Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

29/06/2012

Bukan semua gambar perlu kita upload/share/like....


BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ..
Assalamualaikum,. ok, ini pesanan, nasihat, dan peringatan kepada semua blogger, pengguna facebo0k, laman2 sosial, dan semua pengguna internet.
Sebenarnya, kita kini semakin leka dengan duniawi dan dunia laman sosial,. terutamanya facebook. boleh dikatakan sebahagian besar daripada penduduk bumi ada facebo0k lah kan. heh. tapi, kita sepatutnya ingat, bukan sume gambar yang kita suka, perlu kita like atau share di facebo0k.
sebenarnya, kita dalam keadaan sedar ataupun tidak, kita sering melakukan dosa free,.. malah kadangkala ianya berpanjangan. apalah salah kiranya kita menggantikan semua itu kepada pahala. tmbahan pula pahala yg berpanjangan. sedarlah, dunia internet trutmanya blog, facebo0k, semua laman sosial tiada hari cuti operasi nya,.
memanglah dosa dan pahala itu urusan Allah, tapi kita dikurniakan akal fikiran dan dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. semestinya kita dapat fikir secara logik kesan atas segala perbuatan yang kita lakukan.. aku hanya ingin mengajak sama2 kita fikir. contoh2nya adalah seprti berikut :
1)) kalau diikutkan hati, sume gmbr yg kita suka, mesti kita nk like kan,. tp sedarkah kita, jika kita like gambar seorg wanita yg cantik tetapi tidak bertudung contohnya,. tidakkah kita seperti memberi sokongn trhadap pndedahan aurat wanita itu? tidakkah ia menyebabkan wanita itu berasa dirinya cantik jika berkeadaan demikian? lantas wanita itu terus berpenampilan seperti itu,. ((mengapa tidak kita menegur?))
2)) kalau kita upload atau share gamba yg terdedah auratnya xkisah la kat fb ke blog ke memane ke, sekalipun bukan gamba kita mahupun non-muslim. agak2 kita dapat saham dosa x? ((sedangkan kita perlu jaga aurat sekalipun dihadapan non-muslim))
3)) jika kita upload gamba kita xmnutup aurat, sedarkah kita semua itu terdedah kepada mata2 org lain setiap detik wlaupun tnpa pngetahuan kita? ketahuilah mata2 yg melihat itu akan menjadi saksi di akhirat kelak.
4)) andainya gambar yang diupload atau di share boleh menaikkan nafsu syahwat org lain yg melihat,. adakah saham kita sebagai tukang upload atau tukang share? ((sekalipun ianya gambar org lain))
5)) sedarkah kita, bahawa gambar2 yg kita upload atau share itu mungkin mengaibkan seseorang? ((walaupun gambar tersebut lawak, menarik, pelik atau apa2 dan ingin kita kongsi))
6)) sedarkah kita, gambar2 yg kita share atau upload mungkin mendatangkan fitnah?
7)) gambar org berbuat dosa terang2an, bergambar berpegangan tangan wlaupun belum bernikah contohnya. perlukah kita like? tidakkah kita seperti menunjukkan sokongn seandainya kita like gambar tersebut? . lebih2 pulak kalau kita sendiri yg berbuat demikian. ((sudahlah berbuat dosa, dipamer kat orang))
8)) like sahaja sudah menunjukkan sokongn kita, bagaimana pula jika kita komen yg indah2, kata2 semangat, dan pujian2 terhadap gamba2 berkaitn yg telah disebut diatas?? ((mengapa tidak kita menegur))
9)) cube bayangkan jika semua yg telah disebutkan diatas itu, kita bukan sahaja upload, kita tag org pulak,. tu satu hal, kalao ade yg share dari kite?
10)) bagaimana pula jika apa yang kita upload atau share itu, di copy, di download oleh insan lain. dan mereka pula upload pada blog ataupun fb mereka,.?
setakat ini sahaja nukilan kali ini, mungkin ada lagi,. tapi kita fikir2kanlah sendiri. tanggungjawab kita adalah menegur,. jika kita yg berbuat demikian,. sepatutnya kita elakkan la. bila2 sahaja kita boleh menemui ajal,. seandainya tidak sempat untuk kita mgambil tindakan sewajarnya, ingtlah, dunia internet tiada hari cuti... klao ade gmba kita trdedah auratnya, xkan nk biar dosa mengalir sentiasa kot. inilah antara hikmah penutupan aurat dan menjauhi tabarruj,.
apalah salahnya jika kita upload, like, komen, ataupun share gambar2 yg mmbawa manfaat. contohnya, gambar yg diedit dan ditulis hadis2 nabi contohnya,. kata2 nasihat ke,. ayat2 quran.. ucapan2 ke,. teguran2,.. kalau letak ayat Quran contohnya, kalau org lain yg membacanya? agak2 kita dpt saham x?
ingatlah,. spertimana trademark facebook aku ni.. DuNia Ni HaNya PeRSiNgGaHaN YaNg SeMeNTaRa. KeHiDuPaN Di DuNia MeNJaMiN KeHiDuPaN Di aKHiRat. SeDiaKaNLaH BeKaLaN SeCuKuPNya. SeMeNtaRa MaSa MaSiH aDa.
stkt ini shja. selain ambil iktibar, menegur diri sendiri dan org lain, juga menjadi tanggungjawab kita menyampaikan.. harap yg telah baca ni, dapat sampaikan kepada yg lain..


