Sebelum solat, capailah berus sugi/bersiwaklah kerana
offer/ganjaran daripada Allah sungguh besar. ^^
Keutamaan siwak daripada kategori bersuci ini sangat
ditekankan oleh Nabi s.a.w. berikutan pada suatu hadis daripada Baginda s.a.w.
yang bermaksud:
"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan
memerintahkan mereka agar bersiwak setiap kali solat."
(riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, kitab Taharah
Rasulullah s.a.w.: Bab tentang siwak).
Jadi, boleh juga amalkan hadis ini:
-sebelum mengambil wuduk,
-sebelum solat (amat digalakkan),
-sebelum membaca Al-Quran,
-selepas bangun tidur,
-apabila mulut berbau busuk. Daripada Huzaifah r.a.
meriwayatkan, bermaksud: "Rasulullah s.a.w. apabila bangun tidur akan
menggosok mulutnya ddengan siwak." (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih
al-Bukhari, kitab Wuduk: Bab siwak. Juga rujuk al-Muhazzab, Abu Ishaq
al-Syirazi, Jil.1 halaman 66)
-semasa bermusafir,
-zikrullah,
-sebelum dan selepas makan.
Antara hikmah dan faedah bersugi:
-mendapat keredhaan Allah s.w.t, insyaAllah...
-membersihkan gigi, lidah dan mulut
-melindungi daripada kerosakan gigi
-menguatkan gusi dan gigi
-menghilangkan bau busuk mulut
-menambah selera makan
-mencerahkan mata
Adab-adab bersugi (dengan menggunakan berusugi):
-Berniatlah bersugi untuk mendapatkan keredhaan Allah
s.w.t..
-Baca bismillah dan selawat Nabi.
-Basuh bersugi sebelum dan seleaps digunakan.
-Sebolehnya jangan baring semasa sedang bersugi. Tercekik
kang baru tau.
-Elakkan meletakkan berusugi dalam keadaan melintang atau
berbaring. Sebaiknya tegakkan ia di dalam gelas atau di dalam poket
baju/seluar.
-Tidak perlu menggunakan kedua-dua belah hujung berus.
-Jangan bersugi atau simpan berusugi di dalam tandas.
Kehebatan kayusugi ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan
manusia.
-Alasan sesetengah orang yang berkata menggunakan kayusugi
adalah ketinggalan zaman adalah tidak tepat sama sekali. Ia bukan soal cara
peenggunaan ataupun bahan yang digunakan itu adalah cara lama, tetapi
sebenarnya manfaat itu terdapat pada bahan semulajadi itu sendiri, iaitu
ekstrak yang terdapat pada kayusugi.
Terdapat beberapa kajian yang membuktikan, hasil daripada
penyelidikan oleh sekumpulan pakar pergigian yang terdiri daripada Ahed
Mohammed al-Wahadni, Mahmoud Khaled al-Omari dan Makoto Kawamura yang telah
menjalankan kajian mereka ke atas kayusugi (atau lebih dikenali sebagai miswak)
serta keberkesanannya atau manfaatnya terhadap kebersihan mulut dan gigi.
Berdasarkan kepada kajian ini, mereka mendapati dan
merumuskan bahawa miswak berfungsi secara efektif untuk membersihkan mulut dan
gigi secara semulajadi. Antara faedahnya ialah:
-TRIMETHYLAMINE - berguna untuk menghilangkan karang gigi
dan kotoran, juga sebagai anti bakteria, anti inflamasi, dan mampu menstimulasi
gingiva (gusi).
-KLORIDA (chloride) - sebagai penghalang pembentukan
calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik daripada gigi.
-FLORIDA (flouride) - berfungsi untuk menguatkan enamel
gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion
flour juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak
gigi.
-SILIKA - suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu
membersihkan gigi kerana ssilika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat
menghilangkan kotoran.
-VITAMIN C - membantu penyembuhan dan pembaikan jaringan
gusi.
-TANNIN - atau molekul phenolic yang mengandungi zat
astringen yang dapat melindungi gingiva.
-SAPONIN - mempunyai sifat seperti sabun yang dapat
melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti inflamasi (peradangan) dan
anti mikrob.
-FLAVONOIDS - berfungsi menguatkan gingiva dan dapat
mengurangi inflamasi (keradangan).
-STEROL - dapat mengurangi penumpukan plak.
-SALVADORINE - berfungsi sebagai anti bakteria, anti
inflamasi dan gingiva stimulating.
-RESINS - adalah produk amorphous yang membentuk lapisan
pelindung untuk mencegah gigi daripada karies.
-SULFUR - bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk
melindungi gigi daripada karies.
-KOMPONEN ANIONIK ANTIBAKTERIA. - adalah sulphate, chloride
dan thiocyanate.
Subhanallah, begitu besar ciptaan Allah. Usah dipandang
kecilnya sesuatu ciptaan itu tetapi lihatlah Besarnya Allah Yang Maha Mencipta,
yang mencipta sesuatu itu yang tidak pernah tersia-sia untuk kegunaan manusia
dan bermanfaat bagi seluruh alam. Kan?
Jadi, ayuh, bersihkan mulut dan gigi dengan bersugi.
Tidak semestinya MESTI menggunakan kayu sugi, tetapi boleh
juga membersihkan mulut dan gigi dengan menggunakan berus gigi, dibantu dengan
ubat-ubat gigi yang bermacam-macam jenis, atau benang flos. Tetapi yang paling
afdhal sudah tentulah kayu sugi (miswak). InsyaAllah, kita sama-sama amalkan.
No comments:
Post a Comment