students who attended his classes.


At one of his classes he noticed that one of the students always came late.
One day Syed Murtadha asked the student "Why are you always late?"


The student replied that he lived across the river and always took
the first ferry across but the ferry service did not start any earlier.


Syed Murtadha wrote something on a piece of paper, folded it and
gave it to the student. "Keep this with you" he said "and you will be
able to walk across the river from tomorrow - but do not open the paper."


The next day the student got to the river and put his foot tentatively
on the water. He could not believe that he could actually walk on
the water.


For the next few days, he got to the classes on time.One day,
he could not hold back his curiosity. He looked inside the folded
piece of paper. On it was written Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, the beneficent the merciful).


For a moment he thought - "Is this all that helps me walk on water!"
He put the paper in his pocket as usual and went to the river to go
to his classes. This time he could not walk on the water and had to
wait for the ferry. This meant that he was late for his class.


When the class was over, Syed Murtadha called him over and said
"You looked into the paper when I had told you not to!"


With Bismillahirrahmanirrahim (In the name of Allah, the beneficent
the merciful) you can move mountains provided you have trust
and faith in Allah.

Moral:♥ Blind Trust on ALLAH Can Make Possible to Every Impossible ♥

Perkara yang dilakukan sebelum tidur - Sunnah Rasullullah S.A.W.


Sebelum tidur lena



Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
- Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
- Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
- Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..

Fakta tentang Al-quran dan hadis


Fakta Tentang Al-Quran/Kitab Hadis/Buku Agama




1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.


2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.
~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti

Nasihat dan luahan seorang lelaki


Dari Seorang Lelaki...



teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi
hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak
berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang
camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak
bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang
tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi
tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak
berbasuh,periuk tidak bercuci.

mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam
.lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas,
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak
sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah
tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering
menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya
merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK
MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia
akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at
times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah,
alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh
belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal.
Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's
Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk,
no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and
that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk
hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala
mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru.
Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah
abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough
kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak
tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak
se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat
hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi
tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel
jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry
basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah
abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak
dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling
blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata
sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah
terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah
isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia
buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa
ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best
fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia
masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat
keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang
yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker
nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat
keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik
seorang wanita...tak rela!!!

So to all mums and wives out there... hidupku tidak bermakna tanpamu.

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi
serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah,
hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar
rumah, hati melonjak HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure
24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott
peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi
perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah
kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh
bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk,
boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru
kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri
rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni
tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun,
takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life
graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak
yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih
bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah
dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!

27/02/2012

Rahsia solat 5 waktu


Rahsia Solat Lima Waktu



Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para
sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, ‘Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. ‘

Lalu Rasullullah saw bersabda, ‘Silakan bertanya.’ Berkata orang Yahudi, ‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’ “Sabda Rasullullah saw,‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
sujudnya setiap orang kafir.’
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. ‘Rasullullah saw bersabda, ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah saw lagi, ‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.’
Sabda Rasullullah saw, ‘Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.’

Sabda Rasullullah saw seterusnya, ‘Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq.
“Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata, ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).



Blog bukan tempat mencari followers tapi menyebarkan ilmu

Assalamualaikum w.b.t

Ada sedikit peringatan untuk saya dan anda semua di luar sana tu. Memang dah berlambak bloggers2 kat malaysia, sekaligus membuktikan yang demo semua ni celik I.T. tapi sayang seharusnya pengisian di dalam blog masing2 tu tertumpu dalam usaha menyebarkan ilmu/peringatan agama bukan sekadar gosip2 murahan dan jugak mengaibkan orang. memang akan ada semacam rasa 'kembang' bila tengok beribu orang follow blog kita, tapi adakah mereka just tekan butang follow atau mengikuti artikel2 ilmu yang disampaikan dalam blog tu? seharusnya kita mementingkan kualiti isi blog yang nak disampaikan kepada umum bukan kuantiti followers dan juga berita2 panas yang ada kat dunia ni. tapi itulah yang berlaku, manusia lebih suka berita2 yg pelik/panas/gosip dari usaha menyebarkan dakwah, perlu diingat dakwah bukan tugas sang ustaz dan ustazah sahaja tetapi tugas semua umat Islam, kan Rasullullah S.A.W. pernah bersabda, ''sampaikan daripadaku walau satu ayat''...so, jom berubah!!!