Syrian Uprising 2012 - Kenapa bandar Homs teruk dibom oleh syiah??


Kenapa syiah amat membenci penduduk Homs, Syria?

Tahukah kita kenapa wilayah Homs merupakan di antara wilayah yang teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar khususnya daerah Baba Amr?

Apakah yang menyebabkan kota tersebut teruk diserang dan dibedil?

Dalam sejarah, sebenarnya di kota ini ialah tempat bersemadinya jasad lebih 400 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah berjuang membebaskan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman Rom atau Parsi termasuklah Sayyidina Khalid al-Walid r.a

Sebelum tercetusnya perang Qadisiyyah pada 636 M, sahabat Nabi s.a.w yang bernama Saad ibn Abi Waqqas telah meminta bantuan tambahan daripada Khalifah Umar al-Khattab r.a bagi tujuan menghadapi peperangan dengan tentera Parsi.

Lalu Saidina Umar telah menyahutnya, tetapi dengan mengirim hanya 2 orang sahaja seraya berkata dalam suratnya kepada Saad "aku kirimkan kamu 2 orang ini yang mana ia sama seperti aku kirimkan 2000 orang tentera, iaitu Tulaihah Bin Khuwailid dan Amar Bin Ma'ad Yakreb.." - riwayat Thabarani

Setelah tercetusnya pertempuran, Amr Bin Maad Yakreb telah memperlihatkan kehebatan yang sangat mengkagumkan kaum muslimin. Beliau telah berjaya memimpin peperangan dengan jayanya dan telah membunuh begitu ramai tentera Parsi yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Beliau telah meninggal dunia di Baba Amr dalam wilayah Homs yang mengambil nama sempena nama beliau. Kuburnya berada di kawasan perkuburan al-Kutaib iaitu suatu kawasan perkuburan kedua terbesar selepas perkuburan al-Baqi' di Madinah.

Di bandar tersebut jugalah telah dimakamkan sekurang-kurangnya 400 jasad sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang telah sama-sama berjuang hingga sampai ke wilayah ini demi membawa risalah Islam. Termasuklah sebahagian pejuang-pejuang Qadisiyyah yang telah mengalahkan kerajaan Parsi tahun 636 M tersebut.

Baba Amr- Kota ini sangat dibenci oleh rejim Basyar dan Iran khususnya lantaran tokoh dan pejuang-pejuang dari kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang menyebabkan kekalahan kaum parsi dalam peperangan Qadisiyyah dahulu telah dimakamkan di sini.

Kini ia telah menjadi tempat bagi kaum Parsi/Iran dan sekutu-sekutunya untuk membalas dendam terhadap kekalahan silam mereka suatu ketika dahulu.

Semoga Allah memelihara pejuang-pejuang Syria yang merupakan 'cucu-cicit' Saidina Khalid al-walid yang pasti akan mempertahankan bumi Syam ini sehingga ke titisan darah terakhir mereka.


Apa yang sepatutnya dielakkan ketika ber'Facebook'



Ada hal-hal yang boleh dan sebaiknya tidak dilakukan dalam pergaulan sehari-hari.
Begitu juga di laman sosial seperti Facebook, etika yang berlaku di dunia nyata juga berlaku di dunia maya.
Berbagai tindakan seperti MEMPOSTING BARANG DAGANGAN DI WALL ORANG LAIN, kerap menulis update status yang kasar atau tidak senonoh misalnya adalah beberapa contoh tindakan yang tidak bijak dibuat di Facebook.
Perilaku seperti ini hanya akan membuatkan anda dijauhi oleh teman-teman Facebook
Jadi, perhatikan hal-hal berikut yang sebaiknya jangan dilakukan di Facebook seperti disarankan penganalisis media sosial Katie Heaney.

1. ‘Tag’ teman secara sebarangan
Apapun yang dilakukan, Anda ‘tag’ teman anda. Mungkin ianya ‘update status’, foto atau video. Tidak ada masalah jika orang yang ‘di-tag’ itu memang menyukainya, tapi bukan bererti semua hal boleh dikongsi bersama teman anda dengan cara ‘men-tag’ mereka.
Jika teman menghapuskan tag itu, ertinya dia tak suka. Jangan mengganggu mereka dengan ‘tagging’ lagi. Ini juga berlaku bagi yang menjajakan jualan di Facebook. Jangan sembarangan ‘men-tag’ orang dengan foto-foto jualan, kerana tak semua orang suka cara seperti itu.
2. Komen teman yang baru ‘putus’
Melihat teman yang baru putus cinta dengan update status ‘Single’ mungkin membuat anda GATAL hendak memberikan komen, entah benar bersimpati atau sebaliknya, atau lebih tepat lagi hendak mengambil kesempatan untuk ‘cucuk jarum’.
Mereka yang baru putus cinta mungkin tak bermaksud ‘pamer’, dan mereka kemungkinan sedang tak ingin diganggu. Kalaupun bersimpati, lebih baik menyampaikannya melalui message atau chat agar lebih personal.
3.Tukar-ganti status
Hari ini ‘Single’, besok ‘It?s Complicated’, besok-besok ‘Single’, begitu seterusnya.
Kisah cinta Anda tak perlu disebar-sebarkan kepada orang lain. Selain tak baik bagi citra anda sendiri, teman Facebook pun akan terganggu melihat pergantian status hubungan asmara yang sering dilakukan.
Mungkin ada yang akan anggap – SEWEL apa kawan aku yang sorang ni!
4. ‘Memposting’ Jawaban Kuiz
Keterujaan menjawab kuiz mengenai pertanyaan rahsia tentang diri anda memang menarik. Tapi ketika jawaban tersebut melibatkan teman Facebook, dan automatik terposting di wall post mereka, sebaiknya jangan dilakukan.



