Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

28/04/2013

Istidraj - bukan nikmat tapi azab!


Apa itu Istidraj?



Ia adalah pemberian nikmat dari Allah kepada hamba-Nya yang ingkar supaya hamba-Nya itu semakin jauh sesat. Dalam keadaan ini, orang yang telah di Istidraj akan merasakan dirinya seolah-olah mendapat kasih sayang dari Allah walaupun sering melakukan dosa.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak memberikannya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

24/04/2013

Know about Types of Headaches..


Mendidik anak dengan solat dan al-quran


Pendidikan solat dan al Qur'an



Ramai di kalangan kita adalah ibu bapa yang sibuk disebabkan komitmen kerjaya masing-masing. Acap kali kita tidak dapat memberikan fokus kepada anak-anak kita sendiri yang sedang membesar.

Mereka memerlukan belaian kasih sayang dan didikan yang seoptimanya daripada kita sendiri. Guru-guru di sekolah dan pembantu di rumah pada hakikatnya tidak akan dapat mengganti 'peranan' ibu bapa dalam membesarkan anak-anak ini tetapi lebih berperanan sebagai 'complement'.

Walau bagaimana sibuk sekali pun, pendidikan al Qur'an dan amalan solat seharian anak-anak ini harus diberikan perhatian yang lebih serius oleh ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya berjaya dalam erti kata yang sebenar dan lebih 'holistik'.

Semoga Allah memudahkan urusan dunia kita dan menjadikannya sebagai ladang yang akan menyediakan bekalan kita di masa depan terutamanya untuk kehidupan di akhirat kelak.

23/04/2013

Panduan buat pengantin baru!


PANDUAN BUAT PENGANTIN BARU..

Apabila dua mempelai di ijabkabulkan
Terjadilah sudah dua suami isteri secara halal,
Ia diberi nama pengantin baru,
Bermulalah dua jenis manusia hidup di alam baru.

Pengantin baru disatu segi hidup terhibur
Di sudut lain pula tanggungjawab baru muncul,
Apabila ada anak tanggungjawab lebih mencabar,
Rumah tangga akan hancur jika tidak bersabar..

Di ucapkan pengantin baru melayari kapal kehidupan
Di nasihatkan melayari kapal kehidupan dengan bijaksana,
Hiduplah di dalam suasana kasih sayang dan berkerjasama,
Agar kapal kehidupan belayar didalam keadaan saksama..

Cintailah Allah didalam kehidupan,
Syariat Tuhan jadi kan panduan,
Takutilah Allah didalam pergaulan,
Ia merupakan anak kunci,kedamaian dan kebahagiaan..

Jika ada masalah didalam keluarga berbincanglah bersama,
Bertolak ansurlah didalam keluarga,
Suami hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga,
Isteri dan anak2 hendaklah taat setia...


Bahaya Gadjet terhadap anak-anak!


Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak.

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.