Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

15/02/2012

Rasullullah S.A.W. disebut dlm kitab Hindu Vedas



Ramalan mengenai Rasulullah S.A.W di dalam kitab suci Hindu Vidas?
Seorang pakar bahasa India dari Universiti Alahabad menulis dan menerbitkan buku berjudul Kalki Avatar yang bererti Pembimbing Agung.



Tulisan beliau dalam buku berkenaan jelas menyeru penganut-penganut agama Hindu memeluk Islam dan beriman dengan ajaran Nabi Muhammad utusan Allah, yang merupakan pengislah (reformis) kerohanian Hindu yang ditunggu-tunggu kerana Nabi Muhammad itulah yang dikatakan Kalki Utar.

Pengarang yang dikenali sebagai Ved Prakash buat masa ini menyandang jawatan paderi Hindu dari golongan Brahmin dan buku karangannnya telah dikemukakan kepada lapan orang tokoh paderi agama Hindu. Semuanya menyokong pendapat Ved Prakash. Penyelidikan beliau membuktikan ciri-ciri Kalki Avatar yang terdapat dalam kitab suci Hindu Vidas menepati dengan sifat-sifat yang ada pada Rasulullah s.a.w.

1) Ved Prakash menegaskan di dalam ramalan Prophecy Hindus bahawa Kalki Avatar akan muncul di sebuah pulau ( di mana bertepatan dengan fakta di dalam kitab-kitab sejarah Arab/Islam ianya dikenali sebagai Al-Jazirah Al Arabia, bermaksud Pulau Arab).


2)Bapanya bernama Vishnu Yehkat manakala ibunya bernama Surmanab. Perkataan Vishnu dalam bahasa Sanskrit membawa erti 'Tuhan' dan Yehkat bermaksud 'hamba' jadi Vishnu Yehkat bererti 'Hamba Tuhan'  dan di dalam bahasa Arab,Abdullah. Surmanab pula di dalam bahasa Sanskrit membawa erti 'aman' dan terjemahannya dalam bahasa Arab ialah Aminah. Seluruh dunia tahu bahawa bapa Nabi Muhammad S.A.W ialah Abdullah dan ibunya ialah Aminah.

3) Di dalam kitab suci Vidas juga menyebut bahawa Tuhan telah mengutus UtusanNya ke dalam gua untuk mengajar Kalki Avatar. Peristiwa ini memang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W.. Nabi Muhammad S.A.W telah didatangi malaikat Jibril di Gua Hirak yang bertugas mengajar agama Islam kepadanya.

4) Bukti terakhir yang diperkatakan oleh pengarang berkenaan ialah, menurut kitab suci Hindu Vidas, Tuhan telah menganugerahkan kepada Kalki Avatar kuda terpantas mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit. Ini sebenarnya merujuk kembali kepada peristiwa Isra' Mikraj di mana Nabi Muhammad S.A.W menunggang Buraq, sejenis haiwan dari syurga mengelilingi bumi dan menjelajah tujuh petala langit.


No comments:

Post a Comment