19/06/2012

Titik rangsangan wanita : Utk mereka yang dah kawin



^ KHAS UNTUK MEREKA YANG TELAH BERKAHWIN ^
Petua Untuk Menerokai
Titik Rangsang WANITA
(Sumber dari Kitab Jawa Klasik “Bataljemur Adammakna” )

1. Jika seorang wanita berkulit putih tempat berahinya pada kedua belah pipi.

2. Jika kulitnya Mambang Awak (yakni tidak kuning dan tidak hitam) tempat berahinya pada kedua mata atau buah dadanya. Ciumlah tempat tersebut, waktu datangnya berahi setelah larut malam.

3. Jika kulitnya kuning tempat berahinya di kedua alis, ciumlah tempat tersebut, berahinya muncul pada jam delapan malam.

4. Jika kulitnya kuning langsat, tempat birahinya pada paha kanan, rabalah tempat tersebut, berahinya muncul pada jam tiga.

5. Jika kulitnya kuning kehijauan, tempat berahinya pada kedua bahunya, peluklah tempat tersebut, berahinya muncul jam delapan malam.

6. Jika kulitnya hitam, tempat berahinya di peha kiri, rabalah tempat tersebut. Berahinya muncul pada jam delapan malam.

7. Jika kulitnya hitam manis, tempat berahinya di kedua telinga ciumlah tempat tersebut. Berahinya hanya muncul pada jam delapan malam.


18/06/2012

Hidupkan semula generasi pejuang Salahuddin Al-Ayyubi




Bismillahir-Rahmanir-Rahim...

~*SALAHUDDIN AL-AYUBI PEJUANG TERULUNG*~

...bangkitkan semangat ini...

Dalam kesejukan malam itu.. aku mendengar cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi...

Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..

Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman dari kisah tokoh-tokoh Islam bukan?

Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Banna?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

hurm.. Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipurlara hanya bercerita kisah dongeng.. Ini kisah benar-benar berlaku..

Bila?? Suatu Masa Dulu.....

~ Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih di bawah jajahan musuh? ~ kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..

Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis.
Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..
tapi mengapa Salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?

Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat Islam yang berpecah belah, segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji Islam yang diketuai Salahuddin.
Malah Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah Syiah dan Ahli Sunnah wal-Jamaah untuk berjuang atas nama Islam..

Hebatnya Kau Salahuddin....

Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata,
"Aku hampir mati kehausan". Beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..

Penyabarnya kau Salahuddin..

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.

Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.

Suatu Malam.. Richard the lion Raja England, musuh Salahuddin sedang sakit di dalam khemah tentera kristian. Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya. Siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri, Salahuddin Al-Ayubi. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. SubhanAllah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus ke arah sebiji batu besar.. batu itu terbelah.

Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera ke langit dan menghulurkan pedangnya. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap di mata pedang. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga isnin kerana beliau tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu ..

Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah..
Sehingga tiada lagi pertempuran berlaku

Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju k earah Salahudin Al-Ayubi di depan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang Islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan ke atas orang-orang kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di Jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.

" Kami orang Islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi.

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan Baitul Maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..

Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..

Pada Jumaat 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa Iskraj Mikraj Rasulullah SAW, Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.

Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Selepas menunggu hampir 90 tahun kini solat Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!

Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan

27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin

Syeikh Abu Ja'afar, seorang yang wara' telah diberi kepercayaan untuk duduk di sebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.

Salahuddin antara pengsan dan sedar. Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan :
"Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22)

Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata

"Memang Benar"

Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.

Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Beberapa abad kemudian,
Lord Allenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang aku datang semula ke sini."

Alangkah penakutnya Si Allenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..

Tidak cukup dengan itu, pada 1917 Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib, General Perancis, Gouraud telah datang ke kubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata : " Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai di sini!"

Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat Islam ini..
Maha Suci Allah telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam...

Dalam tidak sedar, rasa ada air mengalir di pipi..

Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?

Cermin-cerminkan diri.. mana tahap kita?

Astaghfirullah.. lemahnya umat sekarang..
lemahnya aku...

Hidupkan semula generasi Salahuddin AL-AYYUBI !!

16/06/2012

Why you covered your wife with Hijab?





Once a brother was driving while visiting in a country, along with his wife. A lady pulled up beside him and started yelling obscenities at him, and asking "why are you doing that to her?" She was talking about his veiled wife.
He told her to pullover on the side, and she did.
He said "you asked me a question, I will answer it."
"Where is your money? he asked."
Reluctantly she answered "in my wallet."
"Where is your wallet?" he asked.
"Why? Why do you want to know?" she replied.
He said "you asked me a question and I will answer it, I am not going to rob you, just answer the question."
"In my purse" she said.
"Where do you keep your purse?"
"Why?" she asked.
"You asked a question and I will answer it, where do you keep your purse?"
"Under the seat in my car" she answered.
"Why do you do that?"
"Why go through the trouble of putting your money in your wallet, then in a purse, then putting the purse under the seat?"
"To protect it, should someone want to steal it" she said.
"That is why my wife is covered, to protect her."
May Allah SWT make it easy for the sisters to wear the Hijab in the CORRECT manner. May the covering of your shroud not be the first time you will wear the Hijab. Ameen Thumma Ameen.

