Apa itu Istidraj?
Ia adalah pemberian nikmat dari Allah kepada hamba-Nya yang
ingkar supaya hamba-Nya itu semakin jauh sesat. Dalam keadaan ini, orang yang
telah di Istidraj akan merasakan dirinya seolah-olah mendapat kasih sayang dari
Allah walaupun sering melakukan dosa.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu
melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat
maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”.
(Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang
menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang
menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA.
Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?
Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak memberikannya syurga, maka AKU suka
mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.
No comments:
Post a Comment