Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

27/10/2012

8 kelebihan makanan pedas


8 Manfaat Makanan Pedas



Setiap orang mempunyai cara makanan dan pola makanan yang berbeza. Hanya harus pandai mengimbangi makanan mengikut piramid makanan untuk mendapatkan nutrient yang seimbang untuk tubuh badan.

Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas.
Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.

Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.

1. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.

2. Menjaga mood

Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.

3. Mencegah Kanser

Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.

Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Memperbaiki fungsi penghadaman

Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.

Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.

6. Menyihatkan jantung

Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.

Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

7. Turunkan berat badan

Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.

Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.

24/10/2012

Kelebihan bersugi/bersiwak


Sebelum solat, capailah berus sugi/bersiwaklah kerana offer/ganjaran daripada Allah sungguh besar. ^^
Keutamaan siwak daripada kategori bersuci ini sangat ditekankan oleh Nabi s.a.w. berikutan pada suatu hadis daripada Baginda s.a.w. yang bermaksud:

"Sekiranya tidak membebankan umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka agar bersiwak setiap kali solat."
(riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, kitab Taharah Rasulullah s.a.w.: Bab tentang siwak).

Jadi, boleh juga amalkan hadis ini:
-sebelum mengambil wuduk,
-sebelum solat (amat digalakkan),
-sebelum membaca Al-Quran,
-selepas bangun tidur,
-apabila mulut berbau busuk. Daripada Huzaifah r.a. meriwayatkan, bermaksud: "Rasulullah s.a.w. apabila bangun tidur akan menggosok mulutnya ddengan siwak." (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Wuduk: Bab siwak. Juga rujuk al-Muhazzab, Abu Ishaq al-Syirazi, Jil.1 halaman 66)
-semasa bermusafir,
-zikrullah,
-sebelum dan selepas makan.

Antara hikmah dan faedah bersugi:
-mendapat keredhaan Allah s.w.t, insyaAllah...
-membersihkan gigi, lidah dan mulut
-melindungi daripada kerosakan gigi
-menguatkan gusi dan gigi
-menghilangkan bau busuk mulut
-menambah selera makan
-mencerahkan mata

Adab-adab bersugi (dengan menggunakan berusugi):
-Berniatlah bersugi untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t..
-Baca bismillah dan selawat Nabi.
-Basuh bersugi sebelum dan seleaps digunakan.
-Sebolehnya jangan baring semasa sedang bersugi. Tercekik kang baru tau.
-Elakkan meletakkan berusugi dalam keadaan melintang atau berbaring. Sebaiknya tegakkan ia di dalam gelas atau di dalam poket baju/seluar.
-Tidak perlu menggunakan kedua-dua belah hujung berus.
-Jangan bersugi atau simpan berusugi di dalam tandas.

Kehebatan kayusugi ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan manusia.
-Alasan sesetengah orang yang berkata menggunakan kayusugi adalah ketinggalan zaman adalah tidak tepat sama sekali. Ia bukan soal cara peenggunaan ataupun bahan yang digunakan itu adalah cara lama, tetapi sebenarnya manfaat itu terdapat pada bahan semulajadi itu sendiri, iaitu ekstrak yang terdapat pada kayusugi.

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan, hasil daripada penyelidikan oleh sekumpulan pakar pergigian yang terdiri daripada Ahed Mohammed al-Wahadni, Mahmoud Khaled al-Omari dan Makoto Kawamura yang telah menjalankan kajian mereka ke atas kayusugi (atau lebih dikenali sebagai miswak) serta keberkesanannya atau manfaatnya terhadap kebersihan mulut dan gigi.

Berdasarkan kepada kajian ini, mereka mendapati dan merumuskan bahawa miswak berfungsi secara efektif untuk membersihkan mulut dan gigi secara semulajadi. Antara faedahnya ialah:

-TRIMETHYLAMINE - berguna untuk menghilangkan karang gigi dan kotoran, juga sebagai anti bakteria, anti inflamasi, dan mampu menstimulasi gingiva (gusi).

-KLORIDA (chloride) - sebagai penghalang pembentukan calculus dan membantu menghilangkan stain ekstrinsik daripada gigi.

-FLORIDA (flouride) - berfungsi untuk menguatkan enamel gigi, mendukung remineralisasi sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flour juga membentuk kesan penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.

-SILIKA - suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana ssilika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.

-VITAMIN C - membantu penyembuhan dan pembaikan jaringan gusi.

-TANNIN - atau molekul phenolic yang mengandungi zat astringen yang dapat melindungi gingiva.