Penggali kubur mati di kubur yang digali sendiri


Pak Mustapo, begitulah nama seorang penggali kubur profesional yang agak veteran jugak usianya. Walaupun beliau selalu berhadapan dengan kubur dan kematian tapi sikit pun beliau tak mengambil sebarang ikhtibar dari situasi tersebut. Apa yang penting baginya ialah duit.



"RM... RM... euro... dollar... pound sterling..." begitulah yang selalu beliau sebut sebutkan. Biasanya pendapatan beliau agak loaded jugak. Satu lubang kubur beliau akan menerima upah lebih kurang lima puluh ringgit.
Woyyoo... bulan ni saja dan enam orang mati. Jadi maknanya aku dah dapat tiga ratus ringgit. Huii... loaded le aku bulan ni. Tiap-tiap hari beliau selalu berharap supaya adaje orang yang meninggal dunia... lagi ramai orang yang mati lagi banyak la beliau akan mendapat duitnya.

"Mintak-mintak ada la orang mati hari ni." Pak Mustapo berkata penuh harapan.

"Issk... apa la abang ni, tak baik berdoa macam tu." Isterinya Cuba memprotes harapan Pak Mustapo itu. Tengah best lepak-lepak tu tiba-tiba...
"Assalaamualaikum..."

"Wa'alaikumsalaam... sapa pulak tu?"

"Aku ni menyampaikan pesan Wak Hanapi... bini dia baru je meninggal. Jadi dia nak mengupah kau galikan kubur," beritahu Pak Mamat iaitu salah seorang penduduk kampung tersebut.

"Ye ke? Syukur... ada rezeki aku hari ni. Best la aku." Dengan senang hati beliau menerima tugas tersebut dan hasilnya dah gerenti la beliau menerima upah yang loaded.

Tapi jika takde orang yang meninggal dunia maka terpaksa la beliau menoreh getah pulak.

"Kalau la hari-hari ada orang mati kan ke bagus... tak payah la aku nak menoreh getah. Takde la terpaksa kena gigit dek nyamuk macam ni." Pak Mustapo merungut sendirian. Tak kira masa tak kira walau di mana beliau berada setiap saat dan waktu beliau terus berharap supaya ada orang yang cepat mati.

"Hai... bila lagi la ada orang yang nak mati lagi ni," begitulah selalunya yang beliau harapkan sambil termenung kat tingkap dapur rumahnya.

"Eh bang, apa termenung lagi ni? Zohor dah lama masuk, pegi la sembahyang." Kata Isterinya yang memang selalu mengingatkannya tentang sembahyang.

"Alaa... kau ni. Aku nak berehat dulu la... sekejap lagi aku sembahyang la." Begitulah selalunya alasan yang Pak Mustapo berikan. Berehat punya berehat, beliau terus lelap dan akibatnya...

"Laa... abang ni, dibantainya tidur pulak hingga waktu zohor dah habih pun abang tak sembahyang lagi." Isterinya terus mengejutkan beliau.

"Eh, ye ke?! Aaahh... takpe la buleh qada' je." Begitulah mudahnya Pak Mustapo menyetelkan masalahnya yang meninggalkan sembahyang itu. Ni la Pak Mustapo ni, kalau pasal sembahyang ambik tak kisah je. Kadang-kadang kalau rasa nak sembahyang beliau akan sembahyang tapi kalau rasa malas beliau langsung tak sembahyang. Sebenamya ramai lagi penduduk dunia ni yang berperangai macam Pak Mustapo tak sembahyang, sedangkan sembahyang tu tiang agama... sesiapa yang tak sembahyang dia telah meruntuhkan agama. Ntah la... tak tau apa sebab diorang buleh jadi macam tu?

Berbalik semula kepada kisah Pak Mustapo ni... ye begitulah tingkah laku Pak Mustapo. Kalau pasal amal ibadat beliau memang tak pemah ambik berat, kalau buat pun setakat ala kadarje. Apa yang beliau tau cuma duit duit... duit... dan duit jee.

"RM... RM... dollar... bilion..."

Suatu hari beliau baru pulang dari pekan.

"Apa hal pulak masa aku lalu depan rumah Haji Din tadi ramai sangat orang kat situ?" Beliau cuba mendapat kepastian dari isterinya.

"Anak dia meninggal eksiden motor... tadi dia ada datang nak suruh abang galikan kubur tapi abang takde. Jadi dia dah suruh Bedul galikan."

"Apaa??" Bedul potong trip aku??!! Cissggrrrkkk!!!!" Dengan marahnya Pak .Mustapo terus berlari melalui semak samun untuk memintas Bedul.
"Haa... itu pun dia!" Akhirnya beliau berjaya memintas Bedul. Pak Mustapo bersembunyi di sebalik semak.

"Nanti kau Bedul... nanti... kali ini aku akan memengsankan kau."
Tanpa Bedul sedari, sebaik saja Bedul melintas di depan tempat persembunyiannya itu, Pak Mustapo terus menyorong sebatang kayu di celah tayar basikal Bedul dan akibatnya terjadilah satu kemalangan ngeri. : "Adui laa..." Bedul berkata dengan penuh kesakitan apabila dia terpelanting dan kepalanya terantuk kat pokok kayu.

