:: USRAH ::
Usrah bukannya bermaksud "Aku dan geng aku
sahaja". Tapi bermakna, "Aku, geng aku, dan geng orang lain ajak join
sekali."
Kalau "aku dan geng aku sahaja", tu bukan 'bulatan
gembira' tapi 'bulatan ko syok sendiri dengan geng ko je. ko gelak gembira
lompat2 pegang tangan main pusing2 dalam bulatan dengan geng ko je.'
Sebab apa usrah tidak berkesan? Sebab dari dulu pun geng
dia. Geng kopiah dengan geng kopiah. Geng dakwah dengan geng dakwah. Geng
Islamik dengan geng Islamik. Geng tudung labuh dengan gengnya. Geng purdah
dengan gengnya. Balik-balik geng yang sama. Tak ada muka baru.
Kalau nak usrah tu, janganlah duk main geng sangat. Jangan
pilih bulu, misalnya "Dia ni tak boleh ni masuk usrah kita, dia pakai
jeans pakai shirt tudung singkat je.."
Usrah adalah buat orang lain macam keluarga kita, layan
dengan baik, kongsi pendapat dan pandangan, ko betulkan aku, aku betulkan ko,
ko nasihat aku, aku nasihat ko, aku berlapang dada, ko berlapang dada.
Usrah, bukannya nak tubuh geng. :)
No comments:
Post a Comment