SESETENGAH kita menganggap bahawa tidur sebentar pada waktu
siang adalah sifat orang malas atau menganggap rutin tidur sebegini mengganggu
kesihatan. Namun, sedarkah kita bahawa tidur pada waktu siang adalah suatu
amalan harian yang dipraktikkan masyarakat di negara Barat mahupun umat Islam
sejak dulu.
Ia dianggap sebagai praktikal untuk menyegarkan semula badan
dan minda yang juga dipanggil sebagai ‘power nap’. Peri pentingnya isu ini
menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat membangunkan ‘National Sleep Disorder
Association’ sebagai agensi khas untuk mengkaji dan menghebahkan kesan positif
tidur di waktu siang kepada semua pihak.
Sebagai golongan pekerja di dalam pelbagai sektor, perkara
ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap waktu siang ini belum
begitu popular di negara kita.
Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu
fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan
dan minda kita waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.
Dikatakan waktu tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika. Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual dengan rakan, melayari internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk
memanfaatkan fasa berehat yang berjam-jam keletihan dipengaruhi oleh faktor
suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika
bekerja.
Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang boleh
mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus,
mengantuk dan mudah marah. Fasa tengah hari ini dipanggil oleh sarjana sebagai
fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan sesuai
dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.
Tidur berlebihan akan menyebabkan gangguan kepada tubuh
badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.
Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara
berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup
untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam
pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot
yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan
psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres
sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih
produktif dan berkesan.
Dari perspektif Islam, tidur pada waktu siang turut
diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah
menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada
siang hari kerana ia membantu ibadat pada malam hari seperti sahur membantu
puasa pada siang hari’. Tidur sekejap pada waktu siang bertujuan menyegarkan
semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan
melaksanakan rutin hariannya.
Atas kesedaran mengenai implikasi positif daripada tidur sekejap waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan pekerja untuk mengamalkannya. Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi pekerjanya selain daripada pantri atau kantin.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan
keperluan rehat pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi
sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari
mereka.
Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis
pandangan serong apabila terjumpa rakan yang tidur di pejabat dan tidak
memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.