"Haa... pengsan pun." Kemudian Pak Mustapo pun pura-pura la tunjuk baik dengan menghantar Bedul balik ke rumah Haji Din.

"Ni haa... aku jumpa Bedul pengsan jatuh basikal."

Akhirya Pak Mustapo berjaya merampas tugas menggali kubur tersebut dari Bedul dan lagi sekali upah yang ditunggu pun menjelma.

"Amacam cukup tak upah tu?" Tanya Haji Din setelah Pak Mustapo menyetelkan kerjanya.

"Cukup... cukup. Okey la aku balik dulu ya..."

Kadang-kadang risau pulak saya tengok abang ni... kerana nakkan duit, abang sanggup menggunakan tektik-tektik kotor macam tu." Isterinya meluahkan rasa tak bestnya atas sikap Pak Mustapo itu.

"Ahhh... kau orang perempuan apa tau. Aku ni haa... yang susah payah cari duit nak bagi korang makan."

Tengah beliau dan isterinya duduk bersembang-sembang tu datang pulak Pak Lebai membawa khabar gembira buat Pak Mustapo tapi khabar sedih bagi orang lain.
"Empat orang sekeluarga meninggal eksiden kereta."

"Apa?! Empat orang satu keluarga mati eksiden. Okey... okey... aku pegi gali sekarang."

Hari itu saja Pak Mustapo berjaya meraih dua ratus ringgit.
"Hoh!! Kaya kita Tipah... yiihaaa!"

Besoknya lagi sekali rezeki mendatangi beliau.

"Lepas subuh tadi Tok Imam meninggal... saya ni menyampaikan pesan isteri dia suruh Pak Mustapo galikan kubur." Bagitau Zaki iaitu anak saudara kepada Tok Imam.

"Ye ke? Okey sekarang jugak aku akan setelkan."

Tengah Pak Mustapo menyiapkan liang lahat kubur tersebut datang seseorang
menyapanya.

"Assalaamu'alaikum Pak Mustapo." "Wa'alaikumsalaam." Pak Mustapo I menjawab salam tanpa menoleh ke arah orang tersebut sambil tu beliau terus melakukan kerjanya.

"Eh! Tak letih ke Pak Mustapo menggali lubang kubur ni?" Orang itu terus bertanya. "Alaaa... setakat lubang kubur ni tak heran aku. Kederat aku ni kederat gladiator kau tau tak." Dengan riaknya Pak Mustapo menjawab bangga.
Kemudian Pak Mustapo naik ke atas untuk berehat dalam seminit dua... sambil tu beliau terus bersembang tapi beliau masih jugak tak menoleh ke arah orang tersebut.

"Hai... dah sampai umur Tok Imam tu ye... dah meninggal dunia dah dia." "Alaa, biasa la tuu... dah tua, mati laa." Selambe je Pak Mustapo menjawab.

"Tapi Pak Mustapo pun dah tua jugak tapi apasal Pak Mustapo hidup lagi?"
"Eh! Yang kau sibuk tanya pasal mati tak mati ni apahal?" Pak Mustapo mula hangin.

Kerana rasa bengkek dengan orang yang menyibuk tanya pasal mati tu Pak Mustapo terus menoleh ke arah suara itu tapi takde siapa pun di situ kecuali batu-batu nesan.

"Eh! Takde sapa pun? Err... habih tu sapa yang bersembang dengan aku tadi ni?"

Tiba-tiba Pak Mustapo terasa seram yang amat sangat... seluruh badannya menggigil ketakutan.

"Gih! Gih! Gih!" Lidah beliau terus kelu akibat ketakutan yang amat sangat.

Dalam keadaan menggigil-gigil ketakutan itu ntah macamana Pak Mustapo telah tergelincir lalu terus jatuh kedalam lubang kubur yang beliau gali itu dan petang itu barulah orang-orang kampung dapat tau tentang Pak Mustapo yang ditimpa tragedi itu tapi sewaktu ditemui beliau telah pergi buat selama-lamanya.

"Kesian... sendiri gali kubur, sendiri mati dalam lubang kubur yang dia gali sendiri." Kata seorang penduduk kampung yang simpati dengan kejadian yang terjadi kat Pak Mustapo tu.

"Kebetulan saiz Pak Mustapo ni sama dengan saiz lubang kubur ni. Aku rasa baik kita pakai lubang ni aje la." Ketua kampung memberi cadangan.

Jenazah Pak Mustapo dibawak balik lalu dimandi dan dikapankan. Setelah disembahyangkan jenazah beliau diusung kembali ke kubur lalu Pak Mustapo pun dikebumikan di dalam lubang kubur yang digalinya sendiri itu. "Habis tu macamana dengan jenazah Tok Imam?" "Apa susahnya... kita gali je la lubang kubur lagi satu." Maka bersemadilah Pak Mustapo bersebelahan dengan kubur Tok Imam.

Walaupun Pak Mustapo tak berhasrat untuk mendiami tempat ini terlalu cepat tapi apakan daya Tuhan yang menentukan segalanya. Kerana kematian itu tak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat. Apabila sampai waktunya, kematian itu pasti datang. Malah kadang-kadang Pak Mustapo buat-buat lupa bahawa tempat yang selalu digalinya itu, pasti akan didiaminya suatu hari nanti. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Pencerita membawa wartawan ke kubur di mana Pak Mustapo bersemadi di liang yang digali olehnya sendiri."

