Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke
atas anak-anak.
Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah
berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor
tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.
Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan
Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir
pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan
kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang
sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi
berbanding kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu
membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak,
dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk
anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara
anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;
1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang)
berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas
tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar
tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk,
kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam
dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa
penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran
perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu
membantu skill motor mereka.
No comments:
Post a Comment