-SAPONIN - mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat digunakan sebagai anti inflamasi (peradangan) dan anti mikrob.

-FLAVONOIDS - berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (keradangan).

-STEROL - dapat mengurangi penumpukan plak.

-SALVADORINE - berfungsi sebagai anti bakteria, anti inflamasi dan gingiva stimulating.

-RESINS - adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk mencegah gigi daripada karies.

-SULFUR - bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi daripada karies.

-KOMPONEN ANIONIK ANTIBAKTERIA. - adalah sulphate, chloride dan thiocyanate.

Subhanallah, begitu besar ciptaan Allah. Usah dipandang kecilnya sesuatu ciptaan itu tetapi lihatlah Besarnya Allah Yang Maha Mencipta, yang mencipta sesuatu itu yang tidak pernah tersia-sia untuk kegunaan manusia dan bermanfaat bagi seluruh alam. Kan?

Jadi, ayuh, bersihkan mulut dan gigi dengan bersugi.
Tidak semestinya MESTI menggunakan kayu sugi, tetapi boleh juga membersihkan mulut dan gigi dengan menggunakan berus gigi, dibantu dengan ubat-ubat gigi yang bermacam-macam jenis, atau benang flos. Tetapi yang paling afdhal sudah tentulah kayu sugi (miswak). InsyaAllah, kita sama-sama amalkan.

20/10/2012

Perubahan tahap kesihatan menerusi warna kuku


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung. Dr Philip Fleckman, dermatologi dari Universiti Washington menggunakan kuku pesakitnya untuk melihat tahap kesihatannya. Caranya adalah dengan memerhatikan warna kuku.

1. Kuku berwarna merah jambu - merupakan suatu petanda kuku sihat.

2. Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat - merupakan tanda kekurangan zat besi dan berkemungkinan mempunyai penyakit kronik.

3. Kuku berwarna gelap di bahagian luar menandakan adanya risiko penyakit ginjal.

4. Kuku warna kebiru-biruan atau 'cyanosis' - menunjukkan bahawa hemoglobin yang membawa oksigen di dalam darah mengalami kekurangan oksigen.

5. Kuku yang berwarna kuning - biasanya merupakan reaksi terhadap bahan-bahan kimia atau asap rokok. Sindrom kuku berwarna kuning dapat dipastikan dengan pertumbuhan kuku yang tebal dan lambat selain adanya gejala batuk dan sinus. Ia menunjukkan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun tidak semua perubahan warna kuku menunjukkan penyakit. Beberapa kuku yang berwarna keputih-putihan dan tebal merupakan kuku normal, berkaitan dengan usia. Garis vertikal dan bintik kecil putih juga adalah sesuatu yang normal.

14/10/2012

MCA Anti Islam...


MCA Anti Islam

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
 • Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
 • Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
 • Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut :

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”

“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.

 7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”

 8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

 9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

 10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

 11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

 12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

11/10/2012

10 wanita yang dirindukan syurga.


10 wanita yang dirindukan syurga.



Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Oleh itu marilah wahai kaum wanita merebut peluang yang sedikit itu

1) Wanita yang taat menjalankan agama.

Siapa yang tak kenal istri Fir'aun, seorang wanita yang taat berpegang teguh dengan agama AllahSWT sekalipun dia hidup di bawah seorang suami yang kafir. AllahSWT memberi gambaran yang indah dalam firmanNya : "Dan Allah membuat istri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata, "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Firdaus, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim" (QS at-Tahrim (66): 11).

2. Wanita yang berhias dengan amal soleh.

"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar (QS al-Ahzab (33): 35).

3. Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.

AisyahRA berkata, "Ada seorang wanita yang datang menemuiku sambil membawa kedua putrinya. Dia datang untuk meminta. Saat itu aku tidak punya apapun selain sebutir kurma. Akhirnya aku tetap memberikannya kepada wanita tersebut. Lantas wanita tadi membelah sebutir kurma menjadi dua untuk diberikan kepada kedua putrinya. Wanita tersebut tidak makan sama sekali, kemudian berdiri dan pergi. Lalu NabiSAW masuk menemuiku, maka aku pun menceritakan perihal wanita tersebut, mendengar hal tersebut lantas NabiSAW bersabda : Barang siapa diuji dengan anak-anak perempuan dengan sesuatu, kemudian dia tetap berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut boleh menjadi penghalang baginya dari api neraka"

4. Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.