Pokok membengkok elak hempap kereta ulama


Batang Pokok yang Tumbang Lalu Membengkok untuk Selamatkan Kereta seorang Ustaz –
..........................................
Bila baca tajuk memang nampak pelik dan timbul soalan: Macamana batang pokok itu boleh membengkok pula dengan sendirinya? Tapi bila Aku dah baca kisah di bawah nie baru la tahu, tiada apa yang boleh dikata kecuali ucapan Subhanallah dan Allahuakbar.
Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan.
Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan.
Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat.
Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.
Kepada pembaca samada hendak percaya atau tidak itu terserah Anda. Bagi Aku kejadian seperti ini memang boleh berlaku dengan kuasa Allah SWT. Kisah-kisah seperti inilah kadang-kadang mampu membuat kita insaf dan teringat akan keagungan dan kebesaran Allah SWT. Sekian, wallahua’lam.


15/06/2012

Peristiwa Isra' Mikraj Rasulullah S.A.W.


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..










10/06/2012

Mana mak??




Mana mak

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

09/06/2012

Jerawat di badan petunjuk bagi tahap kesihatan seseorang




Kedudukan jerawat di badan menunjukkan tahap kesihatan seseorang

Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

06/06/2012

Adat perkahwinan orang kelantan

Bukan aku post  ni disebabkan aku orang kelantan, tapi sekadar berkongsi maklumat buat siapa2 yang nak cari jodoh dengan orang kelantan


Mungkin istilah ” tidak ada adat “, ” tiada beradat ” , ” tidak mementingkan adat “, ” tidak mengikut adat “, atau seumpamanya itu kurang tepat kerana bagi orang Kelantan, adat itu memang ada dan diutamakan dan yang dikatakan adat itu adalah apa yang telah ditetapkan oleh syarak, baik Al Quran mahupun As Sunnah …

Bak kata orang Minang,

“ Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah, syarak mangato adat mamakai ” *

* ungkapan di atas dikatakan muncul setelah berlakunya krisis pada awal abad ke-19
antara kem tradisionalis Minang yang berpegang erat kepada Hukum Adat khususnya
Adat Perpatih dan lain-lain amalan pra-Islamik, dengan kem Tuanku Imam Bonjol,
seorang reformis Minang yang mahukan Hukum Islam diletakkan mendahului Hukum
Adat di bumi Minang. Apa yang ironik, perselisihan ini berakhir dengan kejatuhan
kuasa politik Orang Minang ke tangan Belanda. Satu kisah sejarah yang cukup
memberikan pengajaran dan wajar dijadikan renungan bersama.

Boleh baca kisahnya di sini …

( Kini wajah Tuanku Imam Bonjol menghiasi nota Rupiah Indonesia 5000 )

Dari ungkapan di atas maka lahir pula, ” Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat “,
yang kini menjadi bahan sindiran sinis, ” kalau mati anak, siapa yang nak bawa adat ? “
oleh ramai pihak, seperti yang saya pernah dengar dari satu lagi yang dibawa oleh
Tan Sri S.M. Salim ( lagu apa yer ? )

Oleh yang demikian, dalam hal nikah kahwin pun, Orghae Kelaté sebenarnya sangat mengikut adat, tetapi setakat mana yang disyarakkan oleh Islam sahaja. Mana yang tidak, akan dinyahkan ( contoh yang paling jelas adalah Adat Bersanding / Menepung Tawar yang telah dilenyapkan oleh Orghae Kelaté kerana dikatakan tidak Islamik dan meniru amalan pra-Islamik i.e. Hindu ) …

Mudah kata, apa yang diungkapkan orang Minang, sebenarnya telah dikotakan oleh orang Kelantan !

Baiklah …

Yang berikut adalah apa yang saya dapat kumpulkan berkenaan adat nikah kahwin di Kelantan.

Dipersilakan beri maklum balas atau teguran jika apa yang saya faham di sini adalah tidak tepat atau perlukan huraian / penjelasan lebih lanjut :

DARIHAL SEBELUM NIKAH :

1) Merisik

Dikatakan tidak berbeza dengan apa yang diamalkan di negeri-negeri lain.

Wakil keluarga si lelaki atau pihak ketiga yang ‘ ditugaskan ‘ oleh pihak lelaki, akan mengadakan lawatan ke rumah keluarga si perempuan.

Sekiranya ” line clear “, adakalanya pihak lelaki akan menghadiahkan sebentuk cincin belah rotan sebagai tanda ” pre-booking ” …

Seterusnya, peminangan ( booking ! ) akan menyusul.

2) Meminang ( Bertunang )

Biasanya Orghae Kelaté tidak menekankan pertunangan.

Biasanya terus kahwin atau bertunang hari ini, esok kahwin. Sebab tak baik simpan lama-lama .. he he ~ ( ” huduh benar duk kileik anok orghae “, kata Orghae Kelaté )

Tetapi bukan bermakna tiada atau ianya sesuatu yang asing.
Bahkan sekarang, saya lihat makin ramai yang nak bertunang dahulu, malah semakin gah, lengkap dengan hiasan ala ala pelamin ( “ manjangae ” kata Orghae Kelaté )

Yang pasti, majoriti majlis pertunangan di Kelantan adalah biasa-biasa sahaja, dan yang boleh dikatakan ” noteworthy ” adalah pada ” hadiah pertunangan ” di mana Orghae Kelaté lebih mengutamakan barangan berbanding pemberian makanan yang diamalkan di sesetengah negeri-negeri lain ( khususnya di sebelah Utara ? ) …

3) Pernikahan

Bagi Orghae Kelaté, ‘ hantaran ‘ akan diangkat dalam akad nikah bersekali dengan mas kahwin yang telah ditetapkan nilainya mengikut negeri.

