Awas! Bahaya Merokok Sebaik Berbuka!!
Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa
maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok
ketika Ramadan.
Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang
berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau
makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik
sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat
berkenaan.
Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang
terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata
seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al
Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.
Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan
oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran
oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan
darah menjadi beku.
Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus
meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan
jantung dan meningkatkan kolesterol.
Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu
berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.
No comments:
Post a Comment