Jalan menuju syurga bagi kaum wanita sangat terbuka lebar. Di antara amalan yang dapat mengantarkan seorang wanita ke dalam syurga adalah dengan menjaga solat lima waktu, puasa Ramadhan, menjaga kemaluan dan kesucian dirinya serta taat kepada suami. RasulullahSAW bersabda : Apabila wanita solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, dia menjaga kemaluannya, menaati suaminya, maka akan dikatakan padanya, "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau kehendaki"

5. Wanita yang sabar menerima penyakit.

Menurut hadits Atha' bin Abi Rabbah RA berkata : Ibnu Abbas RA pernah bercerita kepadaku, "Maukah aku tunjukkan kepadamu wanita penghuni syurga? Ada seorang wanita yang datang kepada NabiSAW dan berkata, "Wahai Nabi, aku menderita penyakit sejenis ayan, apabila penyakit itu kumat aku tidak sadar sampai membuka auratku, berdo'alah kepada Alla agar menyembuhkanku,'NabiSAW berkata, Apabila kamu mau bersabar maka bagimu syurga, tetapi apabila tidak maka aku boleh mendo'akanmu kepada Allah.' Wanita tadi menjawab.' Baiklah aku bersabar, tetapi do'akan agar aku tak sampai membuka aurat.' NabiSAW pun mendo'akannya."

6. Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.

Abu Hurairah ra berkata."Ada yang bertanya kepada RasulullahSAW, ' Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang rajin solat malam dan puasa di siang hari serta bersedekah juga, tetapi dia menyakiti tetangganya dengan lisannya!' Maka RasulullahSAW menjawab,"Tidak ada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka!' Mereka bertanya kembali,'Di sana ada seorang wanita yang hanya solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, tetapi dia tidak pernah menyakiti siapa pun?'RasulullahSAW menjawab.'Dia penghuni syurga'.

7. Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.

RasulullahSAW bersabda : Maukah kalian aku khabarkan tentang para wanita penghuni syurga? Iaitu wanita yang pengasih, banyak anak, dan berperilaku baik. Jika ia dizalimi (suaminya marah kepadanya), atau ia berbuat zalim (kepada suaminya) ia akan berkata, "Ini tanganku berada di tanganmu. Aku tidak boleh memejamkan mataku hingga engkau redha padaku".

8. Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.

Hushain bin Muhshin ra berkata: Orang gajiku telah menceritakan kepadaku, "Aku pernah datang menemui RasulullahSAW untuk sebuah keperluan, RasulullahSAW berkata, 'Ada apa ini, apakah engkau punya suami?' Aku menjawab,'Ya', RasulullahSAW kembali bertanya,'Bagaimana ketaatanmu kepadanya?'Aku menjawab.'Aku tidak pernah meremehkan ketaatan dan penganbdian kepadanya, kecuali jika aku tidak mampu.'RasulullahSAW menjawab,'Lihatlah dirimu,sejauh mana kedudukanmu di mata suamimu,dia adalah syurga dan neraka bagimu.'

9. Wanita yang menyayangi binatang.

Alkisah, ada seekor anjing sedang berada di sekitar sumur air. Anjing itu hampir-hampir mati karena kehausan. Tidak jauh dari sumur, ada seorang wanita pezina dari kalangan Bani Israil. Lantas, dengan sigap wanita itu pun melepas sepatunya dan mengambil air dari sumur, kemudian meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Akhirnya, wanita tersebut diampuni AllahSWT disebabkan perbuatannya (memberi minum anjing).

10. Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.

AllahSWT berfirman : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS at-Taubah (9):71)
Syaikh Ibnu Utsaimin ra mengatakan, "Di dalam ayat ini terdapat dalil bahwasanya tugas amar ma'ruf nahi munkar bukan hanya khusus bagi laki-laki saja, bahkan kaum wanita juga wajib untuk memerintahkan kebaikan dan mencegah dari yang munkar. Akan tetapi, hal itu dilakukan di medannya kaum wanita, perkumpulan kaum wanita, bukan di perkumpulan kaum lelaki atau di pasar yang banyak kaum lelakinya."

Kisah seorang pelajar yg suka makan...


Kisah Orang yang suka makan


Alkisah dua orang pelajar tengah makan malam. Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B. Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.

Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!

Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . .

Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
A: Tadi kata berpasangan?
B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3 ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.
A: . . .

Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
A: Nafsu pulak . . .

A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
A: Kuat betul nafsu engkau!
B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
A: Pandai-pandai je...

Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
A: Hai... solat sunat pulak ke?
B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
A: . . .

A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
A: Hebat gila selera engkau.
B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
B: Apa dia?

A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke nabi bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?

B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!

A: (tepuk dahi kuat-kuat)

Kesimpulan:
Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!