‘ Hantaran ‘ bagi orang Kelantan adalah hak milik si pengantin perempuan dan tidak boleh disentuh sama sekali sebagai ” Belanja Kahwin ” melainkan mendapat persetujuan si pengantin perempuan ( jangan harap lah ! ) ..

Pendek kata, ” belanja kahwin ” lain cerita !

( cerita ” belanja kahwin ” duduk dalam tajuk seterusnya, ” Darihal Selepas Nikah ” )
Sebuah Majlis Pertunangan di LUAR Kelantan …

DARIHAL SELEPAS NIKAH ( MAJLIS KENDURI ) :

* sebelum tu, jenguk lah ini dulu “ Distinctively KeLaTte : BAEKWOH ” ….

* Baekwoh = Kenduri Kahwin !!

Adalah menjadi kebiasaan di Kelantan, bagi perbelanjaan baekwoh ( belanja kahwin ) di pihak pengantin perempuan tidak ditanggung sepenuhnya ( atau kesemuanya ! ) oleh pihak pengantin lelaki.

Tiada ketetapan seperti yang biasa diamalkan di luar Kelantan di mana pihak lelaki semestinya menanggung kenduri di sebelah pengantin perempuan tetapi sebaliknya tidak berlaku bagi kenduri sebelah pengantin lelaki !

Sebaliknya ” Belanja Kahwin ” di Kelantan di ” cover ” dengan tatacara berikut :

1) Mengaellae / Ngaellae

( Entah lah, apa makna “ Mengaellae ” dalam bahasa standard ? )

Tetamu datang dengan membawa duit hadiah ( duit ngaellae, kata Orghae Kelaté ) dengan menghulurkan terus kepada ibu / bapa pengantin.

Jumlah standard tidak ditetapkan tetapi pemberian antara RM 10 ~ RM 50 adalah paling biasa diamalkan. Bawah daripada jumlah biasa tersebut, biasanya orang malu nak hulur atau tak akan hulur !

( Jangan kasi 50 sen dah la ! )

Niat ngaellae ini dapat diketahui dengan terang dan jelas melalui perkataan “ Walimatul Urus ” atau “ Majlis Perkahwinan ” pada kad jemputan.

2) Ngaellae Baessae

( “ Baessae ” atau dalam bahasa standard, ” Bisan ” atau ” Besan ” )

Bisan saling memberikan duit belanja kahwin berdasarkan jumlah kepala tetamu yang pihak masing-masing ingin jemput.

Contohnya, majlis kahwin diadakan di pihak lelaki, ibu bapa pihak perempuan mahu menjemput 100 orang dari kalangan kenalannya ke majlis pihak lelaki itu, atas kos RM 15 sekepala. Maka, dia akan beri RM 1500 belanja kahwin kepada pihak lelaki atas nama “ngellae baessae”.

Dalam erti kata mudah, masing-masing saling menanggung kos majlis kahwin di kedua-dua belah pihak.

3) Majlis Kesyukuran

Tetamu dijemput datang untuk dijamu dan diraikan sahaja.

Duit ngaellae tidak diharapkan bahkan adakalanya menjadi ” taboo ” jika dihulur. Sekiranya terhulur juga, tuan rumah akan menolak dengan sopan, dengan ayat seperti,

“ Eh, bukae wak ngaellae nih, kesyukurae jah. Sippae sippae ~ ”.

Tiada ketetapan siapa yang perlu menanggung kos majlis.
Biasanya ditanggung oleh ibu bapa ( jika kaya raya ! ) atau pengantin atau kedua-dua, hanya di pihak yang ingin mengadakan majlis. Mudah kata, pihak lelaki tanggung sendiri majlis di pihak lelaki, dan begitulah sebaliknya di pihak perempuan ( jika dia mahu adakan kesyukuran dan bukan ” ngaellae ” ).

Namun demikian, adalah sopan jika tetamu datang dengan membawa hadiah berupa barangan kepada pengantin dan bukannya berlenggang dengan tangan kosong. Kalau di kampung-kampung, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan gula, susu pekat manis atau beras segantang ….

Niat ” kesyukuran ” ini dapat dibaca dari perkataan ” Majlis Kesyukuran ” yang tertera pada kad jemputan.

( Saya dapati trend Majlis Kesyukuran semakin popular di Kelantan pada masa sekarang, tidak kira di pihak lelaki mahupun perempuan )

4) Ngennar

Terbitan dari perkataan ” memperkenal “.

Keluarga pengantin akan mengumumkan, semasa majlis kenduri berlangsung, kepada sekalian tetamu untuk masuk bertemu, bersua muka dan berkenalan dengan pengantin.

Semasa masing-masing bersalam dengan pengantin, sampul berisi wang akan diselitkan ke tangan pengantin, dan wang tersebut adalah bagi maksud perbelanjaan kenduri kahwin berkenaan dan biasanya bukan bagi simpanan peribadi pengantin.

( Lebih kurang macam “ ngaellae ” jugak laa … )

KESIMPULAN

Adat perkahwinan Orghae Kelaté boleh disimpulkan :

1) Demi memudahkan ….

