8 Manfaat Makanan Pedas
Setiap orang mempunyai cara makanan dan pola makanan yang
berbeza. Hanya harus pandai mengimbangi makanan mengikut piramid makanan untuk
mendapatkan nutrient yang seimbang untuk tubuh badan.
Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu
juga dengan makanan pedas.
Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang,
tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.
Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut
perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan
makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.
1. Melancarkan pernafasan
Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai
masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan
penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.
2. Menjaga mood
Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang
memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu
membantu mengurangkan depresi dan stress.
3. Mencegah Kanser
Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas
akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat
menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan
pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan
sel di sekitarnya.
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin
juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia.
Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh
memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk
memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap
kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Memperbaiki fungsi penghadaman
Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan
aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu
membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.
Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas)
setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di
perut.
5. Menghilangkan Gejala Selsema
Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan
menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu
membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala
selsema yang lain.
6. Menyihatkan jantung
Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan
darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh
mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah
dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas
menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.
Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari
kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan.
Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
7. Turunkan berat badan
Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang
boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia
yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih
cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan
dalam meningkatkan denyutan jantung.
Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan
pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih
terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.
8. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan
dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke
seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang
lebih kuat.
No comments:
Post a Comment