Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

13/02/2012

Berkat bersedekah tak kena tempat...



Kisah Sedekah Yang Salah Penerima
Suatu ketika, Rasulullah Shalallhu 'Alaihi Wasallam, seperti yang kerap beliau lakukan, berbincang-bincang dengan para sahabat di serambi Masjid Nabawi, Madinah. Selepas berkongsi sapa dengan mereka, beliau Shalallhu 'Alaihi Wasallam berkata kepada mereka,

"Suatu ketika ada seorang lelaki berkata kepada dirinya sendiri, 'Malam ini aku akan bersedekah!' Dan, benar, malam itu juga dia memberikan sedekah kepada seorang perempuan yang tak dikenalnya. Ternyata, perempuan itu seorang penzina. Sehingga, kejadian itu menjadi perbincangan khalayak ramai.


"Akhirnya, khabar tersebut sampai juga kepada lelaki itu. Mendengar khabar yang demikian, lelaki itu bergumam, 'Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu.Ternyata, sedekahku jatuh ke tangan seorang pezina. Kerana itu, aku akan bersedekah lagi! '

"Maka, lelaki itu kemudian mencari seseorang yang menurutnya layak menerima sedekah. Ternyata, penerima sedekah itu, tanpa diketahuinya, adalah orang kaya. Sehingga, kejadian itu lagi-lagi menjadi perbincangan khalayak ramai, lalu sampai juga kepada lelaki yang bersedekah itu.

"Mendengar khabar yang demikian, lelaki itu pun bergumam, 'Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu. Ternyata, sedekahku itu jatuh ke tangan orang kaya. Kerana itu, aku akan bersedekah lagi! '

Maka, dia kemudian, dengan cermat, mencari seseorang yang menurutnya layak menerima sedekah. Ternyata, penerima sedekah yang ketiga, tanpa diketahuinya, adalah seorang pencuri. Tak lama berselang, kejadian itu menjadi perbincangan khalayak ramai, dan khabar itu sampai kepada lelaki yang bersedekah itu.

Mendengar kabar demikian, lelaki itu pun mengeluh, 'Ya Allah! Segala puji ha-nya bagi-Mu! Ya Allah, sedekahku ternyata jatuh ke tangan orang-orang yang tak kuduga: penzina, orang kaya, dan pencuri! '

"Lelaki itu kemudian didatangi (malaikat utusan Allah) yang berkata," Sedekahmu telah diterima Allah. Bisa jadi penzina itu akan berhenti berzina kerana menerima sedekah itu. Boleh jadi pula orang kaya itu mendapat pelajaran kerana sedekah itu, lalu dia menyedekahkan sebahagian rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya. Dan, boleh jadi pencuri itu berhenti mencuri selepas menerima sedekah itu. "


No comments:

Post a Comment