Nampaknya yahudi Israel masih tak belajar dari sejarah
kekalahan mereka pada perang 22 hari 2008 yg lalu dan masih mengulangi
kesilapan yang sama pada tahun 2012 ni..
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam
mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta
bantuan serangan dari udara dan laut. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.
Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus
berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar
Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid
Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji
As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza dahulu, berikut
adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada
saya :
-Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah
kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu
ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba
burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan
berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga
segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di
tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
-Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan
tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara
sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat
mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
-Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang
mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan
besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi
serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab
Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
-Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan
ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur
oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila
diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
-Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan
televisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai
pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
-Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera
HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen
memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
-Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap
pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid
dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki.
Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang
dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt
menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada
hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad
ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati
jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu.
Kain kafannya masih putih bersih. Beliau adalah salah seorang pengasas dan
pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda
keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas
kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu,
sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. “ (Fussilat:52).
No comments:
Post a Comment