Mengutamakan kelancaran proses nikah kahwin itu sendiri dengan niat bagi  memudahkan dan menggalakkan orang bernikah kahwin selain turut bertujuan  menjaga hubungan antara pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan.
2) Bukan Untuk Dijual !

Tidak mahu mewujudkan sangkaan ” jual mahal ” atau ” jual anak “  ( seolah ingin ” memeras ” pihak lelaki dengan ” tebusan ” dsb ).  Bagi Orghae Kelaté, kedua-dua pihak dilihat perlu saling berkorban, yakni saling rugi  dan saling untung, demi ‘ mendirikan masjid ‘ …  Pendek kata, Mek Kelaté tidak ” demanding ” ! Eheh ~
3) ” Awae, carghi orghae Kelate lah ! “

Peningkatan Orghae Kelaté yang berkahwin dengan ‘
orghae luwaa

 ’  ( bukan Anak Kelantan ) menyebabkan berlakunya ” pertembungan budaya “  yang tidak kurang malah sering juga mencetuskan keresahan di pihak Orghae  Kelaté, khususnya bagi kaum lelaki, sehingga menyebabkan ayat berikut  menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa di Kelantan pada masa kini :  “
Awae, carghi orghae Kelate lah, mudoh bassor sennae kirgho …

 ”  He he he he ~
Diulangi, apa yang saya nyatakan di sini hanyalah dari tinjauan, pemantauan dan temubual sendiri sahaja.



01/06/2012

Mutiara kata para ulama



Mutiara Kata Para Ulama :
Berkata Ulama Solihin :
“Awali gerakmu dengan “Bismillahirrahmannirrahim”"

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos :
“Apakah kamu mahu tahu kunci-kunci syurga itu ? Kunci Syurga sebenarnya adalah “Bismillahirramanirrahim”

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos :
“Berziarahlah kamu kepada orang-orang soleh! Karena orang-orang soleh adalah ubat hati”

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos :
“Sebaik-baiknya teman adalah Al-Qur’an! dan seburuk-buruknya teman adalah syaitan!”

Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad :
“Orang yang berjaya adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik.”

Berkata Al Habib Umar Bin Hud Al Atthos :
“Bos yang wajib di patuhi adalah Allah SWT”

Berkata Al Habib Sholeh Bin Muhsin Al Hamid (Tanggul) :
“Kunci kekayaan adalah sedekah, dan kunci kemiskinan adalah bakhil”

Berkata Imam Ghazali :
“Cermin Manusia adalah Nabi Muhammad SAW”

Berkata Al Habib Abdullah Bin Abdull Qadir Bin Ahmad Balfaqih :
“Sebaik-baiknya ilmu adalah ilmu fiqih”

Berkata Al Habib Muhsin Bin Abdullah Al Atthos :
“Semua para wali di angkat kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, dengki, dan selalu rendah diri”

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas :
“ Guru yang paling bertaqwa adalah Nabi Muhammad SAW, dan Rasulullah bersabda : “ Aku di didik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas :
” Terangi rumahmu dengan lampu, dan terangi hatimu dengan Al-Qur’an”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas :
” Bermaksiatlah sepuas kamu kerana pasti kamu akan mati, dan beramal solehlah pasti kamu akan mati “.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas :
” Jadikan akalmu, hatimu, rohmu, jasadmu, kerana bila semua terisi dengan namaNya berbahagialah kamu “.

Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Al Haddad :
“ Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang soleh, kerana mereka bagai bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit “.

Berkata Ustadzul Imam Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih :
“ Jadilah orang-orang yang soleh, kerana orang-orang yang soleh akan bahagia di dunia dan akhirat . Dan jadilah orang-orang yang benar, jangan menjadi orang yang pintar, karena orang yang pintar belum tentu benar, tetapi orang yang benar sudah pasti pintar “.

Berkata Al Habib Abdurrahman Bin Ahmad Assegaf (Sayyidil Walid ) :
“ Ilmu itu bagai lautan dan tak akan ada yang mengenalnya kecuali merasakannya “.

Berkata Syekh Abu Bakar Bin Salim (Seorang Tokoh Besar di Negeri Yaman, di Kampung Inat) :
“Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, karena engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari”.

Berkata Sayidina Ali Bin Abu Tholib Ra :
“Bukanlah seorang pemuda yang membanggakan harta dan kedudukan ayahnya, tetapi seorang pemuda yang berkata inilah aku (Beramal Soleh)”.

Berkata Imam Syafi’i :
“Cintailah orang soleh, karena mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad SAW, karena dia kekasih Allah SWT, dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang Soleh”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
“Istiqomah didalam agama menjauhkan kesedihan dan ketakutan”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
“Orang yang buta bukan orang yang melihat banyaknya harta, akan tetapi, yang disebut orang buta, orang yang tak mahu melihat ilmu agama”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
“Ilmu mendatangkan amal, amal membukakan ikhlas, maka ikhlas mendatangkan keridho’an”.

Berkata Imam Syafi’i :
“Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tak masuk kepada kemaksiatan”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
“Pemuda yang baik adalah pemuda yang berakhlak :
1. Ta’at kepada Allah SWT.
2. Ta’at kepada Nabi Muhammad SAW.
3. Ta’at kepada orang tua.
4. Ta’at kepada ulama.”.

Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) :
“Kunci kejayaan ada tiga, yaitu :
1. Menuntut ilmu dan beramal.
2. Istiqomah dan sabar.
3. Saling menghormati.”