Quote by Imam Muhammad Al-Baqir

Knowledge and science is the fruit of paradise; in times of threat it is one's ally, in exile it keeps one company, and in solitude it is one's intimate friend and companion - Quotes By Imam Muhammad Al-Baqir Ibn Ali Zainal Abidin Ibn Al-Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib

23/02/2012

Kaabah enggan bergerak menuju ke syurga pada akhirat



Kaabah enggan bergerak



Assalammualaikum….

Dear All,

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi ke Tanah Suci. Semoga Allah murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf Kaabah.



Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh seorang imam iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel.. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya. Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya. Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku….Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga….


How nice kan …. bersyukur sekiranya dapat mengerjakan haji dan umrah. Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah..sila2kanlah.

3 comments:

  1. urm..terharunyeee...alangkah ruginya bagi mereka mengerjakan haji atau umrah hanya kerana nama..bukan kerana Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..kumpul le duit naik haji or umrah dr skang

      Delete
  2. jgn kumpul duit nk angkat superbike lak..hehehe

    ReplyDelete